Projek IC: Menteri Warisan tuduh pembangkang tapi progam Warisan anjur
14:09 Sep 12, 2018  |  By SabahKini2
Projek IC: Menteri Warisan tuduh pembangkang tapi progam Warisan anjur

Kenyataan media Datuk VK LIew Menteri Warisan menuduh projek IC didalangi oleh pembangkang sedangkan semua bukti-bukti menunjukkan dianjurkan Warisan.

SANDAKAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong menuduh pembangkang mengatur pendatang tanpa izin berpura-pura meminta bantuan dalam memohon MyKad.

Portal Free Malaysia Today hari ini melaporkan Datuk Liew Vui Keong berkata ini sebahagian daripada taktik kotor pemimpin pembangkang untuk memenangi semula sokongan rakyat oleh sebab mereka ketandusan idea ekoran kekalahan dalam pilihan raya umum yang lepas.

“Warisan tidak pernah terlibat dalam membantu pendatang tanpa izin untuk mendapatkan MyKad. Kami hanya menganjurkan program khidmat masyarakat bergerak dengan kami turun padang berjumpa orang ramai dan mendengar keluhan mereka, termasuk kekurangan kemudahan asas,” jelas beliau.

“Saya percaya isu MyKad yang tular di internet adalah kerja pembangkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

VK Liew yang melaporkan kepada pihak polis sebelum ini mengenai tuduhan program Projek IC terhadapnya tidak mempunyai bukti terhadap pembangkang dan siapa dalangnya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Undang-undang JPM anjur Program bantu Projek IC di Batu Sapi?

http://sabahkini2.com/en/news/1116/menteri-undang-undang-jpm-anjur-program-bantu-projek-ic-di-batu-sapi/view

Baru-baru ini turut tular gambar orang ramai menyerbu Pusat Perkhidmatan Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi yang dikaitkan dengan sokongan pelbagai dokumen warga asing yang bermasalah. Setakat ini belum ada penjelasan berhubung gambar yang tular itu.

Ramlan, 45 berkata yang pasti kekecohan pada 29 Ogos di Tuaran di premis Klinik Medisinar Telipok didalangi oleh Dr Zulfikar Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Warisan. Begitu juga premis pesuruhjaya sumpah di Restoran Samudera.

“Pelbagai pihak melaporkan polis termasuk NGO dan Parti PBS terhadap pemimpin Warisan itu namun tidak adapun siasatan atau pengumuman dibuat mengenai kes itu”. katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar! Projek IC kecoh di Tuaran didalangi Penerangan Pusat Warisan

http://sabahkini2.com/en/news/1167/terbongkar-projek-ic-kecoh-di-tuaran-didalangi-penerangan-pusat-warisan/view

 


 

[ARTIKEL BERKAITAN- Dalang IC: Siasat Pemimpin Warisan, Bukan Ugut Rakyat ]

http://sabahkini2.com/en/news/1180/dalang-ic-siasat-pemimpin-warisan-bukan-ugut-rakyat/posted

Dalang IC: Siasat Pemimpin Warisan, Bukan Ugut Rakyat

Albert, 48 berkata pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin bertiup. VK Liew mesti memeriksa orangnya sendiri jika terdapat sindiket dikalangan mereka

“Program bergerak Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi dan juga termasuk dipejabatnya yang diserbu beramai-ramai meminta sokongan pengesahannya mesti dilakukan oleh orang-orangnya sendiri.

Pemimpin Warisan memberi harapan sudah tentu warga asing yang bermasalah dokumen datang berjumpa VK Liew.” Katanya

Rozmi, 33 berkata sepatutnya jika benar dakwaan dia dimaklum individu yang berjumpa dengannya bahawa di pusat bandar  mereka membayar orang tertentu untuk menaip dengan bayaran sekitar RM10 hingga RM100 bagi sepucuk surat yang ringkas atau hanya untuk mengisi borang tertentu VK Liew sepatutnya melaporkan kepada polis bukan membuat tuduhan

“Tidak sepatutnya Menteri Undang-undang membuat tuduhan kepada pihak pembangkang sedangkan dia sendiri mendapat maklumat pihak yang berniaga borang itu.”. katanya

Bukan itu sahaja borang aduan Warisan 'kontoi' akhirnya dibekukan  dari digunakan bagi mengelak tuduhan Projek IC.

[ARTKEL BERKAITAN- Borang Projek IC 'Kantoi' Shafie arah tidak guna borang 'Aduan Warisan' ]

http://sabahkini2.com/en/news/1154/borang-projek-ic-kantoi-shafie-arah-tidak-guna-borang-aduan-warisan/view

Ismaily Komunikasi Warisan juga mengaku dalam satu ‘banner’ program yang tular menyenaraikan masalah MyKad tertangguh, kewarganegaraan tertangguh dan surat lahir daftar lewat yang diuruskan oleh Parti Warisan menimbulkan reaksi pelbagai rakyat Sabah. Walaupun akhirnya penganjur tidak mahu mengaku serta melaporkan kepada pihak polis

[ARTIKEL BERKAITAN- Kini Warisan mengaku anjur 'Projek IC' di Dun Apas Tawau ]

http://sabahkini2.com/en/news/1185/kini-warisan-mengaku-anjur-projek-ic-di-dun-apas-tawau/view

 

2 Comments