Warisan lapor polis pemilik FB hina TYT Sabah dan Mahkamah
02:11 Nov 10, 2018  |  By SabahKini2
Warisan lapor polis pemilik FB hina TYT Sabah dan Mahkamah

Kumpulan itu diketuai oleh Nordin Ening. Nordin berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu dibanteras agar tidak berlarutan pada masa akan datang

KOTA KINABALU- Sekumpulan penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik sebuah akaun Facebook yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan pihak mahkamah.

Kumpulan yang diketuai oleh Nordin Ening itu berkata mereka membuat laporan itu untuk menggesa pihak polis menjalankan siasatan ke atas pemilik akaun laman sosial berkenaan kerana telah mengeluarkan kenyataan tidak sopan.

“Pemilik akaun itu menggunakan bahasa kesat yang tidak sepatutnya. Provokasi seperti itu adalah sangat melampau dan kita mahu pemilik akaun Facebook itu dikenakan tindakan tegas,” katanya kepada Bernama selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Nordin berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu dibanteras agar tidak berlarutan pada masa akan datang.

Pemilik akaun didakwa mengeluarkan kata-kata kesat yang ditujukan kepada mahkamah dan Juhar ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam yang telah memutuskan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

— BERNAMA

[ARTIKEL BERKAITAN NORDIN ENING- sila baca

Kecoh Pegawai Khas 'Palsu' Ketua Menteri bertemu Konsulat Tawau

Sistem ‘Barter Trade’ Sabah bermula 1 Jan 2019 kejayaan kroni Shafie? ]

 

Comment