Wisma Dang Bandang diserbu lagi, Pengarah JIM Sabah pro Warisan ‘kaki herdik’ sepatutnya ditukar
13:05 May 12, 2020  |  By SabahKini2
Wisma Dang Bandang diserbu lagi, Pengarah JIM Sabah pro Warisan ‘kaki herdik’ sepatutnya ditukar

Selepas kecoh mencerca, menghina dan mengherdik petugas KKM sebagai 'tidak guna otak' kini Pengarah JIM Sabah sedang mengaktifkan penyambungan dokumen IMM13 kepada warga Filipina. Wisma Dang Bandang akhirnya diserbu. KDN bila nak tukar Pengarah JIM ni?

Peristiwa Oktober 2018 berulang lagi apabila pejabat Imigresen Wisma Dang Bandang diserbu oleh pelarian Filipina pemegang pas IMM13

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) PTI Serbu Dang Bandang demi IMM13 yang dihidupkan semula oleh Warisan ]

Wisma Dang Bandang Kota Kinabalu menjadi tumpuan apabila orang ramai hadir untuk menjalankan urusan di bangunan berkenaan seawal 7 pagi.

Menurut sumber mereka yang hadir bertujuan membuat urusan pas di bangunan berkenaan yang menempatkan Pejabat Unit Khas Imigresen.

Apa sudah jadi apa sebenarnya berlaku? Nampaknya Pengarah Imigresen Sabah kesayangan Shafie Apdal, Dato’ Dr Mohammad Sade Amin ‘Si kaki herdik’ gagal melaksanakan kerjanya.

Insiden yang pernah berlaku 2018 ini pernah dihentikan serta-merta di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan oleh Datuk Musa Sulaiman Pengarah Imigresen Sabah ketika itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas dikecam permohonan IMM13 dihentikan serta-merta ]

Ketika krisis COVID-19 melanda sekalipun dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) SOP Kementerian Kesihatan mengenai Penjarakan Sosial mesti diamalkan bagi mengelak jangkitan COVID-19 akibat bersesak-sesak berurusan di bangunan kerajaan.

Menurut sumber Jabatan Imigresen hanya menerima temujanji secara online dan temujanji di kaunter akan bermula Rabu ini dengan membawa slip temujanji bagaimanapun mesej ini mungkin gagal difahami oleh warga asing atau pemegang IMM13 sedia ada.

Untuk rekod buat masa ini terdapat sejumlah 55,000 pemegang IMM13 di daftarkan di Sabah.

Sebagaimana juga urusan dokumen lain di Jabatan Imigresen kejadian bersesak mesti dielakkan. Jabatan Imigresen mesti mencari penyelesaian awal kerana imigresen sedia maklum mengenai perangai warga asing di Sabah.

Insiden Pengarah Jabatan Imigresen cerca Petugas KKM

Selepas insiden Pengarah JIM Sabah mencerca ‘kamu tidak guna otak’ kepada Petugas KKM pada 16 April lalu sepatutnya Pengarah ini sudah dipindahkan segera ke jabatan lain.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dicerca ‘kamu tidak guna otak’ Petugas KKM lapor KP Imigresen sikap biadap Pengarah JIM Sabah ]

Dicerca ‘kamu tidak guna otak’ Petugas KKM lapor KP Imigresen sikap biadap Pengarah JIM Sabah

Sekalipun Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Khairul Dzaimee Daud mengesahkan kejadian insiden Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah mengeluarkan kata-kata kesat kepada Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu itu dan memohon maaf namun insiden itu mencalar imej penjawat awam sepatutnya diambil tindakan tegas sebagaimana saranan

[ARTIKEL BERKAITAN- Herdik Petugas KKM, Ketua Pengarah Imigresen mohon maaf sikap Pengarah JIM Sabah ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Siasat Pengarah JIM dakwaan herdik petugas KKM – CUEPACS ]

Setakat ini tiada laporan mengenai siasatan itu. Diharap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengambil Tindakan tegas mengenainya.

Dato’ Dr Mohammad Sade dilihat masih berleluasa dengan perangai lamanya kerana tiada tindakan tegas diambil. Lagipun beliau percaya dipertahankan oleh Shafie Apdal dan bekas bosnya Datuk Azis Jamman bekas Timbalan Menteri KDN.


Misi Sade dibawah ke Sabah ialah untuk PSS. Namun gagal. Kini diam-diam membuat untuk IMM13 kepada Filipina

 

 

14 Comments