DUN Sabah: Permit kerja 2 syarikat minyak gas milik Hibiscus dibatalkan jika gagal bayar CJN
23:07 Jul 19, 2022  |  By SabahKini2
DUN Sabah: Permit kerja 2 syarikat minyak  gas milik Hibiscus dibatalkan jika gagal bayar CJN

Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pembatalan semua permit kerja berkenaan akan berkuatkuasa bermula 1 Oktober depan.

Kerajaan Negeri akan menghentikan dan membatalkan permit kerja bagi dua buah syarikat minyak dan gas yang gagal membayar Cukai Jualan Negeri (CJN) yang dituntut oleh Kerajaan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pembatalan semua permit kerja berkenaan akan berkuatkuasa bermula 1 Oktober depan.

“Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa siri tindakan termasuk mengeluarkan surat menuntut tunggakan bayaran cukai jualan negeri daripada syarikat terbabit pada 8 Jun lalu dan pada 14 Jun lalu, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat penolakan kepada rayuan yang dikemukakan oleh pihak syarikat.

“Pada 21 Jun lalu, Pengarah CJN telah mengeluarkan notis taksiran kepada pihak syarikat bagi menuntut pembayaran cukai tertunggak berserta penalti yang berjumlah RM 97.31 juta (RM65.65-Cukai, RM31.66-Penalti) setakat ini dan ianya perlu dijelaskan secara penuh dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat dikeluarkan. Yang mana jika gagal, tindakan sivil akan diambil oleh Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Yong Teck Lee (ADUN Dilantik) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Dua syarikat berkenaan adalah SEA Hibiscus Sdn Bhd (SEAH) dan Repsol Oil and Gas Ltd (Repsol).

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, sehari selepas notis taksiran dikeluarkan, Kerajaan Negeri telah mengadakan pertemuan dengan pihak PETRONAS dan syarikat terlibat untuk membincangkan pembayaran cukai yang tertunggak beserta penalti yang dikenakan.

Katanya, keputusan yang dicapai adalah pihak syarikat memohon tempoh penangguhan selama satu minggu untuk berunding dengan PETRONAS dan akan memaklumkan keputusan mereka selepas tempoh tersebut.

“Pada 1 Julai lalu, Kerajaan Negeri telah mengadakan mesyuarat bersama PETRONAS bagi membincangkan tindakan-tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas pihak syarikat susulan kepada persetujuan yang dicapai menerusi mesyuarat pada 22 Jun.

“Seterusnya pada 8 Julai lalu, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat kepada syarikat yang berkenaan bagi memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan menghentikan dan membatalkan semua pas kerja untuk operasi syarikat berkenaan di Sabah berkuat kuasa 1 Oktober depan sekiranya pihak syarikat masih gagal untuk membayar jumlah CJN yang dituntut,” katanya.

Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan  SEA Hibiscus Sdn Bhd (SEAH) dan Repsol Oil and Gas Ltd (Repsol) dua anak Syarikat Hibiscus Petroleum Berhad milik TS Arumugam yang dikaitkan dengan  Tun Dr Mahathir mempunyai cukai tertunggak RM410 juta lebih banyak dari dilaporkan media. Hibiscus dalam kenyataan medianya sebelum ini tidak mahu membayar cukai jualan atas alasan kontrak Perkongsian pengeluaran Kinabalu Oil (PSC) kerana penjualan minyak mentah berlaku di dalam Wilayah Persekutuan Labuan, yang berada di luar bidang kuasa Sabah.

Hakikatnya Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) North Sabah PSC di lesenkan di Negeri Sabah. Lebih 300,252 tong minyak mentah diperolehi daripada segmen North Sabah. Malah Hibiscus Petroleum Bhd mengumumkan untung bersih Hibiscus Petroleum meningkat kepada RM307.54 juta daripada RM32.03 juta pada suku yang sama tahun 2020. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Cukai SST RM410 juta, bila Hibiscus Petroleum Bhd milik Arumugam kroni ‘Dr M’ mahu bayar Kerajaan Sabah? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah bertegas tuntut cukai jualan negeri daripada Hibiscus Petroleum Bhd

 

 

 

 

Comment