[VIDEO] Strategi rasis 'Mulut Jahat' Madius dan isteri diteruskan kempen UPKO di PRK Kimanis
02:01 Jan 08, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Strategi rasis 'Mulut Jahat' Madius dan isteri diteruskan kempen UPKO di PRK Kimanis

Sebelum ini Isteri Madius mengarahkan serang PBS guna isu 'hudud'. Kemudian Madius menuduh pula isu pengislaman paksa beramai-ramai di Tambunan, Dan kini terbaru dalam Majlis Perayaan Krismas Madius menuduh pula PAS dan UMNO pelampau agama.

Majlis Krismas dan Tahun Baru tapi ucapan politik menyerang dan menudih orang lain pelampau agama

Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dilihat ketandusan hujah apabila membuat tuduhan tidak berasas kepada PAS dalam siri kempen PRK Parlimen Kimanis bagi memenangkan calon WARISAN – Pakatan Harapan (PH).

Kenyataan celupar Madius Tangau itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak  ketika berucap dalam majlis Hari Krismas dan tahun baru tapi kempen politik menyerang parti lawan. Selepas dilapor polis kerana ada majlis hadiah berbentuk rasuah penganjur  melapor semula  kononnya ini perayaan keagamaan. Sepatutnya jika benar perayaan agama ia tidak wajar digunakan sebagai pentas politik untuk kempen PRK Kimanis.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah Sahar Abdul Majid berkata, presiden UPKO itu menuduh PAS adalah parti ekstrem agama dan membawa perpecahan kaum di Sabah dalam dalam siri kempennya dalam satu majlis sambutan Hari Krismas.

“Dia sebenarnya sudah ketandusan idea dan hujah kerana isu yang dimainkannya adalah isu yang tidak berbangkit lagi kerana rakyat telah faham bahawa itu adalah tuduhan liar dan tidak berasas,” katanya ketika mengulas dakwaan tidak berasas presiden UPKO itu.

Beliau menegaskan presiden Upko itulah yang lebih ekstrem dan bersifat oportunis dalam konteks politik Sabah.

“Hal ini kerana tindakan beliau (Madius) dan rakan-rakannya yang melompat parti keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan bergabung bersama WARISAN pasca PRU14 lalu sekaligus menyebabkan kerajaan UMNO BN yang memenangi PRU itu tumbang.

“Tindakan ini lebih mengganggu perpaduan kaum kerana tidak menghargai sokongan dan hasrat rakyat negeri ini yang mahu mengekalkan kerajaan BN melalui undi mereka,” katanya.

Beliau berkata pemimpin tidak berpendirian dan tiada setiakawan seperti ini harus ditolak rakyat.

“Madius turut direkodkan pada tahun lalu telah mengeluarkan kenyataan yang melampau apabila mendakwa pengislaman beramai-ramai di Tambunan lebih 30 tahun lalu adalah atas dasar paksaan dan mempunyai unsur ugutan dan ia telah mendapat bantahan ramai pihak,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerana RM1 juta Tangau kata 'Tun Mustapha' paksa masuk Islam, Shafie bagi duit kepada Gereja ]

Kerana RM1 juta Tangau kata 'Tun Mustapha' paksa masuk Islam, Shafie bagi duit kepada Gereja

Kenyataan Madius Tangau mengenai paksaan memeluk Islam itu mengundang kecaman rakyat sehingga laporan polis terpaksa dibuat berhubung kenyataan menghasut itu. Ia kenyataan tidak bertanggungjawab daripada Timbalan Ketua Menteri Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tiada paksaan masuk Islam, nenek pilih Islam adiknya masuk Kristian kata orang Tambunan ]

Tiada paksaan masuk Islam, nenek pilih Islam adiknya masuk Kristian kata orang Tambunan


Mulut Jahat Madius Tangau- Hasutan Agama 

Netizen melihat kenyataan terbaru Madius Tangau menuduh PAS dan UMNO sebagai ekstremis agama sebagai satu lagi koleksi ‘mulut jahat Madius Tangau’ .

Pada September 2018 tular imej perbualan menerusi aplikasi WhatsApp dalam kumpulan UPKO mengenai arahan isteri Datuk Seri Panglima Madius Tangau Timbalan Ketua Menteri Sabah agar menyerang PBS menggunakan isu kerjasama UMNO dan PAS melalui sentimen agama iaitu ‘Hukum Hudud’. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Isteri Timbalan Ketua Menteri arah UPKO serang PBS guna isu ‘Hudud' ]

Melalui artikel Malaysiakini ‘Menanti kompang dipalu merai 'pengantin baru' yang dikongsi Datin Dr Jainah Sintian dalam aplikasi WhatsApp mencadangkan isu Hudud dimainkan UMNO PAS di Semenanjung dan dikaitkan UMNO PBS di Sabah. Datin Dr Jainah Sintian ketika itu adalah Ketua Wanita UPKO.

Isteri Timbalan Ketua Menteri arah UPKO serang PBS guna isu ‘Hudud'

“Ni point kita boleh lontar kepada PBS, adakah PBS menyokong Hudud sebab UMNO dan PAS?

“Kita hentam dia orang (PBS) gao-gao ini isu.

Sokong PBS sama dengan sokong hudud”. katanya dalam satu arahan kepada pasukan jentera UPKO.

Bagaimanapun arahan isteri Timbalan Ketua Menteri itu tidak mendapat sambutan malah ditegur oleh pengikut UPKO sendiri sebagai merbahaya dan cari isu lain.

Selepas tular mengenai ‘mulut jahat’ isteri dan juga Madius Tangau itu Datin Dr Jainah Sintian akhirnya membuat penafian, membuat laporan polis dan berpura-pura tidak terlibat menyerang PBS menggunakan isu agama seperti Hudud.

Isteri Madius buat laporan polis terhadap portal Sabahkini2Bila Strategi jahat kantoi! Sendiri buat isu dalam whatapps sendiri lapor.
Wal hal Kandungan berita yang dilaporkan adalah dari aplikasi whatapps kumpulan UPKO.

Apa yang dilapor adalah dari print screen yang dihantar kepada editorial portaL Sabahkini2.com

Daripada apa yang berlaku adalah jelas Madius Tangau, isteri dan partinya sentiasa bermulut jahat, tidak sensitif terhadap orang Islam dan sering menjadikan isu agama sebagai sasaran utamanya. Strategi ini memang menjadi darah daging UPKO. Strategi ini kekal digunakan Madius UPKO dalam PRK Kimanis. 

Jangan lupa pemimpin UPKO bermulut paling jahat menghina Tun Dr Mahathir sebagai 'Bapa Projek IC' adalah dari mulut Madius Tangau sebelum PRK. Apa saja yang untung untuk dirinya serta UPKO mereka akan lakukan. Tak mustahil suatu  hari ini Warisan pun mereka akan sampahkan. Inilah Madius dan UPKO.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah tidak akan lupa Projek IC Mahathir- Madius Tangau UPKO ]

Sabah tidak akan lupa Projek IC Mahathir- Madius Tangau UPKOPemimpin talam dua muka mengalahkan Yahudi yang pernah dilahirkan di Malaysia

 

 

 

 

5 Comments