Berapa beraninya Datuk Isham Ishak KSU MOTAC ini!. Syarikat kontroversi RM99.7 juta Speedy Gonzalez yang disiasat SPRM dibayar tuntutan RM35 juta. Berapa Geeko bayar komisen untuk KSU? SPRM pasti menyiasatnya!
Tentunya warganet masih ingat diawal Januari 2019 seorang bekas pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato’ Dr Siew Ka Wei taikun media direman SPRM selama empat hari bagi siasatan kes salah guna kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta.
Turut direman, seorang wanita bernama Elizabeth Ken ketua pegawai eksekutif CEO Geeko Tech Sdn Bhd yang juga perempuan simpanan kepada pengerusi itu bagi siasatan kes yang sama.
Dr Siew Ka Wei bekas Pengerusi Tourism Malaysia adalah Pengerusi Redberry Media Group dan Ancom Bhd. Namun kekal misteri ialah menteri pelancongan ketika itu Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempunyai kuasa dibawah Akta Fungsi Menteri 1969 tidak ditahan.
Sepatutnya penangkapan Pengerusi Tourism Malaysia dan Geeko Tech Sdn Bhd dapat mengheret Dato’ Seri Nazri Aziz bekas Menteri Pelancongan berdasarkan kuasa Menteri dalam meluluskan projek. Namun dari segi teknikal mungkin Nazri Aziz berjaya mengelakkan dirinya dan berjaya menggunakan pegawai di Kementerian sebagai kambing hitam seperti KSU dan Ketua Pengarah. Hanya seorang manusia saja boleh meluluskan projek kementerian dalam singkat iaitu MENTERI sehingga Surat Setuju Terima diperolehi.
Nazri Aziz dan Dr Siew Ka Wei
Datuk Rashidi Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan ketika itu dipanggil memberi keterangan di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya berhubung kontrak kerajaan bernilai RM99.7 juta sebanyak dua kali.
Ketika itu pada 25 April 2018 Syarikat GEEKO mengemukakan Sijil Perakuan Siap untuk membuat tuntutan RM11,693.160.00 “Work Completion Certificate” ditandatangani oleh Ms Elizabeth Ken Tzu Ying. Datuk Seri Khani Daud, Timbalan KP TM pula telah meluluskan bayaran RM11,693.160.00 Invoice NO: 002/2018. Dokumen-dokumen Projek GEEKO ini pernah didedahkan dalam blog Wee Choo Keong bekas pengerusi Tourism Malaysia.
TERBARU!
Hari ini Datuk Isham Ishak Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang baru juga cuba mencipta kisah baru yang pantas sekalipun kes kontrak promosi bersama Tencent Group China bagi projek Pelancongan Pintar melibatkan Pengerusi Tourism Malaysia Dato’ Dr Siew Ka Wei dan Geeko Tech Sdn Bhd masih dalam siasatan SPRM, Datuk Isham Ishak telah meluluskan tuntutan bayaran kepada syarikat itu RM 35 juta. Ia sesuatu yang sangat memeranjatkan bagaimana KSU berani meluluskan tanpa penurunan kuasa dari Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Datuk Isham Ishak
Laporan Sabahkini2 terhadap KSU MOTAC Datuk Isham Ishak sebelum ini sangat berasas mengenai dirinya. Sikapnya salahguna kuasa dan sering menyerang Menteri sangat menjelikkan.
[BACA ARTIKEL BERKAITAN-
Syarikat kroni digagalkan, Timbalan Menteri, KSU MoTAC serang Menteri guna ‘Surat Layang’
KSU degil tubuh ‘High Level Taskforce’ lantik kroni demi monopoli projek pelancongan
Logo VM2020 ciplak: KSU perlu letak jawatan, memalukan! satu cubaan sabotaj? ]
Beliau tentu akan merasa akibatnya kesan meluluskan bayaran kepada Geeko Tech Sdn Bhd. Berapa agaknya komisen yang Datuk Isham Ishak perolehi sehingga berani berbuat demikian?
Apakah SPRM akan berdiam diri?
Pastinya projek ini patut dicatatkan dalam Malaysia Books of Records bagaimana sebuah kontrak promosi bersama Tencent Group China, projek Pelancongan Pintar dibuat tanpa menepati peraturan perolehan Kementerian Pelancongan namun sekalipun kontroversi SPRM, Projek Speedy Gonzalez yang menjadi bualan kerana KECEPATAN kelulusannya, kini menjadi luar biasa mendapat juga tuntutan bayaran projek yang nilainya bukan sedikit iaitu RM35 JUTA.
Tabik buat KSU MoTAC Datuk Isham Ishak yang sangat berani!..
Untuk mengetahui kes Projek Speedy Gonzalez syarikat Geeko Tech Sdn Bhd milik Nazri Aziz ini bolehlah membaca kronologi Kes Tourism Malaysia dan Geeko Tech Sdn Bhd seperti berikut -
3-4-2018 – Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian & Rundingan Harga (JKPTRH) proposal Geeko Tech Sdn Bhd melalui platform Tencent Group dengan kos RM99,693,000.00. JKPTRH panjangkan kepada Lembaga Perolehan “A” Kementerian untuk buat keputusan.
4-4-2018 – YB Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan bersama dengan Pengerusi Tourism Datuk Siew Ka Wei melancarkan projek Digital Marketing ke China di Istana Hotel.
Pada tarikh yang sama TM memberikan Letter of Intent kepada Geeko Tech Sdn Bhd ditandatangani oleh Datuk Mirza Mohamad Taiyap, Ketua Pengarah Tourism Malaysia RM99.693 juta selama 2 tahun.
4-4-2018– Letter of Acceptance dari Geeko ditandatagani CEO Ms Elizabeth Ken
Hari yang sama 4-4-2018 , GEEKO membalas surat LOI TM “We are delighted to accept the offer and agree to the content of the letter of intent.”
Bukan sahaja alamat syarikat Geeko di rumah kediaman malah saham Ms Elizabeth Zen Tzu Ying dalam Geeko hanyalah 1 saham sahaja. Menjadikan Geeko relevan Koperasi Kakitangan Kemeterian Pelancongan dan kebudayaan Malaysia Berhad dipaksa membeli 10,000 saham.
Elizabeth Ken hanya ada 1 Saham
4-4-2018 – Mesyuarat Lembaga Perolehan “A” di Kementerian Pelancongan
Perkara 1.3 Minit Lembaga Perolehan “A”
Perkara 1:3 Minit Lembaga Perolehan “A” jelas “…setiap perolehan yang akan dibincangkan di dalam LPA ini mesti mempunyai peruntukan yang mencukupi. Sekiranya tiada peruntukan, mesyuarat ini tidak boleh diadakan, sebagaimana dinyatakan dalam SOP Tempahan Terus Media LLPM 2018”.
4.4.2018 – Memo Bahagian Pentadbiran TM memberi peringatan tentang keputusan Lembaga Perolehan A Kempen Periklanan Digital bagi Pasaran China menggunakan Platform Tencent.
4-4-2018 – Memo Bahagian Pentadbiran Tourism Malaysia- Peringatan mengenai syarat pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) projek. 5 Perkara perlu diambil maklum.
Penyediaan dokumen kontrak GEEKO Lebih luar biasa pada tarikh yang sama Puan Nor Razifah Siarap (Adik beradik Datuk Kamarudin Siaraf) dapat menyiapkan dokumen perjanjian syarikat Geeko dalam beberapa jam untuk disiapkan pada tarikh 4 April 2018. Sangat pantas…..
Geeko dapat kontrak 4 April 2018 tetapi dokumen Sijil berdaftar dengan Kementerian Kewangan adalah 6 April 2018. Kawtim yang luar biasa!
Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat di MOF ialah pada 6 April 2018 tetapi Geeko
dapat LOA projek Kementerian Pelancongan ialah 4 April 2018. Hebat tak?
Bukan itu sahaja di bawah Tata Peroalehan Perkhidmatan Penyiaran Pengiklanan Melalui Media Cetak dan Media Elektronik agensi TM melanggar peraturan atau Pekeliling dari MOF. Kuasa pelantikan secara Rundingan Terus adalah kuasa MOF.
Pelantikan oleh Agensi dan Kementerian hanyalah terhad RM50,000. Lebih dari itu ialah kuasa Kementerian Kewangan Malaysia
6-4-2018 – Datuk Najib PM ketika itu menggumumkan pembubaran parlimen
10-4-2018 – Letter of Appointment (LOA) dari TM kepada Geeko. Hanya 6 hari. Geeko juga menerimanya pada hari yang sama.
25-4-2018 – GEEKO mengemukakan Sijil Perakuan Siap untuk membuat tuntutan RM11,693.160.00 “Work Completion Certificate” ditandatangani oleh Ms Elizabeth Ken Tzu Ying.
27-4-2018 – Datuk Seri Khani Daud, Timbalan KP TM meluluskan bayaran RM11,693.160.00 Invoice NO: 002/2018.
Jadi tangkapan SPRM itu adalah berasaskan kerana kontrak Geeko ini adalah tercepat dalam sejarah Malaysia. Kontrak digelar “Speedy Gonzales” RM99.963 million dalam masa 6 hari. Dan penghujung bulan untuk tuntutan kewangan.
Apa 'GAME' SPRM hari ini bagi kes ini?
Sama-sama tunggu!