SPRM ‘Ganyang’’ PAS selepas diugut rombakan, PAS nafi akaun dibeku aset disita
04:03 Mar 01, 2019  |  By SabahKini2
SPRM ‘Ganyang’’ PAS selepas diugut rombakan, PAS nafi akaun dibeku aset disita

KP SPRM sebelum ini sahkan tiada kemasukan RM90 juta. Namun ditegur Tun M. Khairuddin pula mahu SPRM dirombak. Susulan itu SPRM kembali fokus kepada PAS. Takiyuddin SUA PAS menafikan akaun beku dan aset PAS disita...

KUALA LUMPUR: Malaysiakini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank serta menyita beberapa aset termasuk kereta mewah disyaki milik beberapa pemimpin PAS berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada 1MDB.

“Ya, SPRM ada menyita beberapa aset, “ katanya ringkas.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan juga memberi keterangan lebih 4 jam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan siasatan kes itu.

Sebelum ini, beberapa individu dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung siasatan itu antaranya Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bekas timbalan presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa.

Pengesahan SPRM tiada kemasukan RM90 juta dalam akaun PAS diprotes

Minggu lalu dalam satu program di Terengganu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Shukri Abdull mengesahkan pihaknya setakat ini tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank rasmi PAS.

"Siasatan SPRM setakat ini memang tak ada dana RM90 juta yang dikatakan duit 1MDB dimasukkan ke dalam akaun (bank) PAS," katanya ringkas ketika menjawab soalan mengenai isu tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO)Tiada kemasukan RM90j dana 1MDB ke dalam akaun PAS kata KP SPRM ]

 Video- Pengesahan KP SPRM mengenai dana RM90 juta PAS


Disanggah Kerajaan

Kenyataan SPRM ini disanggah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa SPRM belum menyiasat penuh dan menidakkan laporan pengesahan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Isu Pas dan dana RM90 juta: SPRM belum dapat maklumat penuh - Tun M ]

 

Ugutan, tekanan dan campurtangan terhadap SPRM

Sementara Khairudduin Hassan pemimpin Bersatu pula mendesak mengugut agar satu rombakan dibuat kepada SPRM akibat masalah integriti dan persepsi rakyat yang masih negatif terhadap badan itu. 

Ini termasuk kata Khairuddin Abu Hassan kebocoran maklumat di dalam agensi itu kini sangat berleluasa dan amat sukar dikawal lagi.

"Keseluruhan rakyat ingin mendapat penjelasan lanjut daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang menyatakan tiada kemasukan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun Pas seperti yang didakwa sebelum siasatan secara menyeluruh dijalankan.

"Kenyataan itu amat meragukan, SPRM belum menjalankan siasatan secara komprehensif dan Mohd Shukri sudah membuat kenyataan tersebut.

 

 

PAS nafi akaun dibeku aset disita

Bagaimanapun PAS menafikan laporan kononnya beberapa akaun bank dibekukan manakala kenderaan mewah, kedai dan wang tunai dirampas pihak berkuasa, berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada UMNO

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika menyanggah dakwaan itu berkata, laporan Malaysiakini sejak petang semalam tidak berasas dan meminta media terbabit mengkaji semula penyiaran artikel berkenaan.

“Saya baru menghubungi pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Apa yang dilaporkan Malaysiakini berhubung rampasan dikatakan mempunyai kaitan dengan siasatan kes PAS adalah tidak benar.

“Saya minta portal Malaysiakini mengkaji balik, kalau tidak kita akan ambil tindakan undang-undang. Saya sudah ‘print screen’ (tangkap layar) artikel berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Selepas dakwaan RM90 juta itu gagal dibuktikan kini Anwar Ibrahim pula tampil mendakwa mempunyai bukti PAS telah membawa RM1.4 juta kepada pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Bagaimanapun usaha Anwar ini dalam kempen PRK Semenyih hanya dilihat untuk mengalih isu yang kini sedang dibincangkan rakyat berkaitan dakwaan ‘Undi Tidak Percaya’ terhadap Tun Dr Mahathir yang sedang digerakkannya dihidu oleh Tun Dr Mahathir.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Anwar sahkan Shafie Apdal menyokong usaha menjatuhkan Dr Mahathir ]

 

4 Comments