Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar
11:10 Oct 18, 2019  |  By SabahKini2
Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar

Selepas berbilion kumpulan Zenith Group dan rakan-rakannya menyapu projek Terowong Pulau Pinang kini anak syarikat Vizione Holdings Bhd yang juga pemegang saham Zenith Contruction Sdn Bhd sapu pula projek Empangan Papar

SEJAK semalam  tular surat tawaran tunjuk minat kepada kontraktor bagi projek Empangan Papar yang telah ditandatangani oleh bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Amarjit Singh.



Surat itu mencetuskan kontroversi baru berhubung status Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang masih dalam rayuan mahkamah tetapi hadir bertugas yang dilihat sebagai satu cubaan menghina mahkamah.

09hb Oktober 2019, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah membuat keputusan bahawa pelantikan Amarjit sebagai Pengarah JANS adalah tidak sah namun surat tawaran projek Empangan Papar telah dikeluarkan kepada syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd oleh Amarjit pada 10 Oktober 2019.

Amarjit di pejabat

Nampaknya Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah sangat tergesa-gesa sehingga terpaksa meminta Datuk Amarjit Singh segera menandatangani surat projek itu sebelum sesuatu berlaku akibat tindakan mahkamah ini.

Portal Sabahkini2 sebelum ini sudah mendedahkan asas pelantikan Amarjit Singh yang pernah ditahan SPRM ini untuk melaksana projek Empangan Papar dengan kos RM2bilion ke atas itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengapa Shafie lantik Amarjit Singh Pengarah Jabatan Air? Semuanya kerana projek Empangan Papar RM2B! ]



Kerana itulah juga pemimpin Warisan yang sebelum ini menentang pembinaan Empangan Papar kini mengikut arus sokongan terhadap Shafie Apdal yang bertegas akan melaksanakan pembinaan Empangan Papar walau apapun yang terjadi sekalipun berhadapan dengan rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Empangan Papar tetap dibina,Kerajaan Warisan lawan rakyat yang menentangnya]

Empangan Papar tetap dibina ,Kerajaan Warisan lawan rakyat yang menentangnya


Shafie Apdal, Lim Guan Eng, Tony Pua dan Zenith Group

Pada 23 Ogos 2018 Sabahkini2 ada mendedahkan Zenith Group bakal monopoli projek Lim Guan Eng dan Tony Pua di MOF.

[BACA ARTIKEL-  Zenith Group bakal monopoli projek Lim Guan Eng dan Tony Pua di MOF ]

Ketika itu Sabahkini2 mendedahkan sumber dari pegawai Kementerian Kewangan memaklumkan Lim Guan Eng Menteri Kewangan bersama YB Tony Pua Pegawai Khasnya sedang menyusun pasukan kontraktornya di MOF bagi membolot projek di kementerian. Nampaknya asas itu betul berdasarkan apa yang berlaku dalam MOF sekarang.

Syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd adalah anak syarikat Vizione Holdings Bhd merupakan pemegang saham Zenith Contruction Sdn Bhd kontraktor projek Terowong Pulau Pinang. 

Dengan terlibatnya Wira Syukur (M) Sdn Bhd ini bermakna syarikat pembina terowong Pulau Pinang kos RM6.34b adalah pemain utama projek Empangan Papar di Sabah. Dibelakangnya adalah jelas syarikat pembina terowong berkaitan Lim Guan Eng.

Siri pertemuan Lim Guan Eng dan Shafie Apdal beberapa kali nampaknya membuatkan hasil ‘Win Win Situation’ dengan MOF menyalurkan peruntukan tetapi perlu melantik proksi syarikat Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd yang dipercayai Lim Guan Eng dan Tony Pua.

Syarikat terowong 'Kaki Rasuah' diserbu SPRM

Awal januari 2018 Consortium Zenith diserbu SPRM bersekali dengan syarikat pemegang saham Ewin-Zenith Sdn Bhd (Menara Boustead Penang), 555 Capital Sdn Bhd (Lee Toong Leon- (Pengerusi YES PCCC). Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli Pengarah syarikat Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd dan Datuk Ewe Swee Kheng timbalan pengerusi syarikat Ewein Berhad direman SPRM 8 hari. 76 saksi dan 42 lokasi diserbu. Bagaimanapun selepas PH memerintah kes ini ditutup sekalipun terdapat bukti rasuah pemberian wang kepada Lim Guan Eng, Exco serta kontraktor.  Hanya kes Dato' Gnanaraja didakwa menipu Datuk Zarul.

Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd mempunyai 3 syarikat pemegang saham iaitu Zenith Contruction Sdn Bhd (pemegang saham terbesar selain Wira Syukur (M) Sdn Bhd), Kenanga Nominees (Tempatan) Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd. Zenith Contruction mempunyai 99% kepentingan dalam syarikat konsesi. Vistari Lestari mempunyai kepentingan 41.2% dalam Zenith Contruction. Zarul dan anaknya Zarul Ikhwan mempunyai kepentingan 75 % dalam Vista Lestari. Secara keseluruhan Zarul dan anaknya hanya mempunyai 31 peratus dalam syarikat konsesi terowong iaitu Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd. 

Bakinya 69% lagi geng-geng taikun belaan Lim Guan Eng termasuk Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) yang dipelopori Penasihat PCCC Tan Sri Kok Ping dan Dato 'Seri Choot Ewe Seng Presiden PCCC termasuk isteri Lim Guan Eng Betty Che PCCC bersama Phang Li Khoon (penjual banglo rumah murah)

Dengan kemasukan syarikat sekutu Zenith Group  Wira Syukur (M) Sdn Bhd di Sabah pastinya bakal memanaskan suasana politik Sabah. Syarikat pelopor rasuah terbesar kes terowong kini meluaskan kuasanya di negeri bawah bayu dengan kerjasama bersama sekumpulan pemimpin yang pernah ditahan SPRM bersama.

SPRM wajar menyiasat Amarjit yang telah menandatangani surat LOI Wira Syukur (M) Sdn Bhd memandangkan beliau masih menungu keputusan rayuan mahkamah. 

Kumpulan artikel berkaitan kes rasuah projek terowong melibatkan Zenith Group dan Wira Syukur (M) Sdn Bhd  boleh dibaca di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dato’ Sri Gnanaraja didakwa terima rasuah RM19 juta projek terowong dasar laut ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Dokumen SPRM bocor, Raja Petra berbohong? Lihat fakta kes buktikan Lim Guan Eng dan Exco ambil rasuah ]

 

8 Comments