Rakyat hilang rumah, Adun Karambunai main golf dengan kontraktor di Kudat
14:07 Jul 28, 2018  |  By SabahKini2
Rakyat hilang rumah, Adun Karambunai main golf dengan kontraktor di Kudat

Apa sudah jadi? Rakyat derita hilang rumah, Adun Karambunai pula menghilang bermain Golf dengan kontraktor. Azis MP Sepanggar dikecam hebat warga Darau. Di mana Azhar Matusin?

KOTA KINABALU 28 Julai - Ketika 150 buah rumah terbakar melibatkan 666 penghuni setinggan di Kampung Cenderamata Dua, Likas dan Ahli Parlimen Sepanggar Dato’ Azis Jamman sibuk menentukan lokasi penempatan mangsa kebakaran yang kontroversi di Kampung Darau wakil rakyat ADUN Karambunai Azhar Matusin dilaporkan sedang berseronok bermain golf bersama kontraktor di Kudat Golf Club.

Azhar hanya dilihat berada di kawasan Likas pada 24 Julai lalu dan pada jumaat serta sabtu beliau dikatakan masih berada di Kudat.

Semua urusan dan program beliau sebagai Adun Karambunai diwakilkan kepada pegawai khasnya.

“Dalam keadaan rakyat mengalami kesulitan dan musibah pun masih sempat main golf. Paling mengecewakan semua program jemputan di kawasan diwakilkan kepada pegawainya Safri Hanafi. Macammana mahu jadi wakil rakyat”. katanya tidak mahu namanya didedahkan.  

Azhar dikatakan tidak serius dan tidak pernah mahu ambil tahu hal kawasan sejak dilantik Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Semua kerja kawasan adalah wakil. Rakyat sudah mula muak. Belum 100 hari sudah menunjuk perangai.

Pada masa ini, Azis Jamman Ahli Parlimen yang juga Timbalan Menteri KDN bergelut dengan kecaman serta bantahan penduduk asal Kg Darau berhubung cadangan penempatan mangsa kebakaran di Kg Darau.

Azhar dilihat membiarkan Azis Jamman berhadapan bantahan dengan penduduk Kg Darau. Beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai lokasi atau melawat kawasan penempatan yang dicadangkan Azis dan Datuk Bandar Kota Kinabalu itu seperti tahu kesan buruknya.

Azis dalam satu ucapannya pada 24 Julai lalu berjanji mencari tempat penempatan kekal namun selepas dikecam hebat oleh warga Darau Azis menukar pendiriannya sebagai hanya cadangan Penempatan Transit.

 

9 Comments