Amarjit ‘Pengarah Haram’ JANS rombak jabatan percepat laksana projek kroni?
02:11 Nov 15, 2019  |  By SabahKini2
Amarjit ‘Pengarah Haram’ JANS rombak jabatan percepat laksana projek kroni?

Sekalipun keputusan mahkamah rayuan belum diputuskan Kerajaan Warisan terus membiarkan Amarjit menggunakan kuasanya yang sebelum ini disytiharkan mahkamah sebagai 'tidak sah'. Rombak dan tukar siapa tidak sehaluan demi projek?

15 Oktober lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong menjadi jurucakap kepada kerajaan Warisan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengisytiharkan pelantikan Amarjit Singh sebagai pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada tahun lalu tidak sah.

Walaupun menghormati keputusan mahkamah, katanya, proses rayuan perlu dibenarkan supaya perkara itu boleh diselesaikan secepat mungkin.


Kredit Infografik- Media Sosial

Ia bagi mencabar keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Ravinthran Paramaguru pada 9 Oktober mengisytiharkan pelantikan Amarjit bertentangan Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air Sabah 2003 yang menyatakan hanya penjawat awam boleh dilantik ke jawatan kanan JANS.

Bagaimanapun sambil menunggu keputusan rayuan mahkamah itu Amarjit dilihat masih bertugas seperti biasa di Jabatan Air Negeri Sabah yang boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.

Malah Amarjit Singh pada 10 Oktober menandatangani surat pelantikan kontraktor Projek Empangan Papar kepada syarikat pembina terowong bawah laut Pulau Pinang yang kontroversi rasuah.

Terbaru Amarjit dalam Memorandum JANS bertarikh 13 November 2019 menandatangani lagi memo pertukaran pegawai-pegawai JANS yang beliau rasa perlu dibersihkan, yang sebulu dan tidak sehaluan dengan pengarah bagi melancarkan projeknya di JANS. 

Sekalipun keputusan mahkamah rayuan belum diputuskan Amarjit terus ghairah untuk mempercepatkan segala urusannya. Masa kian suntuk projek Empangan Papar RM2bilion perlu segera dilaksana sebelum penentangan rakyat bangkit semula atau dibakal diganggu SPRM.

 

[ARTIKEL LAIN- Amarjit Singh lari SPRM serbu pejabat Jabatan Air Negeri Sabah? ]

[ARTIKEL LAIN-  Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar ]

 

 

 

 

 

 

1 Comment