Royalti minyak kami baru bincang perlu 6 bulan lagi bentang kabinet- Azmin
00:09 Sep 16, 2018  |  By SabahKini2
Royalti minyak kami baru bincang perlu 6 bulan lagi bentang kabinet- Azmin

Perbincangan baru berlaku, rundingan sedang berjalan dengan empat negeri iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan. 6 bulan baru bentang kabinet kaedah sesuai.

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Kabinet yang ditubuhkan untuk memperhalusi kaedah pembayaran tuntutan royalti minyak kepada negeri pengeluar minyak diberi masa enam bulan untuk berbincang dan membuat keputusan. Ini bermakna ia akan bakal selesai tahun depan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tempoh itu diberikan untuk menyediakan cadangan sebelum keputusan muktamad bagaimana peningkatan royalti minyak daripada lima peratus ke 20 peratus itu, akan dijalankan.

Ini adalah antara isu yang dibincangkan semasa perjumpaan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal, semasa lawatan kerja beliau ke negeri ini.

Jawatankuasa khas itu juga akan mempunyai wakil dari Sabah dan Sarawak, katanya selepas mesyuarat tertutup dengan kepimpinan PKR Sabah di sini hari ini.

“Saya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa ini dan kami akan kembali dengan cadangan selepas enam bulan untuk dibentangkan kepada Kabinet.

“Perbincangan baru berlaku, jadi saya tidak mahu kemukakan secara umum kerana rundingan sedang berjalan dengan empat negeri iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan, namun kaedah itu harus dipersetujui oleh kerajaan negeri.

“Kita mesti rujuk kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam perkara ini termasuk memastikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dipenuhi … Ini juga seperti dalam terma rujukan jawatankuasa kabinet yang dibentuk untuk melihat perlaksanaan MA63,” katanya lagi.

Sebelum ini Azmin Ali Menteri Hal Ehwal Ekonomi julai lalu  berkata Petronas akan rugi jika royalti 20% diberi kepada negeri pengeluar minyak termasuk negeri Sabah dan Sarawak.

[ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kekangan, royalti minyak 20 peratus tidak boleh dilaksana- Azmin ]

[ARTIKEL BERKAITAN: Royalti minyak 20 peratus berdasarkan keuntungan PH langgar janji- Dr Jeffrry ]

Dr Mahathir sendiri mengesahkan akan membayar royalti minyak berdasarkan keuntungan bukan keluaran kasar.

Terbaru Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, sekiranya situasi itu berlaku, Petronas boleh ditutup sekali gus memberi kesan bukan sahaja terhadap syarikat minyak milik negara itu malah turut melibatkan kerajaan Persekutuan dan negeri.

[ARTIKEL BERKAITAN-'Hidupkan' MA 63 tapi royalti minyak 20 peratus bertegas tak beri ]

 

 

Comment