Ketua Menteri pertahan Tangau ‘hina Islam’ sebagai hanya salah tafsir
00:07 Jul 26, 2019  |  By SabahKini2
Ketua Menteri pertahan Tangau ‘hina Islam’ sebagai hanya salah tafsir

Shafie sepatutnya membuat teguran terhadap Madius Tangau timbalannya agar berhati-jati mengeluarkan kenyataan bukan mempertahankan Madius yang kini disiasat polis.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, meminta semua pihak mengelakkan perkara yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

“Kita boleh bangkitkan isu bangsa dan agama tetapi jika ia boleh memecahbelahkan kita, buat apa bangkitkan.

Beliau mengulas kenyataan dibuat Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam akaun Facebooknya, baru-baru ini, yang membuat perbandingan pemimpin Sabah ke Tambunan pada masa lalu dan kini.

Bagaimanapun Shafie mempertahankan Timbalannya Madius Tangau apabila berkata ia hanya masalah tafsiran berbeza dari pelbagai pihak.

“Beliau hanya menyatakan kemungkinan pemimpin perlu menunjukkan contoh yang terbaik namun mungkin sudah tentu ada tafsiran berbeza daripada pelbagai pihak,” katanya

Dalam laman Facebook beliau baru-baru ini, TKM Sabah Madius menulis “38 tahun lalu, seorang pemimpin Kerajaan Negeri Sabah berada di Tambunan mengadakan ucapara pengislaman beramai-ramai. Ramai yang terpaksa ikut kerana pelbagai ugutan seperti tidak masuk Islam tidak dapat Tanah, tidak dapat kerja dan pelbagai lagi ugutan.”

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerana RM1 juta Tangau kata 'Tun Mustapha' paksa masuk Islam, Shafie bagi duit kepada Gereja]

Kenyataan Madius itu mendapat kecaman daripada netizen kerana perbandingan tidak tepat serta tuduhan bahawa agama Islam disebarkan melalui paksaan.

Menurut Shafie kenyataan Madius itu mungkin hanya merujuk ‘kali ini’ seorang Ketua Menteri Sabah, beragama Islam, datang ke Tambunan bukan untuk memaksa orang masuk agama tetapi memberi peruntukan sebanyak RM1Juta untuk membaiki Gereja.

Bagaimanapun semakan Sabahkini2 netizen tiada masalah mengenai Ketua Menteri Sabah memberi peruntukan kepada Gereja kerana perkara adalah perkara biasa yang pernah dilakukan kerajaan terdahulu malah Madius sendiri pernah menerima bantuan kerajana RM2.5 juta untuk gereja di zaman Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Shafie sepatutnya membuat teguran terhadap Madius Tangau timbalannya agar berhati-jati mengeluarkan kenyataan bukan mempertahankan Madius yang kini disiasat polis.

Shafie menyeru semua pihak memajukan negeri berkenaan dan bukannya menimbulkan aura negatif terutamanya berkaitan perbezaan bangsa dan agama yang boleh membawa kepada perpecahan kaum namun menggalakkan timbalannya membuat tuduhan tidak berasas mencetuskan isu kaum.

Terdahulu dilaporkan sekumpulan individu termasuk pemimpin politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung kenyataan Madius pada 22 Julai lalu manakala polis Sabah sudah membuka kertas siasatan berikutan laporan polis yang dibuat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan

[ARTIKEL BERKAITAN- Musli Oli, Ketua Pemuda, NGO Sabah lapor polis kenyataan Madius Tangau ]

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass, berkata polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan seorang Timbalan Ketua Menteri yang didakwa mengeluarkan kenyataan mendatangkan kegusaran.

Zaini dipetik sebagai berkata, susulan laporan polis diterima, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan mendatangkan kegusaran.

Bagaimanapun seperti dijangka ia hanya sebuah kisah gimik dan kes ini pasti akan ditutup seperti biasa oleh pihak yang berkenaan.

5 Comments