Mahathir Mengaku 'The Loaf' Miliknya, Kini Salahkan LHDN Pula
11:04 Apr 15, 2018  |  By SabahKini2
Mahathir Mengaku 'The Loaf' Miliknya, Kini Salahkan LHDN Pula

Saya tidak mendapat pembeli… dan saya juga tidak mampu menampung kerugian, jadi saya terpaksa menutupnya,” Dr Mahathir. Cakap Mahathir putar belit

Selepas tidak mengaku Kedai Roti "The Loaf" miliknya kini sehingga didedahkan bukti pemiliknya, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku dan berkata beliau cuba menjual kedai roti premium The Loaf bagi mendapatkan dana kempen pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Namun, katanya, beliau gagal mendapatkan pembeli apabila seorang bakal pembelinya didatangi pegawai lembaga hasil dalam negeri (LHDN). Eric See To dari BN mendedahkan The Loaf rugi sejak 13 tahun ditubuhkan berdasarkan dokumen SSM syarikat milik Mahathir itu. 

Bagaimanapun kini Mahathir menukar taktik menyalahkan Kerajaan dan LHDN yang kononnya menekan pembangkang.

“Beginilah caranya kerajaan menekan rakyat supaya tidak menyokong pembangkang,” katanya seperti dilapor portal berita The Straits Times.

Kesemua 12 cawangan The Loaf di seluruh negara ditutup serta-merta Jumaat lalu setelah beroperasi selama 13 tahun.

“Saya tidak mendapat pembeli… dan saya juga tidak mampu menampung kerugian, jadi saya terpaksa menutupnya,” tambah Dr Mahathir

Cawangan pertama The Loaf di Telaga Harbour, Langkawi dibuka pada 2006 antara lain merupakan salah satu rancangan persaraan Dr Mahathir.

Sejak 13 tahun lalu The Loaf mencatatkan kerugian RM31.8 juta ringgit. Menjadi persoalan mengapa tidak dijual sebelum itu jika sudah tahu syarikat roti itu mengalami kerugian dan mengapa sekarang?

Menjadi persoalan mengapa Mahathir tidak mengaku The Loaf itu miliknya dan hanya selepas didedahkan bukti hari ini beliau mengaku dan gagal mencari pembeli. Tun U Turn lagi.

BN mendakwa Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan tidak benar kerana dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan beliau memiliki saham dalam syarikat pemegang M&M Consolidated Resources Sdn Bhd.

Dokumen SSM berkenaan berdasarkan penyata kewangan berakhir 2016. 

Comment