Menteri Kewangan Sabah: Shafie Apdal mahu buktikan 'bolot' jawatan adalah tepat
02:05 May 23, 2018  |  By SabahKini2
Menteri Kewangan Sabah: Shafie Apdal mahu buktikan 'bolot' jawatan adalah tepat

netizen yang arif mengenai hal peraturan kewangan kementerian mempersoalkan Shafie, bolehkah mempercayai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa dalam Akta Kontrak 1949 tidak campur tangan urusan kewangan, tender atau projek?

KOTA KINABALU: Terus bertahan melanggar manifesto PH Sabah, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini memberi jaminan masa akan membuktikan individu yang mengkritik beliau kerana memegang jawatan menteri kewangan negeri, adalah salah.

Menyamakan kementerian kewangan seperti sebuah kereta, Shafie berkata jika ada yang salah dengan kenderaan itu, kesalahan harus diletakkan kepada pemandu bukannya pada kereta tersebut.

“Ini bukan salah kementerian, ia adalah kesalahan ‘pemandu’. Kami akan membuktikan (kritikan itu) adalah salah dalam tahun-tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri Sabah, hari ini.

Mengenai sama ada beliau akan memegang jawatan itu buat sementara waktu, Shafie berkata “kita akan lihat”.

Shafie pada Rabu berkata sebagai menteri kewangan, beliau tidak akan terlibat secara langsung dalam meluluskan projek. Satu badan berpusat baru akan ditubuhkan bagi memeriksa dan meluluskan semua kontrak dan dasar.

Bagaimanapun netizen yang arif mengenai hal peraturan kewangan kementerian mempersoalkan Shafie, bolehkah mempercayai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa dalam Akta Kontrak 1949 tidak campur tangan urusan kewangan, tender atau projek? Satu badan berpusat baru atau pegawai yang diberi kuasa oleh ketua Menteri atau Menteri Kewangan tetap tertakluk kepada arahan  Pemberian Kuasa Di Bawah Seksyen 2, Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120) Bagi Menandatangani Kontrak Kerajaan. Siapa yang arah? Orang yang sama Ketua Menteri dan Menteri Kewangan!

Ditanya mengenai perkara utama yang akan diberi tumpuan oleh 3 kementerian baharu di bawah pentadbirannya, ketua menteri berkata beberapa perubahan struktur perlu dilakukan untuk memudahkan penyampaian aspirasi rakyat.

Berhubung laporan polis oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin terhadap ketua menteri yang terdahulu (iaitu sebelum Shafie), beliau berkata “itu adalah hak beliau untuk berbuat demikian. Saya serahkan kepadanya jika beliau berasa wujud unsur ugutan. Saya berharap pihak berkuasa yang berkaitan akan mengambil tindakan yang perlu”.

Mengenai writ saman yang difailkan oleh ketua menteri sebelum ini terhadap Juhar dan beliau, Shafie berkata beliau bersedia menghadapinya.

Shafie sebelum ini ditahan SPRM kerana terlibat dalam penyelewengan rasuah KKLW RM1.5 bilion selain mengambil wang Risda bersama Peter Anthony. Shafie dan Peter sepatutnya didakwa namun Peguam Negara dipecat selepas kemenangan PH. Ketua Pesuruhjaya SPRM baru Datuk Seri Shukri pula adalah sahabat baiknya dan menjadi persoalan apakah KP SPRM itu akan meneruskan kes rasuah Shafie dan Peter itu.

 

1 Comment