Kerana Cukai LHDN RM1.5 juta dan Hutang Bank, Yusof Tidak Dicalonkan Warisan
10:04 Apr 20, 2018  |  By SabahKini2
Kerana Cukai LHDN RM1.5 juta dan Hutang Bank, Yusof Tidak Dicalonkan Warisan

Akhirnya yang dipillih Warisan orang yang berada di luar parti

Yusof Said adalah calon pilihan Shafie Apdal di Kimanis namun bimbang isu mendatang termasuk hutang bank dan gagal bayar cukai LHDN Warisan tidak mahu risiko saat akhir.

Lain yang kerja kuat lain yang dapat jadi calon. Ada yang bekerja kuat untuk mengadakan program malah berbelanja besar di Parlimen Kimanis untuk membantu Parti Warisan di Kimanis.Ada pula kalangan mereka yang melobi jadi calon sanggup mengangkat air dalam baldi, melawat jalan berlubang, rumah penduduk dan banyak lagi.

Tetapi apabila sampai pada pemilihan calon akhirnya yang dipilih ialah Datuk Karim Bujang bekas YB UMNO dan juga Datuk Aidi Mokhtar bekas Hakim Syariah dan Dr Daud. Begitulah cara politik. Kumpulan yang berebut kuasa Warisan Kimanis antara kumpulan Yusoff Said dengan Hj Yahya Ahmad terus disingkirkan. 

Hj Yahya Team...

Sebelum ini Sabahkini2 mendedahkan Ayam Tambatan Shafie Apdal Yusof Said bakal calon di Kimanis bagaimanapun selepas pendedahan itu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memburu syarikat Tadbir Positif Sdn Bhd di atas nama Yusof Said gagal membayar cukai sebanyak RM1.5 juta. Bimbang tindakan mahkamah dan pelbagai kesulitan lain dari urusan hutang syarikat maka Shafie Apdal singkirkan Yusof dari gelanggang dan Timbalan Penyelaras Warisan Kimanis iaitu Hj Sani Maarif menggantikan tempat Yusof. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Dibantah akar umbi Kimanis Yusof Said yang kaya kerana Shafie dipilih calon Warisan 

[ARTIKEL BERKAITAN- Dokumen baru rasuah syarikat kroni Shafie Apdal terdedah lagi! 

 

 

 

 

 

 

 

Comment