Tamat Darurat atau bahayakan nyawa rakyat adakan 4 PRK dan PRN Sarawak?
00:06 Jun 10, 2021  |  By SabahKini2
Tamat Darurat atau bahayakan nyawa rakyat adakan 4 PRK dan PRN Sarawak?

Tamatkan Darurat bermakna kerajaan mesti mengadakan Pilihanraya kecil yang ditangguhkan sebelum ini iaitu Parlimen Batu Sapi, Gerik, dua dun iaitu Dun Bugaya (Semporna) dan Dun Melor (Kelantan). PRN Sarawak juga perlu dilaksana. Pilih nyawa atau kuasa?

Tumpuan hari ini masih terarah ke Istana Negara berikutan  berlangsungnya beberapa siri pertemuan melibatkan wakil pemimpin setiap parti politik bersama Agong. Sejak semalam Anwar, Mat Sabu, Lim Guan Eng telah menghadap Agong. Hari ini giliran Tun Dr Mahathir dan beberapa ketua parti lagi.  

Namun persoalannya apa selepas menghadap Agong? Keluar saja pemimpin parti politik dari Istana semuanya berkata tidak timbul isu pertukaran kerajaan atau parti yang cukup nombor. Yang jelas ada ialah tumpuan menangani pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara.

Namun bagi pemimpin Pakatan Harapan dan beberapa pemimpin 'spesis' mahu pertukaran kerajaan tentunya kekal dengan langkah menamatkan Darurat sekarang. Mat Sabu Presiden Amanah, Anwar Ibrahim Presiden PKR dan Lim Guan Eng DAP rata-ratanya kekal konsisten sebagaimana keputusan Majlis Presiden PH untuk segera menamatkan Darurat sejak januari dan Mei lalu.

Persidangan Dewan Rakyat atau tamatkan darurat?

Apa pilihan? jika sekadar mahu sidang dewan rakyat diadakan ketika Darurat bukanlah satu masalah ia mungkin boleh diadakan bila-bila masa namun mendesak agar darurat ditamatkan adalah sesuatu yang sangat melampau.

Dengan peningkatan kes harian melebihi 5000 kes Covid-19 sehari dan menamatkan Darurat ia ibarat satu cubaan membunuh rakyat sendiri. PKP 3.0 sekarang yang dilaksanakan lebih seminggu sejak 1 Jun lalu sedang menampakkan hasilnya apabila  berjaya menurunkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 dan kes harian di negara ini. 

Menamatkan Darurat bermakna kerajaan mesti mengadakan Pilihanraya kecil yang ditangguhkan sebelum ini iaitu Parlimen Batu Sapi, Gerik, dua dun iaitu  Dun Bugaya (Semporna) dan Dun Melor (Kelantan). Pilihanraya Negeri Sarawak juga nampaknya perlu dilaksanakan semula. Hanya melalui Proklamasi Darurat sahaja boleh menangguhkan semua pilihanraya ini.

 

Darurat ditamatkan bermakna Pilihanraya mesti diadakan

 

Kesan Pilihan Raya Negeri Sabah sejak september tahun lalu masih berbekas sehingga kini. PRN Sabahlah punca sebenar Gelombang Ketiga Covid-19 di negara ini.  Inilah hasil kehendak Majlis Presiden PH dan langkah megah berani mati Shafie membubarkan DUN demi kuasa. Rakyat nilai sendiri kesan pilihanraya. Lihat sendiri perangai acah-acah PH untuk tangani Covid-19 dalam masa sama merekalah punca kes merebak.

[TONTON VIDEO BERANI MATI SHAFIE & PH]

Bukti kegilaan Warisan PH

Sekalipun Kerajaan GRS Sabah berjaya menurunkan kes sehingga dua angka namun penularan Covid-19 di Selangor sangat membimbangkan kerana pernah mencecah lebih 3000 kes sehari. Sehingga ke hari ini Selangor kekal ditangga teratas. Tetapi PH tidak sedikit pun mengaku kesilapan mereka sebagaimana gelombang pertama kes Covid-19 ketika PH memerintah. PH pandai bercakap diluar tetapi di negeri Selangor, Task Force Covid-19 mereka jelas terbukti gagal.

Kini pemimpin PH, Warisan dan beberapa lagi pihak mahu mencipta rekod untuk menamatkan darurat dan 4 PRK dan PRN Sarawak perlu dilaksanakan. Apakah mereka sudah gila mahu membunuh rakyat sendiri? Di kala Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang masih berjalan belum sampai tahap 80 peratus imuniti kelompok mereka sibuk berebut kuasa.  Darurat pasti akan tamat Ogos ini namun petanda kes Covid-19 semakin reda masih jauh.

Oleh itu Agong dan Majlis Raja-raja pastinya akan mengutamakan nyawa rakyat berbanding selera pemimpin politik yang kemaruk kuasa!. Oleh itu adalah wajar Darurat dilanjutkan sehingga disember tahun ini.

Mahu rakyat terkorban lebih ramai buatllah Pilihanraya, mahu rakyat selamat maka fokus kepada menangani Covid-19 dan vaksinasi teruskan Darurat sehingga disember 2021. 

[ARTIKEL BERKAITAN - Menghadap Agong: Tangani COVID-19 lebih utama, Darurat bakal dilanjut disember? ]

 

 

 

 

 

24 Comments