Anak PTI hasil berkahwin warga tempatan dibantu beri dokumen kata Azis, Shafie
18:03 Mar 12, 2019  |  By SabahKini2
Anak PTI hasil berkahwin warga tempatan dibantu beri dokumen kata Azis, Shafie

Berjuta PTI datang ke Sabah tiada usaha menghalang atau menghantar balik. Yang jelas mereka terus berkahwin dan beranak. Akhirnya anak tidak diiktiraf warganegara. Anak-anak ini bakal diberi dokumen kata Warisan

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri KDN, Datuk Azis Jamman berkata masalah rakyat tempatan berkahwin dengan warga asing tanpa didaftarkan yang kini menyebabkan anak dilahirkan perlu didaftar sebagai warga asing tidak akan berlaku jika ditangani

 Sehubungan itu katanya dalam memastikan masalah berkenaan diselesaikan, kerajaan negeri mencadangkan program pemutihan bagi mengesan golongan berkenaan, namun langkah positif itu dijadikan modal politik pembangkang dengan tuduhan kononnya PTI diberikan IC.

“Isu ini sedang dimainkan oleh parti pembangkang kononnya Warisan sebagai parti yang beri IC kepada PTI.

“Isu dia, warga kita berkahwin dengan warga asing tetapi tidak didaftarkan dan hasilnya anak yang dilahirkan itu dikategorikan sebagai bukan warganegara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Jeffry Kitingan (Star-Keningau) dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jeffry dalam soalannya meminta kerajaan menjelaskan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah kanak-kanak warga asing yang tidak dapat bersekolah di Sabah.

“Kategori anak warga asing adalah yang paling banyak di Sabah, sebab itulah Ketua Menteri (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal) ada mencadangkan program pemutihan utk membantu orang-orang ini tetapi bila mana niat dan nawaitu kita membantu mereka ini, kita pula dituduh sebagai parti menternak PTI dan bila ini berlaku membantutkan usaha kita untuk memutihkan orang-orang ini.

Sementara itu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bertekad akan membantu anak-anak warga asing yang berkahwin dengan orang tempatan.

Katanya mereka adalah orang tempatan, akan diberi bantuan menerusi program pemutihan agar masa depan mereka lebih terjamin.

“Ini perlu penyelesaian kalau salah seorang ibu atau bapa orang Malaysia darah dagingnya Malaysia kita perlu bantu.

Tegasnya, setiap kanak-kanak yang lahir di Sabah dan mempunyai darah daging Sabah layak mendapat pembelaan sewajarnya.

Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing

Bagaimanapun komen-komen rakyat Sabah tidak senang dengan cadangan kerajaan negeri itu yang mudah memperakukan anak warga asing berkahwin orang tempatan sebagai orang tempatan.

“Isu pokok ialah kebanjiran warga asing. Jika ada berjuta mereka di Sabah sudah tentu amat sukar menghalang mereka berkahwin dengan orang tempatan. Memang itu tujuan PTI di Malaysia datang dan berkahwin dengan harapan mendapat warganegara. Isu ini gagal difahami kerajaan Warisan.

Sepatutnya tangkap dan hantar balik dahulu. Apabila sudah berkahwin memang sukar membenterasnya.” kata Justin seorang pengguna facebook.

[ARTIKEL BERKAITAN - Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing ]

[ARTIKEL BERKAITAN - Kerajaan negeri akan beri dokumen kepada pekerja asing haram di Sabah ]

24 Comments