Mengapa 'Orang Semporna' dalang projek IC JPN di Sabah? Kini terjawab!
12:07 Jul 31, 2019  |  By SabahKini2
Mengapa 'Orang Semporna' dalang projek IC JPN di Sabah? Kini terjawab!

Apabila terbongkarnya sindiket Projek IC mesti terdedah Pegawai JPN Semporna sehingga SPRM mendakwa mereka di mahkamah. Kini di zaman pemerintahan Warisan dalang juga pegawai JPN asal Semporna. Mengapa?

27 April 2017 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pembantu pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Semporna kerana terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan proses pengeluaran kad pengenalan.

Kedua-dua suspek, seorang lelaki berusia 45 tahun dan seorang wanita berumur 40 tahun, ditahan di Semporna.

Mereka menerima suapan bernilai RM2,000 seorang melibatkan proses pengeluaran kad pengenalan di daerah Semporna. Mereka ditahan reman selama 5 hari di Mahkamah Majistret Tawau.

 Kedua-dua pegawai JPN ini mengenali Ahli Parlimen Semporna

Pada 31 Januari 2018 Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah ketika itu mengumumkan satu sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri di kawasan Timur Sabah berjaya ditangkap dengan penahanan 13 orang termasuk 2 ejen.

Beberapa dokumen pengenalan diri palsu antaranya sijil lahir dan kad pengenalan dirampas dalam serbuan tersebut

 

[ARTIKEL BERKAITAN Agen Sindiket sijil lahir dan Kad pengenalan yang ada kaitan 'Shafie' tumpas di kawasan timur Sabah ]

Terbaru semalam dilaporkan seorang lagi pegawai pendaftar Jabatan Pendaftaran Negara antara tiga lelaki yang ditahan membabitkan sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri di Semporna.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata ketiga-tiga lelaki itu yang berusia 30 hingga 43 tahun ditahan pada Selasa lepas (23 Julai) di sekitar daerah Semporna.

Katanya turut dirampas daripada mereka antaranya borang daftar kelahiran, bahagian kad pengenalan, 34 cop palsu jabatan kerajaan, klinik kesihatan, hospital, ketua kampung dan pesuruhjaya sumpah.

“Sehingga kini, seorang saksi telah tampil menggunakan proses daftar kelahiran dilakukan oleh sindiket tersebut,” katanya pada sidang media

Menurutnya sindiket itu disyaki menjalankan kegiatan mereka sejak awal tahun lepas dengan menawarkan perkhidmatan daftar sijil lahir dengan bayaran RM3,500 dan daftar kad pengenalan RM6,000.

Zaini berkata kegiatan sindiket itu terbongkar selepas polis menerima laporan pada 22 Julai lepas daripada seorang lelaki berusia 55 tahun yang ada berurusan dengan seorang lelaki di Semporna untuk membantu mendapatkan dokumen sijil kelahiran dan kad pengenalan warganegara Malaysia.

Katanya pengadu mendakwa dia berjumpa dengan lelaki itu pada 19 Julai lepas dengan mengenakan bayaran kos RM3,500 untuk sijil kelahiran dan RM6,000 untuk kad pengenalan.

Beliau berkata bertindak atas laporan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun di kantin sebuah sekolah menengah pada Selasa lepas yang kemudian membawa polis ke rumahnya di Kampung Bugaya Semporna.

Dalam rumah itu, polis merampas antaranya borang daftar kelahiran dan kad pengenalan JPN, buku rekod kesihatan bayi dan 34 cop palsu antaranya JPN, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Pejabat Mahkamah Anak Negeri Semporna dan Klinik Kesihatan Semporna, katanya.

Menurutnya susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Miramas Semporna yang membawa kepada dua lagi tangkapan membabitkan pegawai pendaftar JPN, Gred N22 di cawangan Semporna berusia 43 tahun dan seorang lelaki berusia 30 tahun.

Katanya di rumah itu rampasan membabitkan sekeping borang masing-masing daftar kelahiran dan daftar lewat kad pengenalan serta sekeping salinan sijil lahir dan satu fail JPN.

Beliau berkata polis turut menyerbu rumah lelaki berusia 30 tahun itu di Kampung Bugaya dan merampas sekeping salinan rekod pengembangan kanak-kanak dan resit rasmi daftar lewat sijil lahir.

Zaini berkata ketiga-tiga lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurutnya siasatan lanjut yang dijalankan termasuk mengenal pasti jika ada penjawat awam lain terlibat dalam kegiatan sindiket tersebut.  

Mengapa Semporna?

Isunya mengapa sindiket ini bermula di kawasan Timur Sabah terutama Semporna?

Ini bermakna kerja-kerja pemalsuan dokumen ini banyak muncul dari Semporna. Kemungkinan mereka juga menyelinap masuk di JPN Kota Kinabalu. Sebelum ini sindiket juga menggunakan surat sokongan Ahli Parlimen Semporna untuk mengukuhkan permohonan mereka. Kini Warisan berkuasa tentu lebih banyak dokume sokongan dibuat.

Zaman pemerintahan Warisan ini desas-desus mengenai pelaksanaan projek IC 2.0 begitu membimbangkan. Portal Sabahkini2 sebelum ini pernah melaporkan insiden tertentu dikaitkan dengan pemimpin Warisan namun sehingga sekarang tidak diambil tindakan.

Lihat sahaja sindiket menggunakan surat sokongan projek IC menggunakan nama Timbalan Menteri KDN. Semua dari Semporna.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sindiket Dokumen 'Projek IC' guna nama Timbalan Menteri KDN terbongkar! ]

[ARTIKEL BERKAITAN-

Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing 

Terbongkar! Projek IC kecoh di Tuaran didalangi Penerangan Pusat Warisan

7 Bukti Kerajaan Warisan utamakan PTI mengapa Darell Leiking nafi dan tidak ambil tindakan?

Sindiket dokumen 'Projek IC' didalangi pemimpin Warisan didedahkan, mengapa tak dakwa mereka?

 

 

 

18 Comments