[VIDEO] KSU disiasat SPRM, tunggu siasatan selesai jika serius perlu direhatkan kata Menteri
12:08 Aug 07, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] KSU disiasat SPRM, tunggu siasatan selesai jika serius perlu direhatkan kata Menteri

KSU disiasat SPRM: kalau serius dan perlu direhatkan saya akan minta pandangan daripada Ketua Setiausaha Negara

Selepas desas-desus KSU Pelancongan disiasat SPRM, Akhirnya Datuk Mohammadin Menteri Pelancongan mengesahkan SPRM memanggil KSUnya itu. Bagaimanapun Menterinya menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasatnya

Sidang Media Menteri

PUTRAJAYA: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini mengesahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Isham Ishak sedang di dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah.

Bagaimanapun, menurut Ahli Parlimen Silam itu, beliau masih belum dimaklumkan secara terperinci berhubung siasatan yang sedang dijalankan badan pencegah rasuah itu.

Dalam masa yang sama, Mohamaddin menegaskan, beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai kementeriannya yang terlibat dengan gejala rasuah.

“Saya tegaskan di sini, kerajaan Pakatan Harapan ini merupakan kerajaan Malaysia baharu dan bersih. Saya tidak akan bertolak ansur dengan pegawai-pegawai di kementeriani ini atau di jabatan ini yang buat salah laku atau terlibat dengan rasuah.

Setakat ini, saya difahamkan hanya beliau seorang sahaja  yang dipanggil oleh SPRM. Situasi ini tidak akan menjejaskan sebarang operasi di kementerian ini dan semuanya lancar,”

“Tetap apa yang berlaku ini saya sendiri belum dimaklumkan secara rasmi sebab apa (ditahan). Jadi saya tidak dapat beri komen lebih panjang. I don’t want to be subjudice,” katanya pada satu sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Ketika ditanya adakah ada tindakan dalaman terhadap Isham nanti, Mohamaddin berkata, pihaknya akan menunggu siasatan selesai terlebih dahulu.

“Kita tunggu dahulu, kalau serius dan perlu direhatkan saya akan minta pandangan daripada Ketua Setiausaha Negara,” katanya.

Semalam, Sabahkini2 melaporkan  Isham KSU telah dipanggil SPRM untuk bagi siasatan kes rasuah salah guna kuasa membabitkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN-Bayaran RM35 juta: Datuk Isham KSU MOTAC ditahan SPRM bakal direman? ]

Datuk Isham Ishak telah meluluskan tuntutan bayaran tambahan kepada syarikat Geeko Tech Sdn Bhd berjumlah RM 35 juta walaupun syarikat itu dalam siasatan SPRM dan dilarang membuat apa-apa bayaran kepada syarikat itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- KSU MOTAC luluskan bayaran RM35 juta kepada GEEKO yang disiasat SPRM kontrak RM99.7 juta!]

KSU MOTAC luluskan bayaran RM35 juta kepada GEEKO yang disiasat SPRM kontrak RM99.7 juta!

Projek Pelancongan Pintar Tencent Group China dengan bekas Pengerusi Tourism Malaysia Dato’ Dr Siew Ka Wei  dilaporkan gagal. Malah siasatan SPRM di China projek itu tidak dilaksana dan tidak wujud.

Sabahkini2 turut melampirkan notis SPRM bertarikh 5 Ogos memerintahkan Isham Ishak hadir ke Ibupejabat SPRM bagi siasatan kes.

 

 

 

 

 

 

16 Comments