Projek Empangan Papar dicepatkan tahun depan - Peter
17:03 Mar 25, 2019  |  By SabahKini2
Projek Empangan Papar dicepatkan tahun depan - Peter

Sebelum jadi kerajaan empangan Papar ini ditentang habis-habiskan sehingga tertangguh hampir 10 tahun. Ketika menjadi Kerajaan ia dicepatkan demi kroni yang melaksanakannya

PENAMPANG- Projek pembinaan Empangan Papar dijangka dimulakan selewat-lewatnya pada awal tahun depan selepas kerja-kerja awalan termasuk penyediaan reka bentuk dan teknikal yang sedang dilaksanakan ketika ini disiapkan dalam tempoh enam bulan, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony.

Peter berkata kementeriannya juga sedang menunggu laporan keseluruhan daripada jabatan dan agensi berkaitan alam sekitar sebelum kerja-kerja pembinaan empangan itu dilaksanakan.

Menurutnya, pembinaan Empangan Papar perlu dipercepatkan bagi memastikan keperluan bekalan air bersih mencukupi ke kawasan Pantai Barat termasuk Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Inanam dan Tuaran memandangkan bekalan air di kawasan berkenaan semakin berkurangan.

"Kementerian telah mengarahkan pelaksanaan Empangan Papar dilakukan dengan segera kerana meskipun ada Empangan Babagon dan beberapa loji air di sekitar Tuaran dan Beaufort, namun, bekalan air masih belum mencukupi.

Jika pembinaan Empangan Papar tidak dilakukan (dikhuatiri) masalah kekurangan bekalan air akan terus berlarutan, apatah lagi penduduk semakin bertambah di Kota Kinabalu dan kawasan sekitar," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta larian Sambutan Hari Air Sedunia 2019 peringkat Sabah di sini, hari ini.

Mengenai pembinaan empangan di Ulu Padas, Beaufort, Peter berkata, kementeriannya akan berusaha memastikan pembinaan empangan itu akan dipercepatkan kerana ia bukan sahaja membekalkan air tetapi juga menjana tenaga elektrik untuk keperluan penduduk di Tenom, Sipitang dan Beaufort.

-- BERNAMA

[ARTIKEL BERKAITAN- Rakyat bising atau 1000 orang protes, empangan tetap dibina- Shafie Apdal]

http://sabahkini2.com/en/news/1191/rakyat-bising-atau-1000-orang-protes-empangan-tetap-dibina-shafie-apdal/view

[ARTIKEL BERKAITAN- Rakyat bising atau 1000 orang protes, empangan tetap dibina- Shafie Apdal ]

http://sabahkini2.com/en/news/1191/rakyat-bising-atau-1000-orang-protes-empangan-tetap-dibina-shafie-apdal/view

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengapa Shafie lantik Amarjit Singh Pengarah Jabatan Air? Semuanya kerana projek Empangan Papar RM2B!]

http://sabahkini2.com/en/news/1104/mengapa-shafie-lantik-amarjit-singh-pengarah-jabatan-air-semuanya-kerana-projek-empangan-papar-rm2b/view

 

 

 

 

4 Comments