Warisan Tenom kecam menantu Setiausaha Politik Peter Anthony dilantik PPM Melalap
03:10 Oct 06, 2018  |  By SabahKini2
Warisan Tenom kecam menantu Setiausaha Politik Peter Anthony dilantik PPM Melalap

DAP Keningau bangkit protes pelantikan PPM Bingkor. Kini penyokong Warisan Melalap Tenom pula bangkit persoalkan pelantikan menantu Setiausaha Politik Peter Anthony sebagai PPM. Warisan monopoli PPM

TENOM: Selepas DAP Keningau menggesa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menilai semula pelantikan Pegawai Pembangunan Masyarakat Bingkor Peter Esong Daigo dari Parti Warisan kini giliran Parti Warisan Tenom pula membantah pelantikan PPM Dun Melalap.

[ARTIKEL BERKAITAN: DAP bantah Warisan monopoli jawatan PPM ]

Gabriel George anak menantu Setiausaha Politik Datuk Peter Anthony dilantik PPM Melalap dikatakan tidak pernah dilihat membantu jentera Warisan di Dun Melalap

“YB Datuk Peter terlalu banyak kesilapan dalam memilih pegawai lantikan politiknya.Siapa Gabriel George? jangankan ikut berkempen, kelibat atau bayang-bayangnya pun haram tak nampak. Tiba-tiba muncul di N35 Melalap dilantik PPM”. Kata Hj Saidi.

Hj Saidi JS Simit menulis dalam facebooknya sedangkan ada Wira dan Wirawati Warisan yang berjuang mati-matian di Melalap tetapi kini dipinggirkan oleh Datuk Peter Anthony hanya kerana mengamalkan nepotisme sehingga melantik anak menantu setiausaha politiknya.

Lebih teruk lagi pegawai yang dilantik untuk perhubungan agama Islampun dikatakan terpesong dari landasan. Bagaimana pegawai yang juga pengundi di N36 Kemabong dilantik sebagai pegawai perhubungan Agama Islam untuk mewakili Datuk Peter jika pegawai dilantik bukan ‘kaki surau’.

Benarlah desas-desus sebelum ini Peter Anthony gara-gara takut 'Lontong' maka dituduhnya pengundi Melalap mengamalkan sihir. Sejak selepas PRU 14 Peter dilaporkan tidak pernah melawat kawasan Melalap.

Peter lebih gemar menghantar wakil dan perlekeh orang murut kononnya pengamal ‘lontong’. Jika ada pun program Peter hadir tidak akan menjamah makanan yang disediakan penduduk kampung.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sihir ‘lontong’ alasan Menteri Warisan takut bertemu rakyat Melalap ]

[ARTIKEL BERKAITAN: Peter Anthonylah yang tuduh orang Murut Melalap amal 'lontong' ]

 Peter Anthonylah yang tuduh orang Murut Melalap amal 'lontong'

 

31 Comments