Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan keputusan itu selepas menerima permohonan tarikh baharu daripada peguam tertuduh yang diwakili Shahlan Jufri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Arshad Masdin, 26, sebagai pengawal keselamatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah secara paksa menanggal dan mengoyakkan baju mangsa melibatkan seorang wanita yang berusia 18 tahun.

Kejadian dilakukan tertuduh di dalam bilik asrama pelajar terbabit di UMS pada pukul 12.30 tengah malam, 15 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendak disebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sanip manakala tertuduh diwakili peguam Shahlan dan Mohd. Hafiz Lokman.

Rustam memberitahu mahkamah dokumen bicara telah diserahkan untuk prosiding bagaimanapun, pihak pendakwaan masih menunggu laporan penuh daripada jabatan kimia.

Pada 26 Julai lalu, Arshad diarahkan membayar ikat jamin sebanyak RM5,000 selepas tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan merogol mahasiswi UMS dalam kejadian pada Julai lalu.

Sementara itu, beberapa gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada alumni dan mahasiswa UMS giat memperjuangkan nasib mangsa dengan menuntut tindakan setimpal dikenakan terhadap tertuduh. 

Sebelum ini Sabahkini2 melaporkan ketidakpuasan keluarga mangsa, alumni dan netizen terhadap kes rogol ini yang seakan-akan ditutup oleh pihak pengurusan UMS. Tuduhan kepada cubaan merogol juga dipertikaikan kerana mangsa dikatakan telah dirogol dan diliwat.

[ARTIKEL BERKAITAN: TNC HEPA UMS tutup kes mahasiswi dipukul dan dirogol ketika datang haid ]

[ARTIKEL BERKAITAN: Kes UMS: Mangsa bukan sahaja dirogol tetapi juga diliwat ]

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak UMS pada 13 Ogos lalu, pihak UMS juga tidak akan berkompromi dengan kakitangan atau mahasiswa universiti yang didapati melakukan sebarang salah laku yang melanggar undang-undang terutamanya salah laku yang berunsur jenayah.

Sejak laporan itu dibuat, Pengurusan UMS  memaklumkan telah kerjasama dan menyerahkan kes itu sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk proses siasatan dan dakwaan sewajarnya. Bagaimanapun ramai mencadangkan pengurusan UMS memecat ketua keselamatan UMS yang gagal melaksanakan tugas apatah lagi anggotanya sendiri dituduh merogol mahasiswi UMS.

[ARTIKEL BERKAITAN: UMS nafi tutup kes rogol walaupun perogol adik Pegawai Khas TNC HEP ]