Peter Anthonylah yang tuduh orang Murut Melalap amal 'lontong'
14:09 Sep 10, 2018  |  By SabahKini2
Peter Anthonylah yang tuduh orang Murut Melalap amal 'lontong'

Sabahkini2 hanya melaporkan apa yang diminta oleh penduduk Melalap. Semua program hanya hantar wakil. Lebih tidak sopan dan rasa terhina bila Datuk Peter tidak menjamah hidangan disediakan penduduk.Antara tuduhannya 'Lontong'.

Susulan laporan Sabahkini2 sebelum ini berkenaan mengenai “Sihir ‘lontong’ alasan Menteri Warisan takut bertemu rakyat Melalap” yang mendapat respon dari Parti Warisan, kaum murut dan juga NGO Pertubuhan Mamagun Sabah (Mamagun).

Laporan portal Sabahnewstoday “Dakwaan Kononnya Peter Anthony Elak Ke Melalap Takut Lontong, Aibkan Masyarakat Murut: Mamagun”, Utusan Borneo “Aibkan masyarakat Murut, WARISAN Tenom kecam portal sabahkini2.com” , FreeMalaysiaToday "Black magic claim linked to Murut community upsets Sabah NGO"   dan Dailyexpress "Mamagun demands apology over black magic allegation" adalah dirujuk.

Sumber laporan kami adalah merujuk kepada penduduk di Daerah Malalap sendiri sebagaimana yang disampaikan dari pegawai Datuk Peter di kawasan itu. Bagaimanapun sumber itu dirahsiakan demi keselamatan pemberi maklumat.

Penduduk kampung di Melalap melaporkan sejak beliau menang di Dun Melalap banyak program diserahkan kepada wakilnya untuk datang baik majlis hinggalah ziarah di rumah rakyat kawasan Melalap.

Menurut mereka paling tidak sopan dan rasa cukup terhina bila Datuk Peter berada di daerah ini beliau tidak menjamah sedikit pun hidangan yang disediakan oleh masyarakat murut Melalap alasan beliau sudah kenyang dan tidak haus.

Apabila wakil atau pegawai Peter membocorkan maklumat bahawa Datuk Peter takut makan minum hidangan kerana ‘Lontong’ dari sini permulaan aduan rakyat. Jadi siapa yang menghina kaum murut?.


Rudy Sulaiman Mairi 

Bagi Rudy Sulaiman Mairi Presiden Pertubuhan Mamagun Sabah (Mamagun) sepatutnya mereka menyiasat sendiri dan menegur Datuk Peter kerana bersikap sedemikian yang anggapannya itu menghina kaum murut. Portal Sabahkini2 hanya melaporkan fakta sebenar di kawasan itu.

Sekalipun majoriti peti undi di Melalap Datuk Peter tewas dengan hanya majoriti 293 undi sahaja tetapi itu bukan alasan Datuk Peter untuk tidak bersikap peduli, gemar menghantar wakil dan persis menghina masyarakat murut kononnya ‘lontong’.

Sepatutnya Datuk Peter sebagai menteri dan wakilnya patut berterima kasih dengan pendedahan ini agar mereka memperbaiki sikap mereka sebelum menuding jari.

Jangan sampai ada penduduk kampung yang bangkit mendedahkan tembelang sendiri.

Di mana Rudy Sulaiman dan Mamagun ketika Naib Presiden Parti Warisan Datuk Peter Anthony menyatakan fakta kurang tepat apabila beliau mendakwa sejarah Orang Asal di Sabah kononnya bermula dari Etnik Suluk, Baju dan Simunul, ketika berceramah di Matunggong pada 14 februari 2018 menafikan kaum murut sebagai antara bangsa asal.

[ARTIKEL BERKAITAN- Murut kecam Peter KDM Hina Masyarakat Mamagun demi agenda Shafie ]

Tiada keperluan untuk portal Sabahkini2 memohon maaf kepada NGO Mamagun atau kepada penyokong Peter Anthony ia terpulang tafsiran masing-masing terhadap laporan itu. Peter kena ingat dia hanya ada 293 majoriti sahaja bermakna bukan Warisan berpengaruh sangat di Dun Melalap itu. NGO kena berhenti mengipas pemimpin dan kena berani menegur kesilapan mereka.


Ketua Editor
Sabahkini2.com

 

 

10 Comments