PKPB: Shafie 'malu-malu kucing' U-turn lagi sektor pembinaan, pembalakan
15:05 May 09, 2020  |  By SabahKini2
PKPB: Shafie 'malu-malu kucing' U-turn lagi sektor pembinaan, pembalakan

Sebelum ini Shafie kata tidak akan laksana PKPB.Kini satu persatu dia U-turn bimbang tekanan ekonomi dari dewan perniagaan dan rakyat. Pembantu menteri Kenny Chua dan Jimmy Wong turut mengecam Shafie dan SKN kerana degil.

‘Malu-malu kucing’ dan berpura-pura tegas melawan ‘Malaya’ seperti dijangka Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah itu akan U-turn juga. Kurang 5 hari berbanding sektor perladangan dalam PKP2, perlukan 10 hari sebelum Shafie muncul di atas pentas untuk U-turn. Terpantas U-turn ialah kepulangan mahasiswa dari Semenanjung, Sarawak ke Sabah kurang 24 jam. Tak mahu laksana PKPB tetapi akhirnya akur jua. 


4 hari yang kencang

Tragedi U-turn Shafie sudah menjabi ‘habit’ atau dalam logat Brunei Sabah ‘kepaingan’ semua tindakannya berdasarkan populariti seperti menentang tetapi akhirnya U-turn. 

Terbaru bagi menjustifikasi penerimaan PKPB itu maka Shafie pun membenarkan sektor pembinaan dan penyelenggaraan serta sektor perhutanan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mulai 8 Mei sehari selepas U-Turn.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata aktiviti pembinaan yang dibenarkan beroperasi melibatkan kerja-kerja pembinaan bangunan, infrastruktur, kemudahan awam, lanskap dan lain-lain sektor pembinaan.

Beliau berkata aktiviti penyelenggaraan yang dibenarkan beroperasi meliputi aktiviti seperti pembaikan dan pemuliharaan infrastruktur, bangunan, kemudahan awam, lanskap, pemotongan rumput, loji, janakuasa, pembersihan parit, longkang, bangunan; pembentungan, saluran paip air, serta pengairan dan saliran.

 “Aktiviti berkaitan dengan rangkaian dan perkhidmatan sokongan kepada sektor pembinaan dan penyelenggaraan yang meliputi aktiviti kuari batu dan pasir, kilang simen dan klinker, pemotongan bukit dan penimbusan tanah, kedai ‘hardware’, pengangkutan bahan binaan dan sebagainya turut dibenarkan beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan. 

Rayuan SHAREDA

13 April lalu Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) meminta kerajaan agar memberi kelonggaran terhadap kriteria industri pembinaan yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden Shareda Datuk Chew Sang Hai berharap kebenaran boleh diberikan kepada pemaju yang melaksana projek pembinaan yang kurang 90 peratus siap.

Beliau berkata, ketika itu kerajaan hanya membenarkan pelaksanaan projek yang mencapai 90 peratus siap untuk beroperasi semasa PKP.

Katanya, Shareda memahami keputusan itu diambil bagi memastikan tenaga buruh yang digunakan tidak terlalu ramai. Namun, jika dilihat projek pembinaan yang dilaksanakan di negeri ini kebanyakannya kurang daripada 90 peratus siap. Malah, sesetengah projek yang dilaksanakan baru memulakan pembinaan.

Kebenaran diberikan hanya bagi projek dibawah RM500,000. Tapi, jika dilihat projek dilaksanakan ahli-ahli Shareda pula kebanyakan mencecah jutaan ringgit dan lebih teruk seperti dua darjat Shafie Apdal dan Datuk Peter Menteri Pembangunan Infrastruktur mengumumkan pelbagai peruntukan infrastruktur menggunakan dana COVID-19 Sabah RM200 juta seperti pembaikan jambatan, naik taraf jalan Salimpodon Darat RM6 juta, pusat kuarantin negeri dan pelbagai lagi projek ‘rundingan terus’ untuk manfaat kroni.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dua darjat: SHAREDA laksana Projek RM500,000, Kroni Peter Anthony projek berjuta 'Rundingan Terus' ]

[ARTIKEL BERKAITAN- COVID-19 Sabah: RM200 juta projek ‘Rundingan Terus’ infrastruktur untuk kontraktor Warisan?]

Dua darjat: SHAREDA laksana Projek RM500,000, Kroni Peter Anthony projek berjuta 'Rundingan Terus'

 

Begitu juga Sektor Perhutanan sejak April lalu dituntut dibuka namun tidak dibenarkan oleh Kerajaan Warisan Sabah tetapi Kerajaan Sarawak membenarkannya dengan pelaksanaan SOP yang tinggi. Sabah ketinggalan Sarawak 4 minggu operasi sektor perhutanan. Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) ketika itu melalui menyeru kerajaan membenarkan pengilang produk penting beroperasi dengan kapasiti penuh dan pengeluar tidak penting pada kapasiti 50% semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).Ini termasuk kilang perkayuan dan perabot. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Operasi sektor perhutanan ketika PKP: Sarawak ‘berani’ demi rakyat, Kerajaan Warisan ‘bunuh’ industri dan rakyatnya ]

Operasi sektor perhutanan ketika PKP: Sarawak ‘berani’ demi rakyat, Kerajaan Warisan ‘bunuh’ industri  dan rakyatnya

Dan  kini PKP 5 Mohd Shafie baru tersedar membenarkan aktiviti perhutanan huluan (upstream) yang melibatkan peladangan hutan, restorasi hutan, silvikultur, pengeluaran dan pengangkutan hasil-hasil hutan dan lain-lain aktiviti perhutanan huluan (upstream) dibenarkan beroperasi.

“Aktiviti perhutanan hiliran (downstream) yang melibatkan kilang papan, kilang venir, kilang papan lapis, kilang perabot, kilang moulding, ‘finger joint’ dan kilang-kilang lain pemprosesan berasaskan kayu juga dibenarkan beroperasi.

“Turut dibenarkan beroperasi rangkaian dan perkhidmatan sokongan terhadap aktiviti huluan dan hiliran perhutanan seperti logistik pengangkutan darat dan laut, gudang, domestik retail serta import dan eksport,” 

Ternyata sejak dahulu Sarawak lebih ke depan maju berbanding Shafie Apdal Warisan Sabah. Shafie hanya mengambil kesempatan dari kejayaan Sarawak seperti cukai jualan minyak Petroleum 5 peratus malah perjuangan MA63.

Terbaru Sarawak dapat RM2 bilion dari kerajaan pusat tapi Sabah, Shafie Apdal sibuk untuk membuat undi tidak percaya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen pada 18 Mei ini. 

 

2 Comments