Selepas dibongkar 'Kaki Skandal' bertukar lelaki kemudian buat projek resort guna dana pemberian Ketua Wira Warisan, kontraktor dan skandal kini Ratu Cantik yang tipu akademik sebagai peguam dipilih Warisan sebaga calon KIULU
KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menjadi tumpuan di Sabah apabila menemukan bekas wartawan dengan bekas ratu cantik.
Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dari Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga bekas wartawan akhbar New Straits Times (NST) dijangka ditentang Jo Anna Henley Rampas, peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan 2007.
Ketika ini, cerita mengenai Jo Anna, Naib Juara Bintang RTM pada tahun 2009, tular di media sosial berikutan selepas disebut-sebut bakal calon DUN Kiulu mewakili Parti Warisan Sabah (WARISAN) berikutan memiliki wajah jelita.
Jo Anna sebelum ini digelar netizen sebagai “Beauty Without Brains” kerana banyak siri jelajahnya beliau dalam sesi dialog gagal menjawab persoalan dibangkitkan netizen.
Jo Anna hanya diperalatkan oleh Shafie Apdal dengan wajah cantiknya untuk terlibat dalam politik. Perkiraan Shafie Apdal populariti akan membantu Warisan untuk memenangi pilihanraya. Shafie terlupa latar belakang gaya hidup Jo Anna yang bebas di Kota Kinabalu sebelum menyertai politik. Jo-Anna dikatakan sering bertukar-tukar pasangan dan mengikis lelaki kaya.
Sabahkini2 sebelum ini telah mendedahkan siapa Jo Anna Henley Rampas terkenal ‘kaki skandal’ dengan lelaki ini.
2. Hasil Rasuah: Jo-Anna dan Azis Ketua Wira Warisan buka projek pelancongan Kiulu
http://sabahkini2.com/en/news/410/hasil-rasuah-jo-anna-dan-azis-ketua-wira-warisan-buka-projek-pelancongan-kiulu/view
Terbaru belum pun menjadi calon di Kiulu,Tamparuli atau Tuaran Jo-Ana sudah menunjukkan kekayaannya. Dato’ Azis Jamman Ketua Wira Warisan yang dikaitkan dengan Jo-Ana sehingga sering ke Kiulu rupanya membawa maksud mendalam terhadap hubungan mereka. Aziz Jamman mengeluarkan RM200k di Kiulu untuk projek Jo Anna ini.
Kerja-kerja pembersihan tanah bagi projek Pelancongan Kiulu Jo-Anna sudah dimulakan. Sekarang ditangguh kekurangan dana.
Hebat belum calon Warisan lagi sudah kaya-raya buat projek.
Menipu Akademik adalah perbuatan keji dan tidak bertanggungjawab
Warisan turut menyebarkan profail Jo Anna sebagai seorang lulusan Bachelor dan master undang-undang di UK sedangkan pada hakikatnya Jo Anna tidak menghabiskan pengajian tersebut. Sabahkini2 mempunyai bukti tersebut. Sebaliknya Jo Anna mengambil kursus lain di UK. Jo Anna perlu membuktikan sijil kelulusannya sebelum didedahkan akademiknya. Dia boleh menipu orang kampung Kiulu tetapi bukan rakyat yang celik.
Sumber mendedahkan Jo Anna baru-baru ini kelihatan bertemu bekas buah hatinya di Hotel Nexus Karambunai berhubung peminjaman wang untuk meneruskan projeknya yang tertangguh. Sebelum ini Jo Anna ada berjumpa dengan beberapa orang kontraktor namun gagal. Siapa lelaki yang ditemui Jo Anna akan didedahkan gambar intim mereka. Nantikan pendedahan Sabahkini2.com seterusnya termasuk Jo Anna pernah diubati oleh Pastor Elvin Chong kerana disihir oleh lelaki yang dikikisnya.Semua barang-barang pemberian dihapuskan bagi mengelak mudarat kepada Jo Anna.
Anda perlu berehat menantikan kisah siapa Jo Anna Henley Rampas ini.... Apa ralyat Kiulu buta memilih wanita muda yang tidak berakhlak ini?