IGP pertahan lawatan ke Turki ditaja Lembaga Totalisator Malaysia MOF
11:02 Feb 16, 2019  |  By SabahKini2
IGP pertahan lawatan ke Turki ditaja Lembaga Totalisator Malaysia MOF

Guan Eng kata Damacai. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, agensi bawah Kementerian Kewangan tiada masalah dan isu.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mempertahankan tajaan agensi  Lembaga Totalisator Malaysia  Kementerian Kewangan dalam lawatan kerja ke Turki yang diketuainya dengan berkata Lembaga Totalisator Malaysia sentiasa memberi 'tawaran' kepada polis setiap tahun.

Ia diuruskan oleh agensi Lembaga Totalisator Malaysia dan bagaimana mereka mendapat dana ia adalah urusan Kementerian Kewangan.

“Memang tiap-tiap tahun mereka tawar kepada kita. Sebab kita bantu mereka dalam usaha mengatasi sindiket haram, bookie dan lain-lain,” katanya 

[ARTIKEL BERKAITAN- Lim Guan Eng yang arah agensi Kementerian Kewangan LTM guna duit syarikat ‘Da Ma Cai’ bukan salah IGP! ]

Fuzi kesal lawatan kerja yang merupakan sebahagian tugas rasmi polis itu disensasikan pihak yang mengaitkan dengan syarikat Da Ma Cai dan menyifatkan laporan mengenainya tidak berasas.

“Saya tidak tahu apa motif ada pihak membuat laporan itu. Apa yang pasti, kita ke sana untuk bertugas. Itu adalah tugas rasmi.”

Fuzi meminta pihak yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung lawatan kerja itu bertanya kepada Lembaga Totalisator Malaysia, bukannya menyerang polis.

Sebelum ini, gambar Fuzi dan beberapa pegawai kanan polis menyertai rombongan ke Turki untuk mempelajari dasar perjudian dalam talian, disiarkan dalam portal Sarawak Report milik Clare Rewcastle-Brown sahabat baik Tony Pua Setiausaha Politik Lim Guan Eng Menteri Kewangan Malaysia.

Menurut tuduhan laporan, rombongan 16 pegawai kanan polis itu menelan belanja lebih RM300,000 ke atas penerbangan kelas perniagaan dan penginapan di hotel 5 bintang.

Rabu lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, kementeriannya tidak menanggung kos lawatan kerja itu, manakala Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan. Jadi tiada kesalahan bagi Menteri KDN meluluskan lawatan itu. Soal bagaimana Lembaga Totalisator Malaysia mendapat dana lain itu urusan Kementerian Kewangan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Ditaja Lembaga Totalisator Malaysia lawatan pegawai tinggi polis ke Turki tidak salah kata Muhyiddin ]

Ditaja Lembaga Totalisator Malaysia lawatan pegawai tinggi polis ke Turki tidak salah kata Muhyiddin

 

Comment