Pekerja mesin slot tak perlu berhenti, bayar pampasan atau pindah cawangan kelab di KL kata Pembantu Menteri
11:09 Sep 14, 2019  |  By SabahKini2
Pekerja mesin slot tak perlu berhenti, bayar pampasan atau pindah cawangan kelab di KL kata Pembantu Menteri

Selepas tular rayuan pekerja kelab rekreasi lesen mesin slot tamat pembantu menteri berkata tiada alasan berhenti kerja mereka sebenarnya boleh terima pampasan, pindah bahagian lain atau cawangan kelab lain.

Kota Kinabalu: Selepas dilaporkan tular rayuan pekerja kelab rekreasi di Kota Kinabalu susulan keputusan Kerajaan Negeri menghentikan lesen mesin slot judi bermula hujung tahun ini Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Kenny Chua tampil cuba menenangkan keadaan dengan mengatakan, tiada sebab untuk pekerja mesin slot diberhentikan kerana majikan mereka boleh memindahkan mereka ke bahagian lain di kelab rekreasi mereka.

“Dalam kes ini, pekerja mereka di bahagian mesin slot boleh dipindahkan ke fasiliti lain seperti di ruang istirahat dan perkhidmatan F&B,” katanya.

Beliau menyeru kelab sukan dan rekreasi yang tidak dapat membaharui semula lesen mesin slot mereka susulan keputusan itu masih boleh mempelbagaikan perniagaan, produk atau perkhidmatan mereka yang kemudiannya akan membolehkan mereka mengekalkan pekerja mereka yang sebelum ini bertugas di bahagian mesin slot.

“Mungkin pemilik kelab juga harus menimbang untuk memberi pampasan kepada mereka pekerja mereka dalam bentuk dividen atau bonus sebab perniagaan mesin slot mengaut berjuta-juta selama ini.

Kenny Chua turut mengesyorkan para pekerja kelab itu diberi pampasan atau berpindah ke cawangan kelab rekreasi milik majikan di tempat lain seperti di Kuala Lumpur (Semenanjung).

”Hanya di tempat tertentu di negara ini di mana lesen mesin slotnya tidak dibaharui. Sesetengah operator masih menjalankan perniagaan mereka seperti di KL dan Sabah hanya salah satu cawangan mereka. Jadi ia sepatutnya tidak memberi mereka sebarang sebab untuk tidak memberi pampasan kepada pekerja mereka,” tambahnya.

Baru-baru ini beberapa pekerja Kelab Venition membuat rayuan di media sosial tentang nasib mereka yang bakal di buang kerja. Bukan itu saja ramai pekerja mesin slot di kelab-kelab sukan dan rekreasi lain meluahkan perasaan bimbang mengenai masa depan mereka susulan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan perniagaan mesin slot membaharui semula lesen mereka sebaik luput.

[ARTIKEL BERKAITAN- Lesen mesin slot dihentikan, pekerja kelab dibuang kerja merayu Ketua Menteri ]

Lesen mesin slot dihentikan, pekerja kelab dibuang kerja merayu Ketua Menteri

Chua menyokong Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong yang berkata bahawa kerajaan negeri tidak berganjak dalam keputusannya untuk tidak membenarkan perniagaan mesin slot membaharui lesen mereka selepas tamat.

Bagaimanapun netizen dan pekerja kelab rekreasi mempersoalkan tindakan kerajaan itu kerana mesin slot judi haram masih berleluasa di Sabah. Jika alasan tidak menyumbang ekonomi maka mesin slot judi haram lebih jelas merugikan kerajaan. Malah lesen nombor ramalan juga judi merosakkan.

“Mengapa mesin slot judi saja diharamkan. Mengapa tidak nombor ramalan atau nombor ekor juga ditamatkan. Ini juga judi yang menjadi barah dalam masyarakat kita”. kata mike dalam facebook

Untuk rekod pemilik lesen judi nombor ramalan sport toto di negeri ini ialah Datuk Peter Hii Presiden Majlis Perbandaran Sandakan orang kuat DAP dan Warisan yang meluluskan lesen Sport Toto untuk dirinya sendiri. Sehingga kini SPRM tidak pernah menyiasat Datuk Peter Hii.

[ARTIKEL BERKAITAN- Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri,? ]

[[ARTIKEL BERKAITAN- Presiden MPS mengaku salahguna kuasa, SPRM jangan tunggu lagi.Tangkap! ]

 Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan?

 

2 Comments