Saravanan bersihkan Kementerian Sumber Manusia: HRDF, NIOSH, PERKESO, PTPK dirombak!
07:04 Apr 12, 2020  |  By SabahKini2
Saravanan bersihkan Kementerian Sumber Manusia: HRDF, NIOSH, PERKESO, PTPK dirombak!

Kini giliran Menteri Sumber Manusia Datuk Saravanan melakukan pembersihan di kementeriannya. Lantikan PH dan parti politik digugur di HRDF, NIOSH, PERKESO dan PTPK digantikan dengan orang baharu. Bagi elak sabotaj ia perlu dilakukan

Masihkan anda ingat mengenai agensi penting Pembangunan Sumber Manusia Berhad atau Human Resources Development Fund (HRDF) sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang sebelum ini kontroversi dipenuhi oleh pasukan HINDRAF dan DAP?

Hari ini Agensi HRDF telah dibersihkan dengan membuang Pengerusinya Dato' Noor Farida Binti Mohd Ariffin  bermula 1 April lalu.  Alasan Nga Ko Meng jangan buang wanita professional ini tidak berasas. Siapa tidak kenal Ketua NGO liberal G25 dalam kes agama, LGBT, khalwat dan ICERD. Jenis manusia ini dilantik DAP untuk memecah belahkan umat islam di negara ini. Sekalipun Kulasegara meroyan Pengerusi lantikannya dibuang DAP perlu terima hakikat lantikannya perlu disingkirkan segera.

Jadi tahniah kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan yang bertindak cepat membuat pembersihan di kementeriannya.

Portal Sabahkini2 pernah mendedahkan 3 artikel berkenaan HRDF. Tindakan MP DAP Kulasegaran Ketika itu sebagai Menteri membuang ‘orang melayu’ dalam HRDF, HRDF menjadi mini Hindraf dan pelantikan peguam kroni Kulasegaran dalam HRDF.

[ARTIKEL BERKAITAN 21 Disember 2018 - Menteri DAP Kula 'Buang Melayu' agensi HRDF kini jadi mini Hindraf ]

Ketua Pegawai Eksekutif HRDF, Elanjelian Venugopal dilantik tanpa temuduga. Di bawah beliau lebih ramai DAP dilantik tanpa temuduga di HRDF. Beliau kini juga menerima nasib sama dengan Noor Farida.

Menteri DAP Kula 'Buang Melayu' agensi HRDF kini jadi mini Hindraf

[ARTIKEL BERKAITAN 23 Disember 2018 – Menteri DAP nafi tetapi CEO HRDF Sahkan firma guaman ‘anak didik Kula’ dilantik peguam di HRDF ]

Tiada siapa boleh menafikan Vemal Arasan & Associate, firma guaman milik anak didik Kulasegaran dilantik sebagai agen menguruskan tunggakan levi majikan. Polisi HRDF memerlukan minima seorang rakan Bumiputra dan Insurance Indemnity RM1 juta. Firma ini gagal memenuhi kedua-dua syarat di atas tetapi tetap dilantik.

Peguam ini mungkin masih panel dalam HRDF

[ARTIKEL BERKAITAN 4 Januari 2019 - Bukti Menteri DAP Kula lantik Peguam Proksi di HRDF didedahkan! ]

Semua surat permohonan Vemal Arasan & Associates untuk menjadi ejen HRDF hanya dibuat menerusi emel peribadi antara CEO, Elanjelian. Semua emel itu didedahkan.

 


Kedudukan terkini HRDF dan Kementerian Sumber Manusia


Kini Pengerusi HRDF digugurkan, Ketua Pegawai Eksekutif HRDF, Elanjelian Venugopal juga ditamatkan begitu juga ahli Lembaga pengarahnya. Semua BOD HRDF adalah orang baharu yang lebih segar dipimpin oleh  Dato’ Nelson Renganathan seorang ahli perniagaan yang juga bekas pemuda MIC. Tak kisah siapa Menteri lantik itu haknya menggunakan Akta Fungsi Menteri 1969 untuk melantik sesiapa sahaja yang dia mahu.

Kini tiada lagi Nadeswaran Munusamy (63 tahun) seorang penagih alkohol tegar, bekas wartawan sebagai Advisor.

Tiada lagi Radhakrishnan Nadarajah, (55 tahun), akauntan yang dibatalkan sijil oleh New Zealand Chartered Institute of Accountants (NZCIA) kerana melanggar etika pada 2013) dilantik sebagai Advisor dengan bayaran RM40 ribu sebulan.

Pengerusi PERKESO

Pemimpin DAP dan PH meroyan dengan penamatan Zakri Khir sebagai Pengerusi Perkeso. Zakri Khir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance (Malaysia) Berhad  dilantik berkuatkuasa 8 Oktober 2018. Beliau kekal menyandang CEO walaupun dilantik Pengerusi. Dilantik atas alasan pengalaman dalam industri insuran. Agak-agak sebagai pengerusi Perkeso tiada kepentingan tak Allianz di Perkeso? Elok Menteri Saravanan siasat.

7 April lalu Allianz Malaysia Bhd telah mengesahkan Zakri Khir telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Bahasanya halusnya meletak jawatan, bahasa kasarnya diarah meletak jawatan. 

 

Pengerusi NIOSH

Saravan juga telah menyingkirkan Ahli Parlimen Lanang DAP, Alice Lau Kiong Yieng yang dilantik sebagai pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkuat kuasa 1 Oktober lalu hingga 20 September 2022.

Alice DAP. Bukan pandai buat kerja pun

Kini Pengerusi Baharu NIOSH ialah YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong Ahli Parlimen Hulu Rajang (Sarawak) menggantikan Alice Lau Kiong Yieng DAP.

 

Pengerusi Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Sama dengan tarikh Pengerusi NIOSH, anggota parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang baru, menggantikan K Saraswathy (Seorang Peguam)

Ahmad Fadhli Shaari adalah timbalan ketua Pemuda PAS Pusat.

 

PTPK dalam hantaran di laman Facebooknya mengucapkan tahniah atas lantikan tersebut selain memaklumkan pelantikan Ahmad Fadli telah berkuat kuasa sejak 8 April 2020.

 Syabas Datuk Saravanan! Anda berani melakukannya. Masa untuk bekerja.

18 Comments