Rakyat Sepanggar, Dun Karambunai, Inanam dan Darau perlu tolak Warisan. Dulu hampir tanah tradisi Kg Darau diberi kepada mangsa kebakaran setinggan. Begitu juga banyak tanah cuba dirampas. Kini Darell pula mahu calon di DUN Darau..
KOTA KINABALU: Warisan bersama sekutunya, Pakatan Harapan (PH) dan Upko akan memuktamadkan senarai calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah minggu depan.
Presiden Warisan, Shafie Apdal berkata, mesyuarat 3 parti itu hari ini antara lain membincangkan soal pengagihan kerusi dan calon PRN.
“Kami sudah bersedia untuk menghadapi parti lawan dan mesyuarat hari ini memperincikan beberapa perkara, pertama mengenai kerusi dan kedua ialah soal calon,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibu pejabat Warisan di Kolombong, dekat sini.
Darell Leiking, Azis tanding DUN
Sumber melaporkan sehari dua ini pasukan Azis Jamman telah cuba membuat tinjauan di kerusi DUN Inanam dan Darau untuk membawa Azis Jamman Ahli Parlimen Sepanggar untuk bertanding di DUN Inanam dan Datuk Darell Leiking bertanding di kerusi baharu DU Darau. Datuk Azhar Matusin kekal di DUN Karambunai.
Sejak PRU14 Darell Leiking Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah itu mendakwa sudah lama ditawarkan bertanding di kerusi DUN Darau namun ketika itu kerusi Darau tidak diluluskan di parlimen selain menghormati kerusi DAP dan PKR.
[ARTIKEL BERKAITAN- Penempatan transit setinggan Likas, penduduk Kg Darau bantah Ahli Parlimen Sepanggar ]
Azis melawat tapak pemindahan Kg Darau
Seramai 250 orang dari Kampung Darau berkumpul membantah rancangan mengambil 16 ekar tanah untuk tujuan itu sebagaimana diumumkan oleh Ahli Parlimen Sepanggar Azis Jamman.
Sejak Warisan memerintah ada banyak isu di Sepanggar termasuk pendokong Warisan menceroboh tanah kerajaan. Antara isu lain pencerobohan Ketua Cawangan Warisan Kg Suluk Lama Arshad Ghani di tanah Kurol Melangi Teluk Likas sekitar julai 2019. Bila kantoi dan tular barulah Pengarah JTU sibuk untuk mengambil tindakan.
Bukan itu sahaja Ketua Cawangan Warisan Kg Suluk Lama menggunaka kabel seperti TYT dan Azis Jamman untuk menceroboh tanah itu.
[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Orang kuat Warisan Arsad Ghani ceroboh tanah Teluk Likas 'Jual Nama' TYT Sabah ]
[ARTIKEL BERKAITAN- Hampir setahun Arsad Ghani dilindungi, disokong dan terus ceroboh tanah Teluk Likas, mengapa baru bertindak?
Ini kerja Azis Jamman di Sepanggar 22 Bulan Warisan berkuasa. Bayangkan jika Darell Leaking jika menjadi wakil rakyat di Darau. Darell bukan orang kawasan itu, lahir di Sepanggar sudah tentu hak-hak orang Sepanggar bakal dijual lagi.