Syarikat 'Dr A' Kartel 'DG' dan PTD perolehan KKM disiasat SPRM kes tender RM30 Juta!
04:05 May 05, 2020  |  By SabahKini2
Syarikat 'Dr A' Kartel 'DG' dan PTD perolehan KKM disiasat SPRM kes tender RM30 Juta!

Sebenarnya yang disiasat ialah Geng Kartel DG yang didakwa syarikatnya tidak layak mendapat kontrak kelengkapan sebuah makmal yang dianggarkan bernilai RM30 juta. Bukan pejabat Menteri KKM!

Ingat tak artikel serangan Asia Sentinel kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah 23 April lalu? Malaysia’s Health Czar Under Fire: Critics charge mismanagement, authoritarian behavior.

Perang terhadap Kartel ‘DG’ telah lama berlaku bukan sahaja di zaman Dato Seri Subramaniam sebagai Menteri Kesihatan tetapi juga kepada Datuk Seri Dr Dzulkiflli Ahmad Menteri Kesihatan PH hingga kepada zaman Datuk Seri Dr Adham Baba.

Di Zaman Dr Dzulkiflli Ahmad sebagai Menteri penasihat Menteri Kesihatan Dr Dhesi Baha Raja a/l Selva Raja adalah antara Pegawai KKM yang berusaha keras mahu menyingkirkan Dr. Noor Hisham namun gagal apatah lagi ketika berhadapan Krisis COVID-19. Kerja utama beliau ialah perniagaan konsultan digitalnya untuk KKM. Semuanya mengenai perniagaan.

 
Antara Penasihat Menteri yang menasihat tiada keperluan menyekat pelancong China, program berkumpul rama-ramai (seperti kes Tabligh), 
paling penting projek digital KKM

Lantikan Majlis Penasihat Menteri PH

Penubuhan Majlis Penasihat Menteri Kesihatan pada 27 Mac 2019 adalah atas saranan Dr Dhesi Baha Raja. Maka dilantiklah beberapa ahli majlis termasuk doktor kontroversi Dr Musa Mohd Nordin. Sebahagian daripada cadangan digital gabungan Dr Dhesi Baha Raja dan Dr Musa ketika itu ialah aplikasi COVID-19. Tanyalah budak IT KKM siapa tak kenal Dr Dhesi Baha Raja! Projek! projek! projek!.

Begitulah perang dingin terhadap Kartel DG di KKM. Artikel Asia Sentinel itu adalah sebahagian dari misi mengingatkan rakyat mengenai kisah Kartel DG itu. Bertahun geng Kartel DG sapu. Malah bermacam-macam jawatan Pengerusi, Presiden yang ada kaitan dengan kerjanya sebagai Ketua Pengarah diterima. Amat susah memisahkan tiada unsur kepentingan terhadap projek KKM.

Kini Dr. Noor Hisham menjadi hero memerangi COVID-19. Namanya dijulang kerana ketenangannya ketika berhadapan media setiap hari menjadikan beliau sangat popular. Jadi musuh-musuh Kartel DG terus mencari jalan menyerangnya.

Kebaikan Dr Adham

Disaat semua Kementerian sedang merombak struktur organisasi daripada KSU hingga pengerusi-pengerusi GLC dan badan berkanun Dr Adham Menteri KKM tidak melakukannya. Beliau fokus kepada usaha menangani krisis COVID-19. Sedangkan beliau tahu kartel yang sedang berakar di KKM. Wal hal beliau mempunyai kuasa untuk merombak KKM.


Dua yang tidak boleh diusik di KKM ialah KSU dan KPK . KSU ikut kepala dia

Beliau tidak menukar Ketua Setiausaha Kementerian Dato' Seri Dr. Chen Chaw Min yang punya kepala sendiri. Berhadapan pula dengan Unit Komunikasi Korporat (UKK) Puan Yamuna a/p Perimalu lantikan KSU berjiwa PH menambahkan lagi kontroversi KKM baru-baru ini berhubung berita politik dimasukkan dalam page rasmi KKM. Ramai sangat musang berbulu ayam dalam KKM.

Malah jauh sekali mencuit Dr. Noor Hisham  Ketua Pengarah Kesihatan. Seperti ‘menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak’ Dr Adham menggunakan sumber sedia ada mengemudi kementerian menghadapi krisis COVID-19, menambah peruntukan KKM berbilion dan menyatukan frontliners kekal fokus. Sekalipun PH cuba ‘memaszleekannya’ namun beliau terus berjalan menghadapinya. 

 
Malah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Kesihatan lama Ismail Amsyar (Berdiri) turut
bermesyuarat bersama Menteri KKM dan KPK. 


Aduan SPRM KKM- Siasatan Kartel DG

Disaat begitu banyak aduan kes kepada SPRM tidak selesai, kes terowong LGE yang sepatutnya dibuka, kes skandal JKR Sabah RM1.5bilion rundingan terus, kes RM200,000 wang Syed Saddiq hilang dalam peti besi, kes rasuah SUPOL Mat Sabu dibantu Jakel langsai hutang, kes rasuah RISDA Michael Ubu yang hilang dan banyak lagi tiba-tiba aduan kes rasuah SPRM di KKM muncul.

Kecepatan SPRM itu wajar dipuji namun diharap di bawah KP SPRM baharu Dato’ Seri Azam Baki ini disaat kelonggaran PKPB ini SRPM juga cepat menyelesaikan aduan kes-kes terseperti di atas yang tertangguh lama. Jangan pilih bulu lagi banyak didedahkan lagi serabut nanti SPRM bertindak.

Sejak semalam media melaporkan mengenai kes serbuan SPRM ke pejabat KKM. Persepsi mula dimainkan penglibatan pejabat Menteri sedangkan kes disiasat ialah Kartel DG yang sekian lama menguasai projek di Kementerian Kesihatan. 

SPRM kini menyiasat sebuah syarikat milik ahli perniagaan 'Dr A', Geng Kartel DG yang didakwa syarikatnya tidak layak mendapat kontrak kelengkapan sebuah makmal yang dianggarkan bernilai RM30 juta. [Akan didedah kemudian].

Lembaga Perolehan Tender sama ada diputuskan oleh KSU atau Ketua Pengarah Kesihatan dan teknikalnya dari bahagian perolehan KKM. Jadi tidak menghairannya PTD yang terkait dengan perolehan itu ditahan SPRM.

Hanya seorang Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK) Menteri diminta membantu siasatan berhubung beberapa surat menyurat namun bukanlah syarikat yang mendapat tender itu. PTTK itu tidak ditahan reman oleh SPRM dan dibenarkan pulang sebaik selesai dirakam keterangan oleh SPRM kerana beliau hanya dipanggil untuk membantu siasatan.

Tiada rekod atau transaksi kewangan dari mana-mana pembekal melibatkan pegawai-pegawai Dr Adham seperti dakwaan yang telah tersebar. 

Apa yang jelas SPRM telah menahan beberapa pegawai KKM daripada Bahagian Perolehan dan bukannya pegawai Dr Adham Baba.

Menurut SPRM pasukan penyiasat sudah ke KKM minggu lepas, dengan fokus siasatan bertumpu pada ketelusan penganugerahan kontrak tersebut.

“Siasatan kes ini masih di peringkat awal. Kes ini dimulakan sejak kami mendapat maklumat mengenai pemberian kontrak selain beberapa maklumat di media sosial yang mempersoalkan cara pemberian kontrak,” kata sumber SPRM

Pada 30 April lalu, peguam Wee Choo Keong meminta Kementerian Kesihatan bersikap telus berhubung kontrak perolehan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak layak iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah tetapi mendapat kontak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan dan kemudian untuk membekalkan PPE. Tulisan-tulisan di facebook juga berkisar mengenainya sejak awal bulan lalu. 

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dalam satu kenyataan mengumumkan kesediaan pihaknya bekerjasama dengan SPRM bagi memastikan kementeriannya bersih dan berintegriti, ketika ada desas-desus pegawai kementeriannya disiasat oleh SPRM.

“KKM sentiasa memantau dan memastikan jati diri serta integriti warga KKM berada pada tahap yang terbaik. 

“KKM akan sentiasa menyokong penuh usaha SPRM membasmi gejala rasuah serta penyelewengan. 

“KKM akan terus bekerjasama dengan SPRM termasuklah dalam memastikan warga kementerian sentiasa menitikberatkan nilai integriti sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas semalam

 Apapun kita berharap SPRM juga cepat menyiasat kes -kes yang tular sebelum ini. Jangan hanya di KKM sahaja. SPRM wajar menjelaskan siasatan kes Geng Kartel DG ini. Alang-alang rakyat bermain spekulasi eloklah SPRM tampil menceritakan hal sebenar.

Kepada peminat DG Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah kena bersiap sedia menerima kenyataan. 

 

5 Comments