Sundra Rajoo sahabat VK Liew tiada kekebalan pendakwaan kes pecah amanah
09:06 Jun 30, 2020  |  By SabahKini2
Sundra Rajoo sahabat VK Liew tiada kekebalan pendakwaan kes pecah amanah

Di zaman PH tiga pertuduhan pecah amanah dibatalkan kepada Sundra Rajoo sahabat baik bekas Menteri Undang-undang. Namun di zaman PN mahkamah rayuan membatalkan Sundra Rajoo kebal pendakwaan. VK Liew apa khabar?

25 Jun  lalu  Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC)  Datuk Prof Dr N. Sundra Rajoo berhak mendapat imuniti daripada pendakwaan atas tindakan yang dilakukan sewaktu beliau memegang jawatan tersebut. 

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Hanipah Farikullah memutuskan forum yang tepat untuk menentukan imuniti Sundra Rajoo ialah mahkamah jenayah dan bukan mahkamah sivil.

Beliau berkata remedi mengenai sama ada responden (Sundra Rajoo) dikecualikan daripada sesuatu pendakwaan, perlu ditentukan di mahkamah jenayah dengan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Hakim Hanipah yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, berkata Sundra Rajoo dapat membela diri dengan sewajarnya dalam prosiding jenayah mengenai sama ada tuduhan yang dihadapinya, dilakukan atas kapasiti peribadinya atau sebagai pegawai tinggi.

Beliau membenarkan rayuan Kementerian Luar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerajaan dan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Dis lepas yang membenarkan semakan kehakiman Sundra Rajoo.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini telah membenarkan permohonan Sundra Rajoo untuk semakan kehakiman dan memutuskan beliau kebal sebagai bekas pegawai tinggi AIAC atas tindakan yang dilakukan dalam kapasiti rasminya.

Sundra Rajoo, yang merupakan ketua AIAC dari 2010 hingga akhir 2018, mengemukakan permohonan mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman tetapi Mahkamah Tinggi pada Mac tahun lepas menolak permohonannya.

Pada 22 Jan lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah dana AIAC berjumlah lebih RM1 juta yang dihadapi Sundra Rajoo selepas memutuskan mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bekas pengarah itu mendapat imuniti daripada sebarang pendakwaan sewaktu beliau memegang jawatan itu.

Rasuah Dr Sundra Rajoo dan Datuk VK Liew

Sekitar November 2018 Datuk Profesor Dr Sundra Rajoo ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana surat layang yang dihantar kepada SPRM berhubung dakwaan rasuah menggunakan dana kerajaan untuk mengekalkan kedudukannya sebagai sebagai pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC).

Antara dakwaan rasuah itu ialah usahanya melobi untuk lanjutan kontraknya selepas Februari 2019, Datuk Professor Sundra Rajoo telah menyalahgunakan dana yang diberikan untuk pembangunan AIAC dan telah menggunakannya untuk memberikan keistimewaan peribadi tertentu kepada Menteri JPM (Undang-undang) semasa, Datuk Liew Vui Keong merangkumi:

1) Sewaan kereta (Honda Civic) dengan pemandu untuk kegunaan peribadi anak Menteri JPM yang belajar di Kuala Lumpur.

2) Perbelanjaan penginapan sebanyak beberapa kali di Hotel St Regis Kuala Lumpur untuk kegunaan keluarga Menteri melawat dari Sabah

3) Sewaan kereta mewah untuk kegunaan Menteri semasa pelantikannya

Bagaimana Datuk Liew Vui Keong Menteri Undang-undang ketika itu tidak disiasat SPRM legasi Shukri Abdul tetapi hanya membuat tangkapan kepada Sundra Rajoo dan mendakwanya di mahkamah.

[ARTIKEL BERKAITAN: 26 Nov 2018- VK Liew Menteri Warisan terima sogokan daripada Pengarah AIAC ]

[ARTIKEL BERKAITAN: 24 Mac 2019 - Sundra Rajoo AIAC beri rasuah didakwa, VK Liew terima rasuah terus kebal ]

[ARTIKEL BERKAITAN: 25 Mac 2019- Skandal rasuah AIAC: Menteri Warisan tutup mulut dan waran tangkap buat Sundra Rajoo ]

VK Liew Menteri Warisan terima sogokan daripada Pengarah AIAC

 

 

 Note: SPRM nak buka tak kes terhadap VK Liew?

 

 

 

 

 

1 Comment