2558 kes denggi, Sabah kekal 'ranking' keempat tertinggi di Malaysia
02:06 Jun 29, 2020  |  By SabahKini2
2558 kes denggi, Sabah kekal 'ranking' keempat tertinggi di Malaysia

Tahun ini sebanyak 2,558 kes demam denggi direkodkan di Sabah setakat 27 Jun lalu dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu 648 kes. Sabah kekal ditangga ke empat selepas Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.

KOTA KINABALU: Sabah kekal dikedudukan ranking ke 4 tertinggi kes Denggi Malaysia.

November tahun lalu, Sabahkini2 melaporkan Kes denggi Sabah mengalami kenaikan hampir 100 kes seminggu iaitu dari 9 November 4,629 sehingga 15 November mencecah 4,720 kes.

[ARTIKEL BERKAITAN- 4,629 kes denggi, Sabah kini 'ranking' keempat tertinggi di Malaysia ]

Malah dilaporkan tahun lalu kes kematian denggi di Sabah adalah ketiga tertinggi mencecah 22 kes kumulatif kematian 

Kes terbaru 2020

Tahun ini sebanyak 2,537 kes demam denggi direkodkan di Sabah setakat 26 Jun lalu dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu 648 kes.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata ini diikuti Sandakan (428 kes), Semporna (385), Tawau (310) dan Lahad Datu (261).

Bagaimanapun semakan di portal laman sesawang iDengue di pautan http://idengue.arsm.gov.my/ Kementerian Kesihatan mencatatkan kes denggi Sabah ialah 2558 kes naik 21  kes sehingga 27 Jun 2020.

Selangor kekal teratas setiap tahun.. Sabah kekal ranking ke 4

“Sehingga semalam terdapat tujuh daerah melaporkan 17 wabak aktif penyakit demam denggi di seluruh Sabah,” katanya dalam satu kenyataan

Beliau berkata, pemeriksaan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di kawasan terbabit mendapati terdapat banyak sumber pembiakan nyamuk Aedes seperti takungan air jernih di dalam pasu bunga.

Sehubungan itu, Dr Christina meminta orang ramai menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing.

Bala penyakit

Dr Christina turut melaporkan JKNS mengesan penyakit kolera. Beliau berkata sehingga semalam, Sabah mencatatkan 16 kes penyakit kolera termasuk dua kes baharu masing-masing satu di Semporna dan Beaufort.

“Berikutan kes baharu di Beaufort, maka daerah berkenaan dikenal pasti sebagai daerah baharu wabak kolera di Sabah,” katanya.

Disember 2019 Sabah dikejutkan dengan penyakit Polio yang lesap 27 tahun lalu muncul semula di Sabah dikesan dari bawaan pendatang asing tanpa izin khususnya Filipina.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bala Polio kembali ke Sabah! Selepas 27 tahun ketika diperintah Warisan ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Punca Polio dari luar mungkin Filipina kata Dr Dzulkefly ]

Begitu juga kes pandemik Covid-19 di Sabah dilaporkan Sabah dalam ranking 5 negeri tertinggi di Malaysia. 

 

 

Comment