Peter dipanggil ke SPRM lagi, Michael P Ubu peguam hilang akan muncul?
02:06 Jun 10, 2020  |  By SabahKini2
Peter dipanggil ke SPRM lagi, Michael P Ubu peguam hilang akan muncul?

Datuk Peter dan Warisan jangan terlalu gembira. Permainan siasatan SPRM ini masih panjang. Michael Ubu pun sudah ada di Sabah. Dokumen projek juga telah dirampas mengaitkan salahguna kuasa Peter, Shafie dan Peguam Michael Ubu. Jadi...

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Naib Presiden Warisan Peter Anthony hadir di ibu pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu pagi semalam disoal siasat SPRM selama 7 jam.

Peter, 49, merangkap Adun Melalap sebagaimana dilapor Sabahkini2 lebih awal sebelum ini disoal siasat kontrak penyelenggaraan jalan bernilai RM1.5 bilion secara rundingan terus kepada lima syarikat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Michael P Ubu ditangkap, Peter Anthony Menteri Warisan diberi Notis SPRM? ]

Semalam Peter berkata SPRM menyiasatnya mengenai projek penyelenggaran jalan RM1.5 bilion. Peter memberi alasan kepada media projek yang disiasat adalah berkaitan kegagalan syarikat konsesi lantikan kerajaan terdahulu yang gagal melakukan amanah diberikan dan telah dihidupkan semula oleh kerajaan sekarang.

Bagaimanapun siasatan SPRM berdasarkan dokumen yang dirampas tertumpu kepada kelayakan 5 syarikat yang dilantik, satu bukan dari Sabah dan satu lagi mempunyai kaitan dengan kes RISDA sebelum ini dengan nilai RM325 juta hingga RM500 juta. Kegagalan konsesi hanya alasan Peter untuk melantik syarikat kroni.

[ARTIKEL BERKAITAN-Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak ]

Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrakSiasatan rasuah oleh SPRM bukan serangan politik tetapi memang Peter Anthony pengamal rasuah tegar sejak disiasat 2017

Kes RISDA

Hari ini SPRM akan menyiasat Peter mengenai projek ladang sawit dan penggelapan wang RM15.5 juta oleh peguam Michael P Ubu kelapa sawit milik Lembaga Pembangunan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

SPRM telah mengesan kedudukan persembunyian Michael Ubu yang dilaporkan hilang sebelum ini dan kini kembali ke Sabah dengan kontroversi baru iaitu kononnya pembayaran RM18 juta telah dibuat kepada RISDA. Setakat hingga kini tiada kenyataan rasmi RISDA. Peguam keluarga Michael Ubu Benjamin Chin juga telah dipanggil SPRM berhubung kenyataannya dalam sidang media jumaat lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Peguam mengaku Michael Ubu kini di Sabah, RM18 juta bayar kepada RISDA satu pembohongan? ]

Semalam Peter hadir di pejabat SPRM ditemani oleh Setiausaha agung Warisan Loretto S Padua, Ketua Pemuda Warisan Mohd Azis Jamman, Adun Tanjong Kapor Ben Chong, peguamnya dan para pendokong warisan bersesak beramai-ramai melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pada Februari, Peter telah membuat laporan polis dan mahu menyaman Sabahkini2 kononnya fitnah namun terbukti hari ini siasatan salahguna kuasa dan rasuah terbukti benar serta berasas. Projek yang disiasat itu turut berkait dengan pemilik syarikat kes RISDA 2018 yang menyebabkan Micheal P Ubu melarikan diri ke luar negara.

 [ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony saman Sabahkini2 berpengkalan di Rusia ]

Tuduhan Peter terhadap musuh politik hanyalah alasan untuk meredakan isu wal hal yang membuat pendedahan salahguna kuasa dan rasuah adalah Sabahkini2. Ia pendedahan biasa mana-mana pemimpin politik pengamal rasuah.

Permainan masih belum berakhir. Michael Ubu belum muncul lagi di SPRM. Persoalan pasti terjawab jika Michael Ubu pemegang wang Datuk Peter ditangkap. Oleh itu Peter jangan seronok kerana diberi pelepasan tanpa reman. Beliau hanya memperalatkan jawatan Menteri. Beliau sepatutnya meletak jawatan atau bercuti jika disiasat SPRM. 

Pastinya banyak kejutan lagi berlaku selepas ini.

2 Comments