Yayasan Osimal milik bekas Ketua Hakim Monopoli Projek Rapid Test Kit (RTK) dari Singapura?
13:05 May 26, 2020  |  By SabahKini2
Yayasan Osimal milik bekas Ketua Hakim Monopoli Projek Rapid Test Kit (RTK) dari Singapura?

Shafie Apdal salur berjuta dana kepada Yayasan Osimal dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara. Sapu projek Rapid Test Kit dibeli dari Singapura dengan harga mahal kemudian derma semula kepada JKNS dan kerajaan negeri. Yayasan Osimal tempat 'parking' wang?

Terdapat desas-desus kerajaan Sabah telah membuat pembelian Rapid Test Kit (RTK) daripada China dengan jumlah yang besar namun tidak dapat digunakan kerana kemungkinan palsu ataupun tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia. Benarkah dakwaan itu? Oleh itu Kerajaan Warisan Sabah terpaksa membuat pembelian lain.

Sejak pandemik Covid-19 melanda ‘perang pembekal’ turut berlaku diseluruh dunia menyebabkan harga produk RTK itu meningkat berkali ganda. Di Malaysia juga tidak terlepas sehingga KKM melalui Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu surat kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) April 2020 memberi panduan pembelian produk itu perlu dipilih daripada senarai yang dinilai oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK).

Antara produk RTK yang diiktiraf KKM seperti Lionrun Shanghai Liangrun, Wondflo, Vazyme, Standard Q Covid-19, Healgen dan SD Biosensor (Korea).


Ini bermakna jika syarikat membekal RTK tidak mempunyai kelulusan KKM 
tidak dibenarkan


Kelulusan MDA

KKM melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) atau Medical Device Authority (MDA)  menegaskan mana-mana syarikat atau establismen yang hendak membekalkan kit ujian COVID-19, hendaklah dipastikan peranti tersebut berdaftar dan syarikat telah mempunyai lesen establismen di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) yang sah.

Walau bagaimanapun, semasa penularan wabak ini, mana-mana syarikat atau establismen boleh membuat notifikasi untuk pengecualian daripada pendaftaran bagi peletakan peranti kit ujian COVID-19 di pasaran melalui akses khas (special access). 

Begitu juga mana-mana peranti kit ujian COVID-19 yang telah memperolehi pengecualian ini, pengiklanan peranti tersebut tidak dibenarkan sama sekali dan pengedaran hendaklah dibuat secara langsung ke premis-premis kesihatan yang telah dibenarkan.

Ini bermakna apa yang dilakukan oleh syarikat MYEG  dalam kempen  iklan dan penjualan kit ujian pantas COVID-19 (COVID-19 rapid test kit) baru-baru ini di talian melalui portal MYEG adalah salah atau mungkin Ho Wah Genting  Berhad mengumumkan di Bursa Malaysia membekal Rapid Test Kit melalui "sub authorised"  Zhejiang Plame Medical Technology Co Ltd yang tidak dilantik Shanghai Liangrun Bioscience Co Ltd membuat pengedaran di Malaysia adalah salah kerana tidak mempunyai  kelulusan MDA. 

Mana-mana orang yang disabitkan kesalahan dalam hal ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit (RM200,000) atau penjara bagi tempoh tidak melebih tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali di bawah seksyen 5(2) Akta 737, dan/atau dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit (RM300,000) atau penjara bagi tempoh tidak melebih tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali di bawah seksyen 44(2) Akta yang sama.


Kerajaan Sabah beli RTK daripada Singapura

3 April lalu media melaporkan Kerajaan Warisan Sabah membeli  Rapid Test Kit  (reagent)  Covid-19 di Sabah 5000 unit dari Singapura dengan harga RM900,000. Hampir RM 1 juta melalui Yayasan Osimal yang di Pengerusikan oleh Tan Sri Richard Malanjum bekas Ketua Hakim Negara sahabat baik Shafie Apdal yang menolongnya ketika kes perebutan Ketua Menteri Sabah Mei 2018.

Kerajaan Warisan mengaku memberi bayaran RM700,000 manakala RM200,000 lagi oleh NGO, Dato Chua Song Lim & Datin Koh Sai Eng Foundation Incorporated. Ini belum masuk dana disalur untuk PPE.

Dapat wang daripada kerajaan negeri dalam masa sama pengangkut gunakan milik kerajaan. Macam mana tak untung!
Datuk Safar Untung mesti ada penjelasan. Atas alasan sebuah Yayasan maka boleh guna aset kerajaan?

 

Sehingga begini sekali Christina Rundi melayan pembekal Rapid Test Kit daripada Yayasan Osimal.
Sehingga begitu sekali bekas Ketua Hakim yang jadi pembekal menolong Pengarah JKNS?
Berapa agaknya dana JKNS dibayar kepada Yayasan Osimal?

Rapid Test Kit yang dibeli kononnya atas hubungan ‘kabel’ Tan Sri Richard Malanjum itu dengan Singapura ialah produk GF-1 Viral Nucleic Acid Extraction kit daripada syarikat Vivantis Technologies. Tidak dipastikan syarikat ini mempunyai kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) kerana butiran mengenainya tidak didedahkan. Jika ada kelulusan MDA tunjukkan!. Datuk Christina Rundi Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mungkin lebih tahu atau beliau menggunakan kuasa Kerajaan Negeri melalui Shafie Apdal membeli produk itu. 

Apakah Christina selaku Pengarah JKNS yang mempunyai kuasa RM5 juta juga telah membeli daripada Yayasan Osimal sebagaimana negeri-negeri lain yang membuat perolehan Darurat?


Ini adalah Rapid Test Kit atau Reagent dibeli Yayasan Osimal

Media hanya melaporkan Yayasan Osimal membelinya dari Singapura namun jika dilihat dari kos RM900,000 itu bermakna dalam 5000 unit seunit berharga RM180. Kos RNA Extraction sekitar RM15-20 /reaction. Berlipat ganda 'mark up' harganya.

Dr pakar berpendapat sama ada saringan positif atau negatif RTK tidak banyak memberi impak tetap perlu dibuat ujian PCR. Oleh itu menjadi persoalan mengapa Kerajaan Warisan Sabah perlu membeli 5000 RTK dari Singapura.

Hari ini Singapura sendiri mencatatkan kes Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara. Oleh itu tidak dapat dipastikan keberkesanan RTK yang dibeli Kerajaan Warisan ini sesuai digunakan di Sabah atau tidak.

Yayasan Osimal tempat ‘parking’ duit?

Yayasan misteri ini mula muncul sekitar Mac lalu memberi sumbangan khususnya ketika pandemik Covid-19. Tercari-cari di mana badan ini ditubuhkan  dan akhirnya pada 27 Mac 2020 Tan Sri Richard Malanjum sendiri mengakui Yayasan ini ditubuhkan di bawah Ordinan Pemegang Amanah (Pemerbadanan) (Cap 148) Negeri Sabah.

Kenapa badan kebajikan ini diwujudkan sekarang ketika krisis Covid-19? Alasannya bukan atas keuntungan tetapi kebanyakan dananya diberi oleh Shafie Apdal terutama ketika pandemik Covid-19 kerana semua peruntukan boleh dilaksanakan secara Rundingan Terus atas alasan darurat bencana

Ini bermakna dana Pakej Rangsangan Sabah lebih RM600 juta itu boleh disalurkan terus kepada sahabat Shafie Apdal Tan Sri Richard Malanjum dalam Yayasan Osimal.

Yayasan Osimal menerima jutaan ringgit daripada Shafie Apdal dan untuk mengaburi ke mana duit itu dibelanjakan,  Yayasan ini hanya menunjukkan semula mereka menderma bekalan peralatan perlindungan peribadi (PPE),  membeli alat bantuan pernafasan bagi kegunaan hospital-hospital di Sabah dan pembelian Rapid Test Kit (reagent).


Gambar Richard Malanjum, Christina dan Shafie:
Yayasan Osimal Dapat dapat dana dari Shafie. 

Yayasan pula derma kembali kepada JKNS/ Kerajaan negeri. Bijak tak?

Syarikat kerajaan negeri dan  swasta juga diarahkan menderma semua wang ke dalam Yayasan Osimal seperti Sabah Energy Corporation Sdn Bhd, Berjaya Land Bhd serta tokoh korporat.  Bayangkan Berjaya Land Berhad yang Tan Sri Richard dilantik sebagai Pengerusinya pada Disember 2019 pun kena ‘pau’ oleh Yayasan Osimal. Pengerusi Yayasan Osimal ‘pau’ Pengerusi Berjaya Land Berhad.  Apa maksudnya kalau bukan kepentingan!

Shafie Apdal beri wang kepada Yayasan Osimal- Tan Sri Richard kerana balas jasa?

"Bagaikan isi dengan skuku". Semua orang tahu hubungan baik Shafie dan Tan Sri Richard Malanjum sebelum dilantik sebagai Ketua Hakim. Apatah lagi ketika menjadi Ketua Hakim Negara. Mereka saling mempertahankan satu sama lain. 

Kini Tan Sri Richard Malanjum telah bersara maka tidaklah menghairankan atas rasa terima kasih itu maka Shafie Apdal memberi bantuan kewangan projek rundingan terus kepada Yayasan Osimal sehingga boleh membeli Rapid Test Kit, PPE dan lain-lain lagi.

Portal Sabahkini2 pernah melaporkan berita mengenai mereka. Artikel berkaitan boleh dibaca di;

[ARTIKEL BERKAITAN : 14 Julai 2018 Tan Sri Richard Malanjum Ketua Hakim Negara sesuatu yang pelik- Tun Hamid 

[ARTIKEL BERKAITAN : 14 Julai 2018: Apa perlunya Richard beri nasihat kepada Shafie Apdal tanya bekas Ketua Hakim Negara

[ARTIKEL BERKAITAN : 29 September 2018 : Kerajaan Warisan janji mudahkan permohonan sijil lahir warga asing kahwin orang tempatan 


Sejak awal pelantikan Ketua Hakim Negara lagi Shafie sudah pertahankan Richard Malanjum

Pada 29 Januari 2019 negara dikejutkan  majlis Makan Malam Pembukaan Tahun Perundangan 2019: Keadilan Menuju Kehadapan yang dirasmikan oleh Shafie Apdal di Sabah apabila tersebarnya video tarian hakim, peguam negara dan Menteri JPM (Undang-undang) menari dalam majis itu. Ia menimbulkan "persepsi negatif" dalam kalangan masyarakat dan menggugat prinsip pengasingan kuasa. Shafie seperti biasa tetap pertahankan Richard..Semuanya faktor kawan.

[ARTIKEL BERKAITAN : Video tarian hakim, peguam, menteri cetus kebimbangan badan kehakiman ]

Shafie Apdal malam itu dikatakan lari pintu belakang

Video tarian hakim, peguam, menteri cetus kebimbangan badan kehakiman

Cukup kontroversi: Ketua Hakim Negara pertama menari atas pentas secara terbuka cara 'gila-gila'. 

Atas kepentingannya. SPRM wajar menyiasat Yayasan Osimal yang tiba-tiba muncul demi Covid-19 ini. Akaun wajar disiasat dari mana lagi dana mereka perolehi. Nampaknya projek rundingan terus Covid-19 Sabah banyak disalurkan kepada Yayasan diketuai Tan Sri Richard Malanjum sahabat baik Shafie Apdal ini.

14 Comments