Kami naik pentas menari tetapi hanya untuk satu lagu sahaja kata Menteri
09:01 Jan 20, 2019  |  By SabahKini2
Kami naik pentas menari tetapi hanya untuk satu lagu sahaja kata Menteri

Tindakan 'Joget' sepentas Menteri Undang-undang, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara mengundang kritikan tentang persepsi prinsip pengasingan kuasa. Apa sudah jadi?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Liew Vui Keong berkata beliau, Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas naik ke pentas dan menari di sebuah acara Jumaat lalu hanya atas permintaan penganjur.

Beliau berkata demikian ketika menjawab kritikan beberapa pihak susulan rakaman video acara itu yang tersebar semalam.

"... Kami menari pun kerana penganjur menjemput kami ke pentas untuk menari, tetapi hanya untuk satu lagu sahaja.

"Selain itu, penganjur juga adakan persembahan lain daripada artis dalam kalangan peguam, hakim dan pegawai kehakiman, selain persembahan tradisi. Ia bukan khas kepada sesiapa," katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung tindakan itu yang dikritik pelbagai pihak, termasuk oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Dalam rakaman itu, Liew, Malanjum dan Thomas serta tetamu lain dilihat menari di pentas dalam majlis Makan Malam Gala Pembukaan Tahun Perundangan 2019 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Datuk Seri Shafie Apdal yang merasmikan majlis itu dikatakan keluar lebih awal dipintu belakang bagi mengelakkan persepsi buruk. Ternyata tindakan beliau keluar adalah langkah bijak mengelakkan sepentas menari bersama Menteri, Richard Malanjum dan Tommy Thomas.

Shafie lari pintu belakang

Antara pemimpin PH yang mengkritik tindakan itu ialah Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengingatkan PH perlu konsisten dalam pendirian mereka, memandangkan bekas peguam negara Apandi Ali pernah dikritik ketika menari bersama pemimpin BN beberapa tahun lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Video tarian hakim, peguam, menteri cetus kebimbangan badan kehakiman ]

Peguam Haniff Khatri Abdulla pula berkata ia menimbulkan "persepsi negatif" dalam kalangan masyarakat yang menggugat prinsip pengasingan kuasa.

Datuk Liew Vui Keong sebelum ini pernah dikaitkan dengan menerima wang sumbangan 1MDB namun akaun beliau tidak pernah dibekukan malah beliau tidak didakwa tetpai peguam Dato’ Sri Najib Tan Sri Shafie Abdullah yang menerima bayaran 1MDB didakwa di mahkamah.

LDP sahkan Menteri V.K Liew curi RM3.5 juta wang dikait 1MDB dari akaun parti

[ARTIKEL BERKAITAN- LDP sahkan Menteri V.K Liew curi RM3.5 juta wang dikait 1MDB dari akaun parti]

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar: V.K Liew Menteri Undang-Undang terima RM3.5 juta dikait 1MDB ]

Malah Shafie Apdal Presiden Warisan yang dikaitkan dengan rasuah juga telah digugurkan oleh Peguam Negara dan SPRM selepas diumumkan oleh Datuk VK Liew selaku menteri dari Parti Warisan.

Begitu juga aduan rasuah terhadap semua badan NGO AIAC yang mengaitkan namanya. Namun beliau tidak disiasat SPRM. Mungkin hubungan beliau bersama Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara begitu akrab sehingga menteri tidak boleh disentuh sekalipun ada aduan.

[ARTIKEL BERKAITAN- VK Liew Menteri Warisan terima sogokan daripada Pengarah AIAC ]

‘Joget mesra’ ini benar-benar menterjemahkan hubungan baik dan campurtangan pemimpin badan kehakiman di negara ini.

VK Liew Menteri Warisan terima sogokan daripada Pengarah AIAC

 

2 Comments