Berita Palsu PBS Keluar BN: Setiausaha Agung PBS Lapor Polis
06:04 Apr 22, 2018  |  By SabahKini2
Berita Palsu PBS Keluar BN: Setiausaha Agung PBS Lapor Polis

Siapa agaknya pelaku dan penyebar berita palsu yang bakal ditangkap polis itu? sama-sama beri kerjasama beri nama pelaku dan pemfitnah

KOTA KINABALU: Tular mesej dalam aplikasi Whatsapp mengenai fitnah PBS keluar dari Barisan Nasional, Datuk Johnny Mositun Setiausaha Agong PBS membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Karamunsing, Kota Kinabalu pagi tadi dan sekaligus mengesahkan PBS tidak pernah keluar dari BN.

Datuk Johnny Mositun memohon pihak polis mengenal pasti pelaku penyebar berita palsu itu dibawah undang-undang Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

"Saya terkilan dengan kenyataan tersebut dan menafikan ada membuat pengumuman berkenaan. Ia sudah tular di media sosial dan ini boleh menjejaskan keluarga saya serta kedudukan saya dalam parti. Apa yang ditularkan langsung tidak benar," katanya.

Beliau juga percaya individu yang menularkan tuduhan berkenaan berniat jahat dan sengaja ingin menjejaskan kredibiliti PBS dan BN.

Sebelum ini media melaporkan tiga parti gergasi Kadazandusun Murut (KDM) di sabah menjalin kerjasama erat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).Kerjasama melibatkan Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu dilihat menjadi satu platform penting ke arah mengekalkan kemenangan tiga parti gergasi berkenaan di PRU-14.

 

 

1 Comment