Shafie ingatkan GLC Sabah elak rasuah tetapi kes RISDA Micheal Ubu 'Pencuri' bagaimana?
07:03 Mar 27, 2019  |  By SabahKini2
Shafie ingatkan GLC Sabah elak rasuah tetapi kes RISDA Micheal Ubu 'Pencuri' bagaimana?

Seperti Ketam mengajar anaknya berjalan. Begitulah umpamanya pesan Shafie Apdal itu. Kes Michael Ubu curi wang Risda RM15.5 juta masih misteri hingga sekarang.

KOTA KINABALU: Kadang-kadang mengingatkan orang lain dari rasuah tetapi sendiri melakukanya memang sesuatu yang pedih. Namun kerana kerajaan baru melindunginya dan cuba menutup kes itu sementara bolehlah bernafas hingga satu masa.

Tiada kedengaran usaha memburu Michael Ubu saksi utama mencuri wang RISDA RM15.5 juta itu. Jika Michael Ubu ditangkap maka peluang Datuk Peter Anthony diheret sama sangat cerah. Tetapi tiada tanda-tanda tangkapan baru SPRM dan kerajaan PH kini terhadap Michael Ubu. 

Kini Shafie Apdal dari KKLW kini berkuasa sebagai Ketua Menteri Sabah. Kata Shafie Apdal, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) diingatkan menjauhi amalan rasuah sebaliknya perlu menyedari peranan mereka diwujudkan adalah untuk membantu kerajaan merealisasikan pembangunan ekonomi dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata GLC diamanahkan untuk menjadi landasan bagi membolehkan kerajaan negeri memainkan peranan aktif dalam menjana pertumbuhan pembangunan secara aktif.

Malah, menurut beliau peringatan berkaitan bahaya skandal rasuah itu bukan hanya dibuat ke atas GLC tetapi juga di peringkat jemaah menteri Sabah.

“Kita melihat ada beberapa GLC yang `terbabas’ daripada landasan sepatutnya, ada yang terbabit dalam isu rasuah melibatkan aset kerajaan seperti Felda dan Tabung Haji diperingkat nasional dan kita selaku kerajaan baharu harus belajar agar GLC di negeri ini seperti Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), Yayasan Sabah dan Sawit Kinabalu bebas daripada rasuah.

“Ini kerana GLC seperti Yayasan ditubuhkan untuk membangunkan pendidikan di negeri ini dan mereka diberikan sejumlah besar luas tanah dan konsesi kayu balak ialah untuk membantu agar badan itu boleh berperanan membantu masyarakat,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program `Sabah Forum On Institutional Governance and GLC Reforms” di sini

Mohd Shafie berkata kerajaan negeri berpendapat usaha mengembalikan semula peranan GLC yang ada secara aktif, telus dan menjauhi rasuah adalah perlu agar objektif penubuhan GLC itu tidak tersasar.

Oktober 2017 Shafie Apdal ditahan SPRM kerana terlibat dengan dakwan rasuah salahguna kuasa kira-kira RM1.5 bilion. Turut ditahan Datuk Peter Anthony, Azis Jamman, Jamawi, Yusof Apdal, Hamid Apdal dan pemilik Sinkung Contruction.

Rasuah agensi KKLW RISDA masih misteri hingga sekarang melibatkan Shafie Apdal, Peter Anthony dan Peguam Micheal P Ubu yang hilang melarikan diri ke luar negara.

Kes itu sepatutnya didakwa sebelum PRU14 namun kini selepas Kerajaan PH mengambil alih kes ini berstatus No Further Action (NFA).

Hanya kes rasuah KKLW RM1.5 b diarahkan tutup oleh Peguam Negara

Kes Rasuah RISDA, Peter Anthony dan Michael Ubu

 

 Apakah status kes ini sekarang? Jika MIchael Ubu muncul di Kota Kinabalu bolehkah SPRM dan Kerajaan PH mengambil tindakan semula kepada pencuri wang rakyat?

[ARTIKEL BERKAITAN BACA- Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA! ]

http://sabahkini2.com/en/news/663/bukti-terbongkar-memang-shafie-dan-peter-anthony-rompak-wang-risda/view

 

[ARTIKEL BERKAITAN BACA- Michael P.Ubu Hilang: Diculik atau dibunuh?

http://sabahkini2.com/en/news/377/michael-pubu-hilang-diculik-atau-dibunuh/view

[ARTIKEL BERKAITAN BACA- Skandal curi deposit wang RISDA RM15.5 juta memalukan KDM

http://sabahkini2.com/en/news/324/skandal-curi-deposit-wang-risda-rm155-juta-memalukan-kdm/view

 

 

1 Comment