[VIDEO] Peguam mengaku Michael Ubu kini di Sabah, RM18 juta bayar kepada RISDA satu pembohongan?
06:06 Jun 06, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Peguam mengaku Michael Ubu kini di Sabah, RM18 juta bayar kepada RISDA satu pembohongan?

Perkara penting penjenayah dikehendaki Michael P Ubu sudah kembali ke Sabah 29 April lalu. Kini disembunyikan di sebuah rumah dirahsiakan. Tiba-tiba mengaku membayar RM18 juta kepada RISDA. Duit siapa sebanyak itu? Menurut sumber ia satu pembohongan!

Sidang Media Peguam Michael P Ubu

KOTA KINABALU: Keluarga peguam Michael Pursuis Ubu, yang firma guamannya dikaitkan salahlaku rasuah perjanjian pembelian tanah Risda 2014 RM155.5 juta telah menafikan  laporan Sabahkini2 bahawa Michael Ubu telah ditangkap.

[ARTIKEL BERKAITAN- Michael P Ubu ditangkap, Peter Anthony Menteri Warisan diberi Notis SPRM? ]

Peguam keluarga itu melalui Benjamin Chin dan Matin Tommy menegaskan anak-anak Michael Ubu berkata ayah mereka berada di rumahnya dan laporan berita Sabahkini2 tidak berasas serta palsu.

Chin juga menafikan kepulangan semula Michael Ubu ke negara ini dirahsiakan oleh pengarah Jabatan Kesihatan Sabah dan Jabatan Imigresen Negeri Sabah

 "Ubu ada di rumahnya," kata Chin pada sidang media pada hari Jumaat (5 Jun).

Kembali ke Sabah 29 April 2020 dan didedahkan berada di Sabah 3 Jun 2020. Lebih sebulan baru terbongkar. Mengapa penjenayah yang diburu SPRM dan PDRM mudah masuk ke Sabah tanpa pengetahuan media? Ia sangat musykil. Rekod swab test Covid-19 di Lapangan Terbang Kota Kinabalu menjalani kuarantin juga ada. Ia fakta dan bukan penipuan. SPRM wajar menyiasat bagaimana Michael Ubu boleh tiba-tiba berada dalam negara. 

Pengakuan Michael Ubu


Benjamin Chin- Peguam keluarga Michael P Ubu

Chin dalam sidang medianya membuat pengakuan bahawa Michael Ubu telah membuat pembayaran balik RM18 juta kepada RISDA sebagai penyelesaian kes rasuah yang kontroversi sebelum ini. 

Bayar RM18 juta?

"Yang mengejutkan keluarga Michael adalah mengapa Sabahkini2 membangkitkan masalah ini. Firma guaman Michael telah membayar RM18 juta, seperti yang dipersetujui dengan Risda bersekali dengan faedah.

“Ubu, sebagai pemilik firma guaman Michael Ubu and co telah melaksanakan tanggungjawabnya kerana menyelesaikan kes itu”. kata Chin.

Hilang lebih dua tahun tiba-tiba boleh bayar RM18 juta?

Michael Ubu dan peguamnya mempertikaikan laporan Sabahkini2 namun tidak menjelaskan bagaimana Michael yang telah melarikan diri ke luar negara selepas notis SPRM dikeluarkan pada 3 Januari 2018 dan hilang selama dua tahun tiba-tiba telah membuat penyelesaian RM18 juta.

Duit hasil mana sebanyak itu digunakan oleh Michael P Ubu?. Jika Michael Ubu tidak bersalah mengapa perlu beliau melarikan diri dan sepatutnya beliau hadir siasatan SPRM serta memberi keterangannya.

Benjamin Chin juga tidak menjelaskan mengenai kes jenayah Michael Ubu yang masih diburu SPRM dan PDRM. Bukankah sepatutnya Michael Ubu selepas selesai kuarantin Covid-19 menyerah diri kepada pihak berkuasa terlebih dahulu.


                                                                                             Apa penjelasan Peguam Benjamin Chin? 

Perjanjian tanah RISDA disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tahun 2018 dan Datuk Peter Anthony direman 7 hari kerana kes itu.

[ARTIKEL BERKAITAN-  8 Januari 2018: Ada bukti baru reman Peter disambung 4 hari Michael Ubu peguam lari bawa wang deposit RISDA ]

Ada bukti baru reman Peter disambung 4 hari Michael Ubu peguam lari bawa wang deposit RISDATahun 2018: Direman SPRM. Matin Tommy sebagai peguam kepada Datuk Peter Anthony

Pengakuan Michael Ubu ada dalam negara

Paling penting sidang media keluarga peguam Michael itu ialah mengesahkan Michael kini berada di Sabah. Oleh itu pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM yang menyenaraikan beliau sebagai peguam dikehendaki perlu menahan dan menyiasatnya.

Tidak timbul soal sama ada Michael Ubu membuat penyelesaian pembayaran RM18 juta kepada RISDA tetapi butiran salah lakunya seperti pecah amanah dan rasuah perlu diselesaikan oleh pihak berkuasa kerana laporan SPRM dan PDRM telah dibuat terhadapnya.

Michael Ubu perlu berhadapan SPRM dan mahkamah untuk membersihkan namanya sebagaimana kes lain termasuk Shafie Apdal yang juga telah direman seminggu. Keterangannya perlu diambil bagi menafikan tentang aliran wang dari syarikat guaman Michael Ubu kepada syarikat kroni Peter Anthony, Budiman Juta Sdn Bhd atas nama Safineh Doto. Safineh Doto inilah juga yang terlibat dengan kes rasuah skandal RM1.5bilion JKR. 

Michael Ubu dirumah persembunyian?

Menurut peguam dan anak-anaknya Michael Ubu berada di rumah namun menurut sumber rumah yang dimaksudkan ialah rumah persembunyian yang dikawal rapi oleh pihak berkuasa.

Ini bermakna peguam dan keluarga Michael berbohong tentang kedudukannya. Jika benar bolehlah keluarganya dedahkan gambar sebagai bukti.

Apakah ini bermakna Michael sudah ditangkap? Pada asasnya Michael Ubu sudah ditangkap ditahan di rumah dan bila-bila masa akan direman SPRM melainkan Michael menukar pengakuannya sebagai saksi kes SPRM untuk mendakwa Datuk Peter Anthony.

Datuk Peter Anthony dilaporkan sudah menerima notis hadir ke pejabat SPRM minggu hadapan.

Apa yang pasti Datuk Peter Anthony dan Shafie Apdal sedang melindungi Michael Ubu menggunakan kuasa mereka bagi mengelak SPRM dan PDRM. Peguam Peter, Matin Tommy turut membantu kes ini.


Apakah Michael di rumahnya  Lot 8- G, Lorong Rainfield 1,
Taman Rainfield, Kota Kinabalu? atau rumah misteri di tempat lain?

Mengapa bohong? Benarkah RM18 juta dibayar kepada RISDA sebagai penyelesaian?

Sumber kes ini mengesahkan tiada penyelesaian secara rasmi pembayaran RM18 juta kepada RISDA dan membuktikan Michael, peguam dan anak-anaknya berbohong dengan penyelesaian kes ini.

Jika RISDA menerima penyelesaian kes itu dengan tidak merujuk PDRM dan SPRM kerana kes Michael Ubu seperti juga kes Jho Low merupakan kes jenayah dan mempunyai kepentingan awam. Rakyat perlu tahu jenayah yang dilakukan tiga serangkai iaitu Shafie Apdal, Peter Anthony dan Michael P Ubu.

 

 

33 Comments