PH dwistandard, SPRM siasatlah sekali kerajaan pintu belakang Warisan 2018- Jeffrey Kitingan
00:06 Jun 02, 2020  |  By SabahKini2
PH dwistandard, SPRM siasatlah sekali kerajaan pintu belakang Warisan 2018- Jeffrey Kitingan

Desak siasatan pada Bersatu? Siasatlah sekali insiden kemelut ketua menteri 2018. Bagaimana Shafie boleh jadi Ketua Menteri Warisan jika tidak kerana habuan atau ugutan kepada pemimpin BN.

KOTA KINABALU: Disaat pemimpin Pakatan Harapan menggesa siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya kerana suara audio mirip suara pemimpin Muhyiddin mahu membawa MP UMNO menyertai Bersatu, Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia yang juga Jeffrey Kitingan menggesa pemimpin Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mengamalkan dwistandard dengan mendesak siasatan dibuat ke atas parti kerajaan di peringkat persekutuan, iaitu PPBM.

Beliau berkata, gabungan politik pembangkang itu juga harus menggesa siasatan dijalankan berhubung hal keadaan yang menyebabkan Shafie Apdal dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada 2018.

Kitingan berkata, jika pemimpin PH serius mengenai siasatan ke atas salah laku, maka mereka juga harus mendesak supaya siasatan dijalankan berhubung “kemelut ketua menteri” yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-14.

Presiden STAR itu berkata, Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah 31 kerusi daripada 60 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas parti pimpinannya, yang merupakan pembangkang pada waktu itu, menyokong BN.

Beliau berkata, keputusan asal menunjukkan BN dan Warisan, termasuk PKR dan DAP, masing-masing memenangi 29 kerusi sebelum STAR, yang mempunyai 2 kerusi menyokong BN.

Katanya, pada 12 Mei, Shafie mengangkat sumpah sebagai ketua menteri menggantikan Musa Aman, yang mengangkat sumpah 2 hari sebelum itu.

“Hasilnya ialah kemelut ketua menteri.”

Kitingan mendakwa, beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana bekerjasama secara tidak sah dengan BN untuk menubuhkan kerajaan negeri.

“Rumah dan pejabat saya diserbu pada tengah malam,” katanya dengan menyifatkan langkah itu sebagai taktik untuk menakut-nakutkan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas Dr Jeffrey Kitingan 6 Adun Lompat Warisan disiasat SPRM? ]

Selepas Dr Jeffrey Kitingan 6 Adun Lompat Warisan disiasat SPRM?

Katanya, siasatan itu kemudiannya dibatalkan setelah beliau didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Beliau berkata, di tengah-tengah perkembangan itu, timbalan ketua menteri Sabah Wilfred Madius Tangau, yang merupakan presiden Upko, “membawa 5 Adun dan mengubah sokongan daripada BN kepada Warisan.”

“Mereka bertanding dan memenangi kerusi masing-masing di bawah simbol BN, bukannya simbol mereka sendiri, iaitu Upko.”

Beliau berkata, hasilnya Shafie mengangkat sumpah sebagai ketua menteri, sementara Tangau dilantik sebagai timbalan ketua menteri selepas dicalonkan sebagai Adun dilantik.

“Tangau tidak berhak dilantik sebagai menteri negeri apatah lagi timbalan ketua menteri sekiranya tidak dilantik sebagai Adun,” katanya, dengan menambah bahawa SPRM harus menyiasat perkara itu.

Beberapa hari ini Warisan dan UPKO menyerang Dr Jeffrey mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagaimanapun terbukti Warisan penternak PATI termasuk cuba meluluskan Pas Sementara Sabah (PSS).

[ARTIKEL BERKAITAN- Sindiket 'Projek IC' disokong Warisan, PSS, beri tanah kepada Setinggan bukti Warisan 'Penternak' PATI ]

Sindiket 'Projek IC' disokong Warisan, PSS, beri tanah kepada Setinggan bukti Warisan 'Penternak' PATI

Madius Tangau seru rakyat setuju beri PSS kepada pemegang IMM13 berkeluarga menetap di Sabah

9 Comments