Logo VM2020 ciptaan Alfred Phua Hong Fook dituduh hasil ciplak logo Hornbill Studios namun tetap menjadi pilihan jawatan kuasa pertandingan mencipta logo. Ia kesilapan pasukan diketuai Datuk Isham Ishak KSU MoTAC gagal mengesan unsur-unsur penipuan.
Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang baru dirasmikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak akan ditukar meskipun reka bentuknya mendapat kecaman ramai.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi berkata logo berkenaan dihasilkan oleh lulusan institusi pengajian tinggi dan memiliki ijazah rekaan grafik kelas pertama melalui pertandingan yang dianjurkan oleh kementerian
“Graduan ijazah kelas pertama tidak akan melakukan perbuatan tiru-meniru kerana dia tidak berminat memalukan dirinya sendiri
Majlis pelancaran Logo yang dikendalikan oleh syarikat kroni KSU dikenali Qew Communication itu nampaknya gagal membuat pelancaran gilang gemilang, begitu banyak kelemahan pelancaran Majlis bernilai RM300 ribu itu.
Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dilancarkan menampilkan beberapa ikon penting negara seperti burung kenyalang, bunga raya, paku-pakis liar dan warna bendera Malaysia.
Namun, tidak lama selepas ia dilancarkan logo itu mendapat kecaman banyak pihak, termasuk didakwa menggunakan bahasa Inggeris yang mengelirukan.
Mohamaddin berkata, penggunaan bahasa Inggeris dalam logo berkenaan adalah betul dan tidak menjadi masalah digunakan.
Logo itu ciptaan Alfred Phua Hong Fook, 23 yang menang dalam pertandingan logo VM2020 itu dituduh menciplak idea logo Hornbill Studios namun tetap menjadi pilihan jawatan kuasa pertandingan mencipta logo sebagai pemenang.
Ia satu kesilapan pasukan yang diketuai Datuk Isham Ishak Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya apabila pegawainya gagal mengesan unsur-unsur penipuan dan penciplakan logo sebuah syarikat yang akhirnya disenarai pendekkan dipilih sebagai logo rasmi.
KSU gagal memberikan maklumat yang tepat kepada Menteri sehingga logo itu dihantar kepada pejabat Perdana Menteri.
Bagi mengelak malu dan menjejaskan nama Kementerian serta KSU, menurut sumber isu plagiat selesai selepas Alfred Phua Hong Fook bersetuju berkongsi hadiah bersama pemilik logo Hornbill Studios. Oleh itu tidak timbul lagi isu logo ciplak. Maka Ia dianggap satu kebetulan yang sama.
Peristiwa ini sudah tentu sangat memalukan kerana isu ciplak boleh menjejaskan nama kementerian. Bagaimana jika pemilik asal tidak mahu logo dilancarkan sudah tentu akan lebih memburukkan keadaan. KSU sepatutnya meletakkan jawatan atau Kerajaan PH perlu menukarkannya ke tempat lain.
Datuk Isham Ishak KSU MoTAC berjaya menyelamatkan diri dan Menteri terpaksa pula ke depan menjadi kambing hitam mempertahankan keputusan logo yang sudah dilancarkan. Apakah ini satu lagi cubaan sabotaj KSU kepada Menteri atau pihak-pihak lain dalam kementerian?
Ini bukan kali pertama KSU MoTAC cuba memburukkan Menteri. Portal Sabahkini2 pernah melaporkannya sebelum ini.
[ARTIKEL BERKAITAN-
Syarikat kroni digagalkan, Timbalan Menteri, KSU MoTAC serang Menteri guna ‘Surat Layang’
KSU degil tubuh ‘High Level Taskforce’ lantik kroni demi monopoli projek pelancongan ]