PH Sabah Gagal: PAN Lawan Warisan di Batu Sapi dan Merotai
16:04 Apr 29, 2018  |  By SabahKini2
PH Sabah Gagal: PAN Lawan Warisan di Batu Sapi dan Merotai

Walauapapun terjadi PAN nekad bertanding dan hasilnya Batu Sapi dan Merotai perang sesama sendiri.

KOTA KINABALU- Keputusan penamaan calon semalam jelas membuktikan betapa kerjasama Pakatan Harapan di Sabah antara DAP, PKR, PAN dan Warisan gagal. 

Kepimpinan tertinggi Parti Amanah Negara (PAN) mengesahkan  menentang Parti Warisan Sabah (WARISAN) di kerusi Batu Sapi dan Merotai di negeri itu.

Pengerusi AMANAH Sabah, Hamzah Abdullah berkata persetujuan dicapai semasa mesyuarat yang diadakan di kalangan kepimpinan tertinggi parti itu pada Rabu di Kuala Lumpur. Sebelum ini Hamzah menegaskan PAN tidak peduli dan nekad bertanding. Malah beliau mengecam Shafie Apdal sebagai biadap dan kurang ajar.

"Kami buat keputusan sebulat suara bahawa PAN harus bertanding dalam keadaan untuk memberikan penghormatan kepada Tun Dr Mahathir  sebagai pengerusi Pakatan Harapan 

"Kami memberi surat kepada Mahathir bahawa PAN hanya akan bertanding di Batu Sapi dan Merotai.

"Salinan surat itu dikemukakan kepada Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal". 

 Liew Vui Keong bekas Presiden LDP dipilih sebagai calon parti Warisan di Batu Sapi dan Sarifuddin Hata sebagai calon untuk kerusi Merotai.

Ini bermakna kerusi Parlimen Batu Sapi calon PAN akan menentang Liew dalam pertarungan empat penjuru, manakala Arbaani Akum dari PAN akan berdepan enam calon lain di Merotai.

Komen-komen netizen dalam media sosial berpendapat kerjasama antara Warisan dan PH di Sabah hanyalah wayang. Belum berkuasa sudah berebut kerusi

 

Comment