Datuk Peter Anthony didakwa lagi esok
04:06 Jun 14, 2020  |  By SabahKini2
Datuk Peter Anthony didakwa lagi esok

Nampaknya pendakwaan terhadap Peter Anthony terus berjalan. 5 pertuduhan sebelum ini adalah kes AMLA dan kini dijangka kes CBT seksyen 409. Turut didakwa Michael P Ubu. Apa lagi pendakwaan selepas ini?

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony akan didakwa lagi esok dijangka bagi pertuduhan bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan pecah amanah bersama dengan Michael Persius Ubu.

"Datuk Peter akan didakwa di mahkamah lagi pada esok bagi kes 409 pecah amanah. Turut didakwa peguam Michael P Ubu” kata sumber

Semalam di mahkamah pada pukul 9.40 pagi diiringi pegawai agensi itu dengan memakai baju oren lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan perintah reman tujuh hari terhadap peguam, Michael Persius Ubu di Mahkamah Majistret.

[ARTIKEL BERKAITAN- Michael P.Ubu direman pagi ini ]

Michael sebelum ini disenaraikan antara 21 peguam di negara ini yang diburu polis bagi kesalahan CBT.

Selasa lalu Datuk Peter Anthony mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram bernilai RM8.75 juta di Mahkamah Khas Rasuah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter Naib Presiden Warisan 'Pencuri Wang RISDA' hadapi 5 pertuduhan RM8.75 juta ]

Dua pertuduhan itu di bawah Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 manakala tiga lagi mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Peter diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin tempatan serta dua syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sekali dalam dua bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya SPRM iaitu Ahmad Akram Gharib dan Nartiah M Sambatan manakala Peter diwakili empat peguam iaitu Cedric Choo, Datuk Douglas Lind, Martin Tommy dan Luke Ressa Balang.

 

 

 

17 Comments