Mujahid minta maaf, mengaku kereta PLH 4466 miliknya 'disalahguna' di parkir OKU
03:02 Feb 14, 2019  |  By SabahKini2
Mujahid minta maaf, mengaku kereta PLH 4466 miliknya 'disalahguna' di parkir OKU

Apa pun alasannya. Penggunaan Jata Negara dan emblem Ahli Parlimen Malaysia kepada pihak yang tidak berkaitan tidak sepatutnya berlaku. Ahli keluarga bukan Ahli Parlimen, penggunaan salah akan menyebabkan nama baik MP terjejas

PUTRAJAYA: Menteri Agama Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengaku gambar plat kereta PLH 4466 yang tersebar di media sosial parkir di petak khas orang kelainan upaya (OKU) adalah kenderaan miliknya.

Menteri di Jabatan Perdana itu berkata, anak-anaknya menggunakan kenderaan peribadinya yang mempunyai emblem Ahli Parlimen itu menggunakan petak khas parkir OKU kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada ayah mertuanya yang uzur.

“Saya menjaga ayah mertua yang keuzuran dan berkerusi roda. Sewaktu kejadian ini anak-anak saya membawa datuk mereka untuk makan di restoran.

“Mereka menggunakan kemudahan parkir OKU kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada datuk mereka yang uzur.

“Saya mewakili anak-anak memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengucapkan terima kasih atas teguran ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Tinjauan dalam media facebook beberapa pengguna facebook telah memuat naik sekeping gambar kereta berjenama Honda yang lengkap memaparkan emblem ahli Parlimen menunjukkan ia milik Datuk Mujahid.

Sikap Menteri dan keluarga menteri hari ini menjadi bahan troll rakyat, kali ini netizen menyindir Datuk Mujahid kalau selama ini beliau yang seorang kontroversi adalah ‘Menteri OKU’.

Penggunaan Jata Negara dan emblem Ahli Parlimen Malaysia kepada pihak yang tidak berkaitan juga tidak sepatutnya berlaku. Ahli keluarga bukan Ahli Parlimen, penggunaan yang salah akan menyebabkan perkara-perkara tidak ingini boleh menjejaskan nama baik kerajaan dan Ahli Parlimen Malaysia.

 

[ARTIKEL BERKAITAN MUJAHID -

BACA - Boleh khalwat dan zina jika urusan peribadi, tiada lagi ketukan pintu tengah malam- Menteri Agama ]

Rakyat perlu positif 300,000 Gay bukan semua amal seks songsang- Menteri Agama]

 

1 Comment