Staf potong gaji tapi Pengerusi, Pengarah YS, Menteri pejabat baru lengkap jakuzi, perabot mewah RM6 juta
08:07 Jul 07, 2020  |  By SabahKini2
Staf potong gaji tapi Pengerusi, Pengarah YS, Menteri pejabat baru lengkap jakuzi, perabot mewah RM6 juta

Yayasan Sabah sekejab cakap potong gaji, sekejab kata bayar gaji tapi Pengerusi, Pengarah Yayasan Sabah dan Menteri Warisan ubai suai pejabat kos RM6 juta lengkap Jakuzi, perabot mewah. Pembinaan tertangguh kerana PKP dan bakal disambung semula..

Selepas Yayasan Sabah dan anak syarikatnya dilaporkan memotong 50 peratus gaji staf, mengarahkan cuti tanpa gaji selain notis berhenti kali ini tular pula isu pengubahsuaian Aras 26 dan 27 Ibupejabat Yayasan Sabah menelan belanja RM 6 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kolej Universiti Yayasan Sabah Nazak: Pilih Cuti Tanpa Gaji atau Notis letak jawatan!]

[ARTIKEL BERKAITAN- Giliran SICC Yayasan Sabah potong 50% gaji, bakal buang pekerja?]

Menurut sumber kedua-dua aras itu memperuntukkan ruang pejabat Pengerusi Yayasan Sabah (Ketua Menteri), Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalulkiram dan Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yakub.

Disaat Kumpulan Yayasan Sabah dilaporkan menghadapi masalah kewangan tidak mampu membayar gaji, Yayasan Sabah terus berbelanja besar untuk keselesaan pengurusan tertingginya.

“Sehingga kini pejabat belum dapat dihuni kerana tidak dilengkapi perabot mewah tertangguh kerana langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ruang pejabat Aras 27 dilengkapi kolam jakuzi. Kata sumber

Netizen melihat ada baiknya dana jutaan ringgit itu digunakan membayar gaji staf anak syarikat Yayasan Sabah selain menyelenggara sistem kebakaran bangunan yang sudah usang, pendawaian elektrik dan penyelenggaran lif yang selalu rosak.

Terdapat beberapa gambar yang dihantar oleh sumber kepada Sabahkini2 namun bagi Jakuzi bilik Pengerusi dikunci manakala perabot mewah lain belum dilengkapkan berhadapan krisis covid. Projek ubah suai ini akan diteruskan selepas PKP dan dana Yayasan Sabah diperolehi bagi menyiapkannya.

Jual tanah dari duit

Baru-baru ini Yayasan Sabah terpaksa menjual tanahnya kepada syarikat RM2 Tegas Bangsa Sdn Bhd (dilaporkan sebagai pelaburan RM7 bilion) bagi membangunkan tanah milik Yayasan Sabah seluas 156.4 hektar di Meruntum, Lok Kawi bagi pembangunan pusat pelancongan, komersial, hotel, perumahan, taman tema dan pelbagai lagi bermula tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 15 tahun.

Sebagai balasan Tegas Bangsa Sdn Bhd membayar sebanyak RM8.4 juta kepada Yayasan Sabah manakala sebagai pemilik tanah akan mendapat RM840 juta lagi pada hari mendatang daripada nilai keseluruhan pelaburan.

Tegas Bangsa Sdn Bhd syarikat proksi yang dikaitkan dengan Pavillion Real Estate Investment Trust dimiliki Taikun Tan Sri Desmond Lim dan isterinya Puan Sri Cindy yang barangnya dirampas dikaitkan dengan kes 1MDB. Semakan SSM antara lembaga pengarahnya ialah Mohd Khairuddin Bin Hj Nawawi, Mej (B) Hj Zainal Bin Bador dan Jameson Bin Pias @ Zainal Bin Pias belum dimiliki Pavillion Real Estate Investment Trust 

 

 

 

3 Comments