SIRI 2: "AIR MATA SAYA MENGALIR MELIHAT RAKYAT MISKIN TETAPI PEMIMPIN KAYA"- SHAFIE APDAL. Air mata Shafie mengalir namun dalam masa sama Zahida Rafik kaya raya hasil pemberian Shafie. Rakyat pula derita projek KKLW gagal dan kroni kenyang.
Pada 18 April 2012, Noor Azman Azemi dan Zuraida mendedahkan penyata bank peribadi bukan hanya setakat duit RM 200,00 tetapi mendedahkan transaksi RM1.5 juta yang diberi Shafie Apdal kepada Zahida Rafik. Kes saman menyaman ini akhirnya hanya mendedahkan kebenaran skandal Shafie dan Zahida. Sejak didedah malah hingga hari ini Shafie Apdal tidak pernah menyaman Zuraida Kamaruddin. Kenyataan media cetak serta video di luar Dewan Parlimen jelas Zuraida dan Tian Chua menyebut Shafie Apdal. Mengapa? Anda pasti tahu sebabnya.
VIDEO LAPORAN ZURAIDA MENGENAI ZAHIDA DAN SHAFIE YANG KINI TERUS SENYAP
Walaupun wang ini telah dibeku LHDN persoalannya dari mana dana sebanyak itu diperolehi Shafie Apdal diberi kepada Zahida Rafik? Menurut Zuraida dan Azemi pemandu Zuraida
Transaksi itu ialah pada ;
Oktober 2011 - RM36,000 dan RM26,000
November 2011- RM118,000
Disember - RM333,000
Januari 2012 - RM510,000
Selain Zahida mempunyai kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta di alamat 18, The Valley, Jalan TTDI 3, Taman Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur yang diberi oleh Shafie Apdal.
SPRM pernah menyiasat Zahida bagaimanapun Tan Sri Abu Kassim KP SPRM sahabat Shafie Apdal mengarahkan kes itu ditutup. Itu ketika Shafie Apdal berkuasa dia boleh menggunakan semuanya. Kini tidak lagi kerana Shafie sendiri ditahan SPRM dengan baju lokap SPRM kerana siasatan seleweng dana KKLW RM1.5 billion.
Hubungan Terlarang Zahida dan Shafie yang lama terjalin
Melalui syarikat Noble Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A) diasaskan Zahida atas kasih sayang Shafie Apdal sejak sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) Shafie memberikan projek Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan pembekal barang mentah untuk semua rangkaian Pasaraya Giant. ( 31 Mac 2004 sehingga 17 Mac 2008).
Noble Benchmark
Lembaran Putih Sdn Bhd
Noble Benchmark milik Zahida diberi projek 2 buah filem pendek berjudul 'Budi Bahasa' dan '1Malaysia' terbitan FINAS dan beberapa kontrak persembahan pentas ketika Shafie Apdal menjadi Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia di antara 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009.
Ini menunjukkan hubungan Shafie Apdal sejak 2004 hingga kes wang hilang meletus tahun 2012 menunjukkan jumlah pemberian Shafie Apdal melebihi 50 juta. Bayangkan Jika setiap kali pertemuan RM 50k ke 100k.
Kekayaan Zahida Kerana Shafie Apdal Tidak Boleh di Sangkal.
Memiliki rumah di TTDI 3 berharga RM 4 juta hasil pemberian Shafie Apdal. Dikala pendapatan lakonan berkurang ekonomi Zahida terus kukuh dengan pemberian Shafie seperti rumah, kenderaan dan percutian ke luar negara.
Lihat gaya Mewah rumah Banglo Zahida di TTDI yang diberli Shafie Apdal buat Zahida
Bercuti keluar negara sentiasa ditanggung oleh Shafie Apdal
Gaya Datin Nombor 2.
Berapa ratus ribu agaknya harga Handbag mewah Zahida Hermes Birkin - Crocodile Skin Kelly bag 28 Cm ini?
Shafie Apdal turut memberi Zahida Rafik Vellfire Nombor pendaftaran Istimewa AAE2
Vellfire AAE2: Milik Zahida Rafik
Ada iras muka Shafie Apdal tak?
Siri Seterusnya.. Selain Shafie menangis rakyat derita dengan rumah RM13 juta di Kuala Lumpur kita akan menyusul Rumah Shafie di London yang diberi oleh seorang Tan Sri terkemuka dalam syarikat yang bukan calang-calang dan bagaimana anak Shafie Apdal turut praktikal dengan syarikat itu di London menggunakan pengaruh Tan Sri itu.