Pesta Keluar Parti: Kali Ini 886 Orang 16 Cawangan Warisan Di Banggi Masuk BN!
12:05 May 03, 2018  |  By SabahKini2
Pesta Keluar Parti: Kali Ini 886 Orang 16 Cawangan Warisan Di Banggi Masuk BN!

Satu demi satu cawangan, seorang demi seorang pemimpin diikuti pengikut masing-masing meninggalkan perjuangan Warisan yang dilihat sebagai tidak telus itu.

KUDAT: Parti Warisan Sabah berdepan dengan gelombang keluar parti besar-besaran yang berterusan sejak selepas hari penamaan calon 28 April yang lalu. Mereka yang terlibat itu dengan nekad mengumumkan tindakan mereka secara terbuka dan menyatakan sokongan penuh terhadap Barisan Nasional.

Satu demi satu cawangan, seorang demi seorang pemimpin diikuti pengikut masing-masing meninggalkan perjuangan Warisan yang dilihat sebagai tidak telus itu.

Mereka menyifatkan perjuangan Warisan sebagai lebih terdorong oleh agenda kepentingan peribadi dan bukannya ikhlas untuk rakyat.

Hari ini, seramai 886 ahli dari 16 cawangan parti Warisan di kawasan DUN Banggi mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Barisan Nasional. Mereka ini diketuai oleh Datu Usmar Uyuh, bekas Ketua Cawangan Kg Pulau Maliangin.

Datu Usmar ketika ditemui berkata, tindakan mereka itu dibuat selepas menyedari Warisan bukanlah parti yang sebenar-benarnya memperjuangkan rakyat, sebaliknya hanya ditubuhkan untuk menegakkan agenda peribadi ketuanya semata-mata.

“Kami optimis, bahawa akan ada lebih ramai lagi ahli Warisan yang akan menyusul untuk menyertai BN dan membantu BN dalam pilihanraya ini nanti," katanya.

Ahad lalu, lebih 1000 orang ahli Warisan mengambil tindakan serupa di Kimanis dan 754 orang di Batu Sapi pada hari berikutnya, di samping beberapa tempat lain dengan jumlah yang terlibat kurang daripada 100 orang ahli serta pemimpin Warisan yang bertindak keluar parti.

Sementara itu, di beberapa kawasan yang lain turut dilaporkan tindakan-tindakan keluar parti dari PKR dan parti-parti pembangkang yang lain.

Situasi-situasi sebegini pastinya bakal menjadikan temasya PRU14 tahun ini menjadi bertambah menarik buat jentera BN, dan menjadi mimpi ngeri buat kem pembangkang.

Pesta untuk Barisan Nasional, tapi tragedi buat Parti Warisan dan Pakatan Harapan!

- Sabahkini2

3 Comments