Shafie 'tibai' Menteri Pendidikan lantik Naib Canselor UMS membelakangkan Kerajaan Warisan
04:07 Jul 28, 2019  |  By SabahKini2
Shafie 'tibai' Menteri Pendidikan lantik Naib Canselor UMS membelakangkan Kerajaan Warisan

Bukan kali pertama Dr Maszlee Menteri Pendidikan membuat keputusan sesuka hati. Dulu cubaan batal kuasa projek Sabah, kini lantik Naib Canselor UMS tanpa memaklumkan kerajaan negeri. Ketua Menteri tidak berpuas hati. Warisan akan bangkit melawan?

KOTA KINABALU: Selepas surat pelantikan Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin sebagai Naib Canselor UMS tular dalam aplikasi whatsapp dan laman facebook, Sabahkini2 sudah mendapat maklumat bahawa Warisan sedang mengumpulkan beberapa pihak untuk membuat bantahan rasmi pelantikan Menteri Pendidikan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Pelantikan Presiden MACMA 'orang kuat' IKRAM sebagai Naib Canselor UMS ditentang Warisan? ]

Pelantikan Presiden MACMA 'orang kuat' IKRAM sebagai Naib Canselor UMS ditentang Warisan?

Bagaimanapun kurang 24 jam berita itu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah membuat kenyataan media bahawa Kerajaan Persekutuan membelakangkan hasrat dan permintaan kerajaan Warisan apabila melantik Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu tanpa memaklumkan kepada kerajaan negeri Sabah.

Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, walaupun kuasa pelantikan terletak di tangan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik namun pandangan kerajaan negeri sepatutnya diambil kira terlebih dahulu.

“Saya tidak dimaklumkan, mereka telah memutuskan tanpa pemakluman daripada pihak universiti kepada Canselor iaitu Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin mahupun saya sebagai Ketua Menteri.

“Kita maklum mereka sudah war-warkan perkara ini, namun saya telah maklumkan kepada menteri kalau ada perubahan kita kemukakan nama malangnya dia buat keputusan sendiri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mengikut surat yang dikeluarkan bertarikh 23 dan 24 julai daripada Menteri dan Ketua Pengarah JPT pelantikan berkenaan bermula 30 Julai tahun ini sehingga 29 Julai 2022.

Sementara itu menurut sumber pejabat Menteri Pendidikan pelantikan Prof Dr Taufiq Yap Hun Hin ‘Orang Luar UMS’ adalah satu usaha menyelesaikan polemik pelantikan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang berpanjangan daripada pelbagai kumpualn pendesak dalam UMS dan Parti Warisan yang akhirnya memendekkan kontrak Prof Dr D Kamaruddin D Mudin.

Kerajaan Pusat - Dr Maszlee bukan kali pertama membelakangkan Sabah

Menurut Shafie Apdal sama ada setuju atau tidak pelantikan itu keputusan telah dibuat.

“Dia (Dr Maszlee) sudah memutuskan memang hak dia untuk lantik, saya setuju atau tidak setuju macam mana sebab sudah diputuskan oleh kementerian,” katanya.

Mohd. Shafie berkata, perkara paling penting sekarang ialah perlu ada kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri serta memastikan peranan UMS sebagai pusat pendidikan tidak terjejas.

“Tidak menjadi masalah mahu lantik sesiapa tetapi saya harap kerjasama kerajaan pusat dan negeri perlu diberi perhatian walaupun kita ada bidang kuasa menentukan siapa dilantik tetapi sekurang-kurangnya ambil pendapat daripada kerajaan negeri.

November tahun lalu, Dr Mazlee Malik Menteri Pendidikan menggunakan kuasanya mengarahkan pembatalan perwakilan kuasa pengawal KPM kepada Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah dan Sarawak bagi projek perolehan Bekalan dan Perkhidmatan.

Pembatalan perwakilan kuasa untuk Sabah dan Sarawak ini adalah satu usaha Menteri Pendidikan untuk memonopoli perolehan tender bekalan perkhidmatan seperti bekalan makanan bermasak. Kantin sekolah, pengawal keselamatan, tender kerja lain-lain lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Pendidikan mahu ‘bolot’ projek tender KPM arah batal kuasa perolehan Sabah ]

 

Menteri Pendidikan mahu ‘bolot’ projek tender KPM arah batal kuasa perolehan Sabah

Tindakan Dr Maszlee ketika itu turut mendapat bantahan dari Ketua Menteri dan Menteri Sabah.

Menteri Pusat nampaknya tidak segan silu untuk menggunakan kuasa demi kroni membelakangkan kerajaan negeri.

Jik Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sudah bersuara terhadap Menteri Kerajaan Pusat dijangka selepas ini akan ada protes terbuka dari pemimpin Warisan sebagaimana didedahkan Sabahkini2 sebelum ini. 

4 Comments