Isu Pengarah Jabatan Air, Shafie tidak bijak beri isyarat salah kata Ketua Wanita PKR Sabah
11:10 Oct 21, 2019  |  By SabahKini2
Isu Pengarah Jabatan Air, Shafie tidak bijak beri isyarat salah kata Ketua Wanita PKR Sabah

Selepas ditegur oleh pembangkang mengenai penghinaan mahkamah kerajaan berhubung pelantikan Amarjit Singh kini giliran Rahimah Majid Ketua Wanita PKR yang juga Pegawai Khas Zuraida membalun Shafie Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Selepas beberapa kritikan daripada pemimpin pembangkang berhubung pelantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang juga Setiausaha Bahagian Warisan Putatan kini giliran kerajaan Ketua Wanita PKR Sabah Rahimah Majid membuat teguran secara terbuka kepada Ketua Menteri Sabah dan Warisan.

Katanya keingkaran kerajaan terhadap keputusan mahkamah sudah menjejaskan kredibiliti dan integriti kerajaan negeri

“Maklum balas yang diterima dari lapangan menunjukkan episod ini telah merosakkan reputasi dan imej kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketua menteri dan kerajaan negeri menghantar isyarat yang salah kepada dunia dan pelabur berpotenasi bahawa ia tidak akan menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.

Beliau juga mempersoalkan kesahihan kenyataan menteri undang-undang, Datuk Liew Vui Keong, bahawa Seksyen 3 (2) Enakmen Bekalan Air Sabah 2003 tidak terpakai kepada Pengarah JANS.

Beliau berkata, kenyataan oleh Shafie dan Liew adalah bertentangan dengan prinsip asas pemisahan kuasa badan perundangan, eksekutif dan badan kehakiman di Malaysia, yang perlu supaya wujud semak dan imbangan.

“Mereka jelas gagal menghormati undang-undang dan memberikan contoh tidak baik. Mahkamah telah membuat keputusan dan harus diikuti walaupun anda tidak setuju. Bukan sahaja surat undang-undang perlu dihormati tetapi juga semangat undang-undang.

“Tidak siapa mengatasi undang-undang, lebih-lebih lagi bagi seseorang yang sepatutnya menegakkan hukum, Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri menghantar isyarat yang salah kepada dunia dan bakal pelabur, bahawa ia menghormati keputusan hukum dan pengadilan. Mereka telah memberikan teladan dan jika pelabur asing menyisihkan diri dari Sabah, Ketua Menteri dan Kabinetnya perlu bertanggungjawab,” katanya.

Rahimah yang merupakan seorang peguam dan Pegawai Khas Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan menambah bahawa Shafie dan Liew seharusnya menghormati keputusan Mahkamah dan biarkan Peguam Besar Negeri Sabah melakukan tugasnya.

“Ternyata, tidak bijak ketua menteri meminta Amarjit meneruskannya dan bukan meminta dia bercuti sementara menunggu rayuan.

“Pengarah tidak patut diarah untuk meneruskannya. Dia hanya patut teruskan selepas undang-undang dipatuhi, dan selepas apa saja pembetulan dibuat, seperti yang disebut oleh ketua menteri, itu pun jika boleh dibetulkan.

“Sekalipun jika ketua menteri beri arahan yang salah, Amarjit seharusnya menghormati keputusan mahkamah dan berundur,” katanya,

Rahimah berkata dengan melantik Amarjit, seorang bukan kakitangan awam, kerajaan negeri juga merendahkan pegawai paling kanan, berkelayakan dan berpengalaman, yang sepatutnya mengisi kekosongan itu, dan telah melemahkan semangat perkhidmatan awam, yang menjadi tulang belakang kerajaan negeri.

Sebelum ini Yong Teck Lee menyelar Pengarah Jabatan Air Sabah, Amarjit Singh kerana berdegil menjalankan tugasnya walaupun Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pelantikannya adalah tidak sah. Ia satu penghinaan kepada mahkamah.

Paling mengejutkan walaupun pada 9 Oktober 2019 keputusan mahkamah telah dibuat tetapi pada 10 Oktober 2019 Amarjit Singh telah membuat surat tawaran projek Empangan Papar kepada syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd pemegang saham syarikat pembina terowong Pulau Pinang yang penuh kontroversi rasuah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar ]

Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar

 

6 Comments