Tuntutan Cuepacs 'disampahkan' KSP MOF, tiada penangguhan pembayaran LPPSA
15:04 Apr 08, 2020  |  By SabahKini2
Tuntutan Cuepacs 'disampahkan' KSP MOF, tiada penangguhan pembayaran LPPSA

Selepas bertalik tali akhirnya LPPSA mengeluarkan kenyataan toada penangguhan pembayaran pinjaman kepada peminjam LPPSA. Bayar tetap bayar

Seperti dijangka pendedahan Sabahkini2 sebelum ini mengenai keputusan Tan Sri Ahmad Badri Ketua Setiausaha Perbendaharaan  lebih awal dalam Mesyuarat Pasca Kabinet MOF tidak akan meminta kelulusan dengan Perdana Menteri berhubung penangguhan LPPSA penjawat awam.

ARTIKEL BERKAITAN- Tidak terjejas Covid-19: KSP MOF tidak luluskan penangguhan pinjaman LPPSA penjawat awam?

Sekalipun Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berjanji membawa isu LPPSA ke mesyuarat Kabinet hari ini namun ia hanya penyedap telinga kerana Kertas Kabinet yang di bawa dengan segala cadangan itu hanya menulis segala keburukan kesan penangguhan bukan rintihan pegawai susah gred rendah itu.

ARTIKEL BERKAITAN- LPPSA ke kabinet: Menteri MOF dengar suara rakyat, tolak nasihat KSP rosakkan Kerajaan

LPPSA ke kabinet: Menteri MOF dengar suara rakyat, tolak nasihat KSP rosakkan Kerajaan

Apa kamu penjawat awam percaya Tan Sri Ahmad Badri KSP MOF mahu menolong kamu?

Cuepacs yang penjawat awam harapkan pun gagal memperjuangan isu LPPSA. Beribu cadangan mereka kutip daripada penjawat awam tetapi semua itu tidak mungkin akan dimasukkan dalam kertas kabinet MOF.

Jika tuntutan Cuepacs pun disampahkan maka penjawat awam tidak perlu berharap lagi kepada kelulusan penangguhan LPPSA. Selagi kertas cadangan itu tidak berpihak kepada Cuepacs dan penjawat awam simpan sajalah mimpi dan harapan itu. Terus saja bayar hutang enam bulan lagi.

Tiada jalan penyelesaian lain. Singkir KSP MOF ‘Budak Lim Guan Eng’ itu maka selesai masalah LPPSA di negara ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Presiden Cuepacs gagal bela penjawat awam, LPPSA selesai jika buang KSP MOF!

Presiden Cuepacs gagal bela penjawat awam, LPPSA selesai jika buang KSP MOF!


Jawapan LPPSA- Tiada penangguhan

Tiada kenyataan Menteri, malah tiada juga kenyataan Tan Sri Ahmad Badri sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan MOF. Mengapa?  Kerana ia pengumuman paling tidak menggembirakan maka perlu dipikul oleh LPPSA sendiri.

Hari ini Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menjelaskan tiada penangguhan pembayaran balik ansuran bulanan perumahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

LPPSA dalam satu kenyataan hari ini berkata, LPPSA akan bermasalah jika memberikan kebenaran penangguhan atas alas alasan aliran wang tunai.

“Sebarang moratorium atau penangguhan kepada bayaran ansuran bulanan pembiayaan akan memberi kesan kepada aliran wang tunai pihak LPPSA dan melibatkan pinjaman tambahan melebihi RM2 bilion.

LPPSA menjelaskan tiada penangguhan pembayaran dibuat kerana penjawat awam dan pesara kerajaan masih tetap menerima gaji penuh dan pencen bagi menampung perbelanjaan bulanan termasuk kewajipan bayaran balik pembiayaan perumahan.

Penjawat awam perlu memohon BPN seperti orang lain juga.

“Kebajikan penjawat awam di bawah pakej rangsangan Prihatin telah diberi pemberian bantuan tunai seperti pembayaran RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam bagi gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan kontrak serta lebih 850,000 pesara kerajaan bermula April 2020.

“Tambahan pula, bagi penjawat awam yang tergolong dalam golongan B40 dan M40, bantuan juga disediakan melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di antara RM500 sehingga RM1,600 yang akan dibayar pada bulan April dan Mei 2020 manakala baki bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibayar pada bulan Julai 2020,” kata kenyataan itu.

Itulah antara alasan LPPSA. Alasan Cuepacs yang mengumpul masalah penjawat awam tidak diguna pakai.

Kepada penjawat awam selagi Tan Sri Ahmad Badri Ketua Setiausaha Perbendaharaan teruslah bergigit jari. Jawapan LPPSA inilah sebenarnya kandungan Kertas Kabinet MOF yang dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Kalau kamu PM pun jika baca alasan berjela panjang itu pasti akan setuju tidak memberi penangguhan.

 

1 Comment