Terima kasih atas sokongan anda! Tiada medium lain hanya di Portal Sabahkini2.com!
20:05 May 19, 2019  |  By SabahKini2
Terima kasih atas sokongan anda! Tiada medium lain hanya di Portal Sabahkini2.com!

Portal Sabahkini2.com tidak mempunyai 'facebook page' rasmi, twitter atau instagram. Semua berita dan artikel hanya disiarkan dalam Portal Sabahkini2.com.

Pengumuman Mesra

Pengumuman ini hanyalah sebuah pengumuman pengulangan sebelum ini pada 12 November 2018. Bagaimanapun disesuaikan semula untuk tahun 2019.

Pihak editor portal Sabahkini2 memaklumkan sekali lagi bahawa bilangan pembaca terus meningkat setiap hari, bulan dan tahun. Begitu juga laporan terhadap pihak berkuasa berhubung laporan portal ini yang mungkin tidak menyenangkan pelbagai pihak.  Ada yang suka dan ada yang tak suka. Walau apapun pandangan anda Sabahkini2 adalah satu dari alternatif yang berbeza dari apa yang disampaikan oleh media pro kerajaan. 

19 Mac lalu kami juga mengesan terdapat usaha pihak tertentu melakukan DDoS Attack (Distributed-Denial-of-Service attack) yang menyebabkan para pembaca tidak dapat mengakses portal Sabahkini2.com. Bagaimanapun kami dapat menghadapinya dengan lemah lembut. Kita anggap sajalah ia lumrah dan lawatan kasih sayang dari teman-teman yang rindukan Sabahkini2.com. Sekali lagi terima kasih.

Pihak editor Sabahkini2.com memaklumkan sekali lagi setakat hingga hari ini Portal Sabahkini2 tidak mempunyai 'facebook page' rasmi, twitter atau instagram. Semua berita dan artikel hanya disiarkan dalam Portal Sabahkini2.com. 

Kisah rumah mewah  Shafie Apdal di Hartamas dan Albion Street London adalah maklumat yang diberi oleh orang-orang kanan
Shafie sendiri dan kontraktor rapat dengannya. Jadi Sabahkini2 serahkan kepada pembaca. Setakat hingga kini Shafie Apdal tidak pernah menafikannya secara rasmi

Jika ada pihak tertentu yang menyediakan pelbagai platform laman sosial demikian maka 'kita anggap saja sebagai promosi percuma' untuk Sabahkini2.com. 

Apa yang penting jika anda terima maklumat dari Sabahkini2.com "Yang Penting Sebar dan Kongsikan".

Kami mengucapkan terima kasih kepada warga pembaca yang setia bersama kami termasuk warga 'pembenci' dan 'marah-marah sayang' kepada Sabahkini2.com. Tanpa anda, tiadalah tular dan tersebarnya informasi kepada rakyat serta maklumat yang sampai kepada pihak kerajaan. Kepada parti Warisan, penyokong dan pemimpinnya  sehingga sanggup membawanya dalam perbahasan Dewan Rakyat anggaplah Sabahkini2 sebagai "Check and balanceanda. Begitu juga rakan-rakan yang mempertahankan Sabahkini2.com. Anda sahabat kami selamanya. 

Tiada yang sempurna di dunia ini. Jika ada berita yang baik mengenai usaha Kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan membenteras PTI, kejayaan ekonomi dan apa sahaja kami tiada halangan berkongsi mengenainya. Pemimpin BN, ahli korporat dan GLC juga tidak pernah terlepas dari pandangan Sabahkini2.com.  Di zaman rakyat akses maklumat setiap dari mereka adalah 'wartawan' yang akan melaporkan apa yang mereka suka atau tidak. Ini zaman media terbuka. Anda kena bersiap menghadapinya. Dengan keberanian dan tanpa takut anda akan mendapat berita 'benar-benar' berani dalam Sabahkini2. 

Anda tidak perlu mencari Sabahkini2 kerana di mana-mana  ada 'teman' dan penyampai maklumat Sabahkini2. Anda hanya perlu sampaikan maklumat dimana anda suka. Kami pasti akan dapat mencapainya. Cuma bagi memudahkan rakyat memberi laporan atau aduan Sabahkini2 menyediakan satu emel khusus untuk anda iaitu [email protected]. 

Aduan, laporan, artikel: Sabahkini2 perlukan Anda!

 

Kepada rakyat yang merasa ditindas oleh pemimpin, wakil rakyat, ahli korporat atau sesiapa saja kami menyediakan platform untuk anda secara percuma. Mari Sabahkini2.com adalah tempat anda. Percayalah Kami sentiasa bersama anda.

Terima kasih atas sokongan anda. Kami kekal bertahan kerana anda!

Ketua Editor Sabahkini2.com
20 Mei 2019

 

 

4 Comments